Terima Kasih Pengunjung Setia – Cecah 40 000 pelawat kurang 4 bulan dilancarkan

Saya selaku pengasas bersama rakan-rakan penyumbang artikel yang lain ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi melawat laman antidap.wordpress.com

Sememangnya semasa awal penubuhan laman sesawang ini pada 10hb Mac 2008, saya ragu-ragu jika anda sesiapa pun yang akan datang melawat. Apatah lagi sudi memberi membaca serta memberi ulasan. Pada awalnya, ramai pelawat yang datang meninggalkan banyak kata-kata kesat dan tidak kurang juga kaum bukan Melayu memberi ancaman kepada kami. Tetapi selepas 4 bulan berlalu, saya dapati makin ramai menyokong perjuangan kami. Sekali lagi, terima kasih saya ucapkan!!!

Namun, demi kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam, saya tetap teruskan perjuangan demi anak bangsa yang tercinta. Sememangnya agak sukar untuk memperjuangkan bangsa di alam Internet ini kerana saya juga adalah seorang professional di sebuah syarikat MNC yang terulung. Begitu, juga dengan beberapa rakan penyumbang yang lain yang juga turun bekerja di syarikat MNC serta GLC yang besar. Tidak kurang juga yang bekerja di syarikat swasta yang besar serta ada yang masih lagi menuntut IPTA terkemuka di tanahair.

Setiap daripada kami mempunyai komitment dalam pekerjaan, tetapi saya sering tegaskan bahawa jika bukan kita yang telah berjaya dengan hak keistimewaan Melayu berjuang demi anak bangsa.

Saya tidak suka menjadi manusia yang mudah lupa asal-usul saya yang pernah hidup miskin satu masa dulu dan kini saya fikir saya boleh kategorikan duru saya sebagai seorang yang berjaya. Saya tidak mahu menjadi Melayu Pendengki dengan cuba menidakkan hak-hak anak kecil miskin yang masih berada di kampung.

Kita tahu bahawa ramai anak-anak Melayu yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang dalam peperiksaan SPM tetapi tetap mendapat tawaran memasuki IPTA kerana adanya hak keistimewaan Melayu. Ingin saya tegaskan bahawa pelajar Melayu kurang cemerlang dalam SPM bukan kerana mereka kurang pandai tetapi hakikatnya berapa ramaikah ibubapa Melayu yang mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas tambahan. untuk meningkat mutu akademik. Berbeza sekali dengan bangsa bukan Melayu yang menghantar anak-anak mereka ke kelas tambahan sehinggakan anak mereka pun hendak ‘termuntah’ menghadiri kelas tersebut. Tidak cukup dengan itu, mereka turut menghantar anak-anak mereka mengikuti pelbagai program dan latihan bukan akademik. Maka tidak hairanlah, jika keputusan mereka lebih cemerlang berbanding bangsa Melayu.

Jika keputusan SPM dijadikan ukuran semata-mata untuk menilai kemasukan ke IPTA seperti yang diperjuangkan oleh DAP kafir harbu, ini adalah bukan satu keadilan. Ini kerana bangsa bukan Melayu mempunyai banyak kelebihan seperti mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas tambahan yang bermutu tinggi serta mempunyai prasarana sekolah yang baik serta guru yang hebat-hebat di bandar-bandar yang boleh menjamin mereka mendapat keputusan cemerlang.

Berbeza dengan majoriti pelajar Melayu yang rata-rata berasal dari kampung dan bersekolah di pinggir bandar yang serba kekurangan. Mereka bukan hanya perlu bersekolah, malah ramai yang terpaksa bekerja untuk membantu keluaraga. Oleh itu, masa yang dapat diluangkan untuk mengulangkaji pelajaran adalah sedikit.

Jika bukan kerana hak keistimewaan Melayu, anak-anak ielayu ini boleh melupakan hasrat mereka untuk belajar di IPTA dan seterusnya mengubah kehidupan mereka dan generasi seterusnya. Ini kerana jika berdasarkan keputusan SPM, saya yakin 75% pelajar IPTA akan terdiri daripada pelajar bukan Melayu. Ini bermakna, anak-anak Melayu tidak dapat mendapat pendidikan di IPTA dan kekal sebagai golongan bawahan yang miskin.

