Anwar takut bersumpah tapi kenapa?

Anwar enggan jawab cadangan bersumpah

06/07/2008 1:14am

BUTTERWORTH 5 Julai — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk
Seri Anwar Ibrahim hari ini enggan menjawab soalan media berkenaan
cabaran supaya beliau bersumpah dengan menjunjung Al-Quran berhubung
tuduhan liwat terhadapnya.

Ketika ditemui pemberita selepas mengadakan ceramah perdana di sini
malam ini, beliau yang dikawal ketat oleh beberapa penyokongnya terus
berlalu tanpa menjawab soalan yang diajukan kepadanya.

Baru-baru ini, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta
kedua-dua individu yang dikaitkan dalam kes liwat iaitu Anwar dan bekas
pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan supaya ’bermubahalah’ atau
bersumpah.

Beliau berkata isu liwat itu kini sudah menjadi semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru.

Katanya, Anwar dan Mohd Saiful hendaklah bersumpah laknat iaitu
dengan melafazkan sumpah: “Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat
Allah kepada saya, jika saya melakukannya, laknat Allah kepada saya.”

Terdahulu, ketika memulakan ucapannya, Anwar menegaskan bahawa
beliau sudah jemu bercakap dan mengulas berhubung tuduhan liwat
terhadapnya.

“Seminggu yang lepas, kita telah dikejutkan dengan kisah itu
(tuduhan liwat) dan saya tak nak, menyampah dan meluat dengan cerita
kotor itu. Saya pernah dituduh dengan tuduhan yang sama dulu. Tuduhan
daripada mereka yang kecewa dengan politik,” katanya. – Bernama

Tapi dia berani bersumpah pasal perkara ini!

‘Demi Allah, saya tidak ada niat lain sebaliknya akan memajukan negara
ini termasuk menurunkan harga minyak yang sekarang ini membebankan
rakyat,” katanya.

Advertisements

6 Responses

  1. hebat tuan….selalu update..

    dan terpantas…tq.

    saya respect semangat juang tuan.

    kita lawan tetap lawan…..

  2. biasala org dah buat salah mana nak mengaku..lain yang dusruh bersumpah lain pulak yang disumpahkannya…bingai tarak otak..

  3. nuar brahim memang kaki putar alam… kalo tak bersalah apa nak ditakutkan dengan bersumpah kerana allah??


  4. selalu kalau berucap, x lekang perkataan Allahu akbar, MasyaAllah, rupanya….

    senang jer.. kalau ada org PKR yg betul2 telus, dan nak bersihkan nama anwar, cubalah masa anwar berucap tu.. letakkan Al-Quran depan dia.. pastu ramai2 paksa dia bermubahalah.
    kalau dia mmg iklas dlm perjuangan dia.. sepatutnya dia tidak menolak ..
    sanggup ke anwar nak menipu rakyat dengan menjual janji dgn Allah?

    ADA BERANI??!!

  5. Jangan Mengkaji kalau tidak mengaji

  6. Tak usah lah menjadi talam dua muka…pencacai UMNO macam kamu ..memaki hamun DAP tapi pada masa yang sama MERELAKAN UMNO berpeluk-peluk dengan MCA dan GERAKAN..ikrar kamu untuk mempertahankan Melayu merupakan sesuatu yang melucukan…ingat in 2008 bukan 1960..majoriti Melayu tak sebodoh macam kau..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: