Melayu Selangor terus ditindas DAP kafir harbi!!

BN Selangor hari ini mempertikai tindakan Kerajaan Negeri Selangor ingin memindah pemasangan talian penghantaran elektrik voltan tinggi bagi projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di Sungai Terentang, Rawang.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, percaya penangguhan dan usaha memindahkan projek ini ke kampung sg bakar dan taman Tun perak berunsur politik perkauman.

Ini kerana kerajaan negeri ingin memindahkan projek ini dari tapak asal yang diduduki oleh kaum cina ke kawasan yang majoriti kaum Melayu.

“Ia tidak sepatutnya menjadi isu perkauman. Tapak asal di Sungai Terentang dipilih kerana ia telah pun mempunyai talian tersebut. Apa yang dilakukan ialah projek menaik taraf sahaja. Lagi pun tanah tersebut pada asal sememangnya tanah rizab Tenaga Nasional Berhad sebelum dianugerahkan kepada setinggan di situ pada 1980-an.”

Advertisements