Saya ingin tegaskan bahawa saya mendapat keputusan SPM yang boleh dikatakan amat cemerlang dan mampu mendapat tempat di IPT tanpa bantuan hak keistimewaan Melayu. Tetapi saya tetap terhutang budi kerana diberikan biasiswa semasa belajar dahulu.

Apa yang saya kecewakan sikap sesetengah rakan saya di sekolah yang setakat cukup makan sahaja keputusan SPM mereka dan tetap mendapat tempat di IPTA kerana hak keistimewaan Melayu tetapi akhirnya menjadi Melayu mudah lupa. Selepas mereka tamat pengajian di IPTA pun keputusa n mereka sekali lagi setakat cukup makan sahaja. Apabila berjaya mendapat pekerjaan di GLC atau dalam kerajaan, mereka sudah mula menjadi insan lupa diri dan terus memperlekehkan hak keistimewaaan Melayu yang pernah membantu mereka. Mereka lupa yang apabila mereka bekerja dalam GLC atau dalam kerajaan punadalah kerananya sebahagian agenda hak keistimewaan Melayu dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Cukup setakat ini dahulu coretan saya. Jika ada masa, saya akan menulis sebuah artikel bertajuk Melayu MNC vs Melayu GLC/Kerajaan. Ianya satu artikel yang akan membuka mata ramai orang Melayu yang kini tertipu dengan percaturan politik DAP kafir harbi.

Advertisements

5 Responses

  1. saya menyokong penulis 100 peratus demi umat melayu. walaupun kita berjuang hingga titisan darah terakhir… allahuakbhar 3x bersatulah umat melayu malaysia negara hak kita

  2. Allahuakbar Allahuakbar allahuakbar
    Kita adalah pewaris perjuangan ini. Biar patah sayap bertongkat paruh, berjuang tetap berjuang.
    Saya amat berterimakasih kepada saudara admind kerana berbagai info yang ada disini, insyaAllah sedaya upaya saya cuba menyampaikan kepada rakan2 yg lain, org2 di kampung, tidak mustahil nanti saya akan mencetak dan menyebarkan kepada ahli masyarakat. Saya juga ingin mencadangkan kepada pembaca2 yg lain mengambil initiatif utk menyebarkan agenda kafir harbi ini demi menjaga kedaulatan agama, bangsa dan tanahair..
    Iklas kerana Allah, pasti ada ganjaran diakhirat nanti.
    Allahuakbar Allahuakbar allahuakbar

  3. Tahniah.
    Semuga laman ini akan menjadi pilihan pejuang-pejuang ketuanan Melayu…Insyaallah..

  4. Tanpa DEB atau Hak Istimewa Melayu/Bumiputra , bagaimana anak luar-bandar miskin yang tinggal di kampung tanpa bekalan air/letrik/komputer/dll mampu bersaing secara Meritrokrasi dengan anak Cina kaya di bandar untuk masuk IPTA/IPTS? UMNO mesti terus berjuang untuk membela rakyat luarbandar ! PAS, DAP, PKR samasekali TIDAK BOLEH DI HARAP !

  5. Anwar telah dapat me;loloskan diri;

    1. Adakah anwar wanita

    2. Adakah dia baik?

    Ayat ini telah jelas maksudnya dan tidak perlu penafsiran lain.

    Ada Pendapat Ulama:Mengapa Allah tak menurunkan pertuduhan kepada lelaki. Kerana lelaki bukan lemah. Oleh itu jika cara ada pengadilan, Anwar boleh didakwa.

    Tidak perlu 4 saksi
    “Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita baik-baik berbuat zina dan
    mereka tidak mendatangkan empat orang saksi maka deralah mereka (yang
    menuduh itu) lapan puluh kali pukulan dan janganlah kamu terima
    kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang
    yang fasiq”.(An Nisa” ayat 4 )

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: