Nasihat Brader Bro Kepada Semua Orang Melayu – Bahagian Pertama

Malam minggu yang lepas, saya bersama
rakan-rakan saya bersembang di salah sebuah kedai mamak di Kampung
Medan, Petaling Jaya. Bermacam-macam isu hangat telah kami bincangkan,
tentang politik tanahair, mengenai masalah kepimpinan, isu kenaikan
harga minyak, dan yang hangatnya perbualan kami malam itu adalah
berkenaan isu perkauman. Pada mulanya saya hanya mendengar dengan
sambil lewa sahaja kerana kebanyakkan isu-isu ini saya dah baca di
dalam internet, surat khabar dan melalui cerita rakan-rakan yang lain.

Yang
nyatanya saya dah jelak dengan isu kepimpinan, isu kenaikan harga
minyak, isu politik, isu yang terbaru iaitu isu liwat Anuar Ibrahim.
Tapi saya sungguh tertarik dan berminat mendengar cerita dari seorang
yang saya panggil Brader “Bro” sahaja. Sebab satu lagi dia ini asyik
sebut bro, bro, bro. Aku tak kisah, biasalah sekarang ni perkataan
“bro” ni dah jadi trend bila bercakap dengan orang. Aku pun biasa juga
gunakan perkataan “bro” ini.

Dia ni
sebenarnya sebelum tu duduk meja berhampiran kami, setelah dia pasang
telinga dan sedikit demi sedikit menghampiri meja kami seterusnya bagi
salam dan terus duduk bersebelahan dengan kerusi saya. Dia pun masuk
dari satu cerita ke satu cerita. Macam seperti sudah kenal lama
lagaknya. Saya tertarik dengan gaya penceritaannya dan gaya bahasa yang
digunakannya, amat menarik perhatian kami semua di situ. Di tambah pula
soalan-soalan serta pertanyaan-pertanyaan daripada kami semuanya
dijawab dengan jelas dan mudah untuk kami fahami. Brader “Bro” ni
nampak muda lagi lebih kurang dalam 30-an dari raut wajahnya yang saya
dapat lihat. Saya pun ambil PDA saya di dalam beg dan terus
merakamkannya sebagai rujukan saya serta sebagai bahan saya di blog
ini. Tapi saya betul-betul terlupa nak bertanyakan namanya. Mungkin
suatu hari nanti saya akan bertemunya kembali. Sunggul “cool” Brader
“Bro” ini.


Banyak juga sebenarnya yang saya masih belum tahu dah
faham terutamanya hak-hak dan kepentingan orang melayu di negara ini
dan tentang “semangat orang-orang melayu”. Hal inilah yang Brader “Bro”
ni cerita dengan panjang lebar kepada kami malam itu. Bermula dari
pukul 11.30 malam berlarutan hingga hampir Azan Subuh. Mengantuk kami
jadi hilang kerana leka mendengar ceritanya, hampir 20 gelas air kami
minum tinggal diatas meja hingga ke episod akhir.


Disini saya
akan cuba mengedit dan menapis segala bentuk yang saya rasa tidak
sesuai di tulis atau diceritakan kerana mungkin bersifat sensitif
kepada sesetengah kaum. Risau juga saya akan akibatnya. Mana-mana
bahagian yang yang terlepas dari tapisan saya ini saya memohon ampun
dan maaf sekiranya menghiris hati dan perasaan orang. Tidak terpikir
atau terlintas di hati saya untuk berbuat demikian. Maafkan saya.
Tetapi pada pengamatan saya, cerita ini bagus di kongsi bersama dengan
anda dan juga sebagai bahan di blog saya ini. Terpulang lah kepada
pembaca semua untuk memahaminya dan menilaikannya. Jika terdapat
kesilapan ataupun faktanya kurang tetap, saya minta diperbetulkan dan
di tegur. Saya juga akan menceritakan sepertimana gaya Brader “Bro” itu
bercakap dalam maksud kata lain “bahasa pasar” seperti percakapan
sehari-harian kita. Supaya memudahkan anda juga untuk memahami isi
kandung cerita ini. Saya akan mengeluarkan cerita ini secara
berperingkat-peringkat kerana ianya agak panjang dan mungkin
membosankan anda membacanya nanti.


Ceritanya bermula setelah
saya bercerita tentang hak-hak dan ketuanan melayu di Malaysia ini. Dan
Tindakan Majlis Peguam menganjurkan serta mempersoalkan “Kontrak
Sosial” bersama Ahli-ahli panel yang dijemput dan dibincangkan secara
terbuka di Auditorium Majlis Peguam baru-baru ini.. Seterusnya saya
bercerita tentang kemarahan “segelintir” orang melayu sahaja di dalam
forum tersebut. Dan kemudian mereka membuat rancangan untuk menubuhkan
“Pertubuhan Pribumi Perkasa” (PPP). Saya pun mula “promote” PPP ni
kepada Brader “Bro” ini. Di samping tu saya mengajak dia menyertai
Pertubuhan ini. Apa beliau katakana? Ikutilah kisah ini ………………….



EPISOD 1 – KISAH SEBELUM MERDEKA

Bro!
bukan masalah nyer bagus ker tak bagus pertubuhan ini, tapi nak
mempertahankan hak awak-awak gak dan semua penduduk bumiputera kt
malaysia ni. Kita tak nak bangsa asing ni melampau sangat bersuara dan
mempertikaikan hak-hak ini dan layanan istemewa kerajaan kepada kita.
Kita berhak bro!. Moyang-moyang dengan Datuk-datuk diorang ni (kecuali
komunis bintang 3) semuanyer paham-paham dan setuju mengenai hak-hak
bumiputra ni. Cuma anak, cucu dan cicit mereka jer yang tak pueh hati
dan dia orang ni akan cuba nak mendapatkan hak sama rata dengan orang
melayu kalau boleh. Apa cara sekalipun dia akan cuba. Dia orang ni
hanya menunggu masa sesuai untuk mengemukakan usul-usul mereka.
Kalaupun 10 perkara mereka usulkan, jika dapat 1 pun dah cukup bagus.
Dia tunggu masa lain plak yg 9 lagi tu, sampai tinggal 0 ler senang
cakap. Baru diorang akan pueh hati.


Tapi Bro! Terus terang saya
cakap, la ni kebanyakkan orang melayu…..sorry lah bro nak cakap ni..
tak sampai hati… tapi ini penting bro! aku kene cakap jugak..
kebanyakkan orang melayu la ni buat-buat lupa ….esok dah tersedar
dari lamunan baru nak tergadah. Baru nak gi masuk persatuan, belajar
silat, belajar menembak, belajar buat bom, semuanya “baru nak
belajar”…. ni aku nak tujukan pada generasi anak melayu selepas
merdeka. Aku yakin generasi sebelum merdeka ni (yang masa tu masih
keciklagi dan belum baligh lagi tak kira ler) cukup cinta dan sayangkan
negara ni bro. Mereka semua berani-berani bro, gagah-gagah bro, dan
macam-macam “ilmu” bro diorang pakai. Pasalnya masa tu kira “terpaksa”
bro nak lawan penjajah termasuk british, jepun,komunis bintang tiga .
Terseksa hidup dia orang bro.Masing-masing duduk rumah pun tak senang,
duduk dalam ketakutan, yg makan ubi kayu, mati kebulur pun ada, kene
tembak, kene rogol, macam-macam lagilah bro. Yang mana takut tu bro dan
pentingkan diri sendiri, sanggup join penjajah ni dan jadi talibarut,
maksudnya bersengkokol lah macam tu . Asalkan tak mati katak, dan pastu
boleh dapat upah “wang” yang bagi maklumat. Asalkan mereka selamat.


Yang
mana berani tu masing-masing masuk “pertubuhan” ataupun persatuan,ada
yang masuk jadi soljar, bergerak dlm kumpulan tertentu, pergi buat
serang hendap, nak lawan musuh. Pakai keris ngan parang jer bro! aku
ingat yg tak bawak apa-apa pun ader jugak..cuma bawak telur 2
biji…tapi mereka berani bro! – kami semua tergelak sekejap. Yang aku
nak cakap kat sini bahawa dia orang ni semua, sungguh bersemangat,
sungguh berani, sungguh professional dan yang penting nya mereka
bersatu-padu bro!, Semata-mata nak lawan dengan penjajah. Tidak sia-sia
usaha dan perjuangan mereka bro! Akhirnya negara kita bebas dari
penjajah dan merdeka pada 31 Ogos 1957. Korang semua tidak pernah rasa
, termasuk aku sekalilah, tapi banyak dah orang-orang tua bercerita
pada aku bro! dapat juga feel tu bro! – kami tergelak sekali lagi,
dengan gaya dan mimik mukanya itu. Kemudian dia meneruskan kata-katanya
lagi. Selepas itu bro!, Walaupun negara sudah merdeka tapi negara masih
tak aman lagi, keadaan masih darurat lagi kerana ancaman PKM – Parti
Komunis Malaya, tidak payahlah aku sebut sapa-sapa yang menganggotai
parti ni. Korang dah tahukan? Walau macammanapun melayu ada jugak jadi
ahli PKM ni. Kalau mati melayu ni tengah berperang kompom masuk neraka
bro! Dia orang ini berjuang nak jadikan tanah melayu ni negara komunis.
Tak mahu mengiktiraf agama Islam, tak mahu juga mengiktiraf agung
sebagai ketua negara – Chin Peng lah kot akan jadi calon presidennya.
Tapi akhirnya tak kesampaian jugak hajat dia orang ni. Akhirnya mereka
tunduk kepada kuasa org melayu pada masa tu – kemudian mereka letak
senjata dan menyerah kalah pada 2 Disember 1989 secara rasminya. Mereka
akhirnya mengiktiraf Agung kita dan perlembagaan negara kita. Dia orang
ni berjuang lebih kurang 40 tahun jugak bro! Tinggal dalam hutan jer.
Tapi Bro! ini semua cerita lama Bro! Aku nak cerita pulak hal lepas
merdeka ni.Ini lagi penting bro! kamu kene dengar aku nak cerita ni.
Kalau kamu semua haus , kamu order lagi air, kali ni aku belanja korang
pulak, yang tadi korang minum tu bayar sendiri, kalau nak makan pun
boleh tapi bayar sendiri jugak. – kami tergelak sekali lagi.

Advertisements

8 Responses

  1. nak ckp pasal perjuangan islam…. pirah…. lampu isyarat merah pun langgar inikan undang2 islam…. talak guna la bodo…. pas ker dap ker pkr ker sumer ANJING…. bapak anjing nyer anwar ibrahim…. dah terang terang nampak anwar ni anjing si yahudi…. member ngan algore pulak tu…. nak cakap ulamak ni bengong tak jugak tapi bahlulnya ada…. nama jer ulamak tapi mee goreng mamak…. mee goreng mamak pun kalau makan tambah 2 kali… kalau korang nie.. bukan makan nak hidu pun dah busuk…. busuk hati, busuk otak…. islam tak ajar macam tu la…. masjid korang jadikan tempat politik…. ehh… kalau korang tutup pun disko,clubbing ker aperker… tetap ader org bukak…. tau pasal aper????? pasalnyer dalam tempat tu anak-anak orang PAS<DAP <PKR lagi bersepah dari orang BN…. terutamanya MELAYU lah…tak caya?? jom turun BB ker, PJ ker, SP ker, PENANG ker,,,, prove me wrong la pembangkang people…. dan leh kata jugak yang jadi pelacur kat malaysia ni anak2 orng bulan IJAU…. SABIT…. DAP takder bro….. sebab die tak bodo…. hurrmmm… betol tak beb??? air tenang jgn disangka takdak NAGA…. longkang kecik jgn sangka tiada KURA2…. Hutan tebal jgn sangka TAkdaakl HARIMAU….. ANWAR IBRAHIM… JANGAN MELAMPAU SANGAT KALAU TAKNAK TERIMA AKIBAT……… ///

  2. Saudara,
    saya berminat untuk tahu sambungan kisah ni…harap dapat siarkan ye!

    Terima kasih.

    p/s- saya berminat dengan gaya penulisan dan prinsip saudara, senada dengan pendapat saya. Harap dapat dikekalkan dan seboleh-bolehnya jangan guna perkataan yang tak senonoh.

    Kita bukan PKR/DAP/PAS.

    Depa lain.

    Depa kebal dari api neraka kot…

  3. Ni la kesan apabila org Melayu kurang minat pada sejarah apatah lagi kurang menghayati perjalanan nenek moyang Melayu yg penuh dgn kepayahan dan penderitaan.

    Sejarah akan berulang andai kita x ambil pengajaran darinya. Org Melayu MESTI hayati perjalanan bangsa Melayu dari Kesultanan Melaka. Bagaimana disebabkan sikap iri hati hasad dengki dan tamak telah menumbangkan ramai pemimpin dan akhirnya tanah air!

    Bersatu-padulah menentang musuh yg satu, bangunlah dari lena, musuh dah buka langkah pertama, kita mesti bersiap sedia. Pengkhianat Melayu dah ada merata. Jgn sampai tanah air bumi Melayu ini jatuh pada org2 spt ini.

  4. Bersatu lah wahai orang2 Melayu…Jangan sampai menang sorak kampong tergadai…Renunglah dalam2, bukalah mata & pintu hati. InsyaAllah.

  5. saudara 3 line…..

    salam…. mmg betul pendapat sedara ttg statement yg sdara bagi…. ehm… cara sedara yg salah… kita ikut amanah RASULLULLAH S.A.W…. berdiam diri lebih baik dari berkata kata… inilah masanya PEKIDA, UMNO, 3 line ker aper ker BERSATU…. Tentang bersama pengkhianatan yg berlaku…. tegakkan agama anak anak bangsa ku…. bersatu kita teguh bercerai roboh….. ayuh kita bangun suarakan hak kita….. BERSATU AMAN SEJAGAT….

  6. assalamualaikum… seribu kemaafan diatas kenyataan yg saya buat diatas… betul kata sedara joharin… saya patut berlapik… mintak maaf abg joharin …. tuan berkata pendapat tuan senada dgn sya bukan??? curahkan idea kita bersama bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini…. betul lah mesej yg terdapat dalam filem2 Allaryarham P.Ramlee… bangsa melayu mmg sensitif… dan iri hati atas kejayaan orng laen…. anak muda kita yg tidak langsung ambil berat ttg masa depan bangsa agama dan negara kita ini…. susah payah tunku abdul rahman al haj mendapatkan kembali selepas hampir berabad lamanya dijajah…… sayangngi lah bangsa dan agama kita…. sesungguhnya kemerdekaan jarang diperolehi 2 kali….. ingat Islam tak suka umatnya mumdur dan miskin kerana kemiskinan juga boleh menciptakan kekufuran dan kejahilan…. ingat tiada jasa UMNO dalam negara… kita tak dapat berbangga di mata dunia sekarang….. HIDUP MELAYU, HIDUP ISLAM….. ALLAHHUAKHBAR///

  7. KAlu ulamak di katakan xbetul…inikan pula orang yang jahil mcm anak paklong…jangan kata ulamak…tahap ustaz pun awak xlepas lagi…pk2 kanla…jangan jadi jahil!!!

  8. anak ayah pak long burong……..betul tu.

    anda dah melihat sendiri, kan? hak siapa nak kata anda jahil?benda yang realiti x payah nak berlapik. biar mereka tau hal sebenar yang berlaku.

    bagus2x

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: