Penyanyi “Protes Sejuta Rakyat” tunjuk punggung sebagai sokongan kepada Anwar!

Protes sejuta rakyat jadi insiden memalukan

06/07/2008 8:58pm

KUALA LUMPUR 6 Julai _ Perhimpunan `protes sejuta rakyat-protes
sampai turun’ yang mencetuskan insiden memalukan apabila seorang
penyanyi jemputan bertindak liar membuka seluar di hadapan pengunjung
yang hadir tatkala waktu solat maghrib sudah hampir.

Insiden itu seterusnya membawa kepada pergaduhan antara hadirin
apabila mereka cuba menyerbu ke arah penyanyi dan rakan-rakan
kumpulannya gara-gara tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku.

Penyanyi berkenaan sedang membawa lagu bertajuk Jilat itu bertindak
membuka seluarnya dan membelakangkan dirinya ke arah hadirin sambil
menjerit jilat berkali-kali.

Penyanyi berkenaan kemudiannya dibelasah oleh segelintir hadirin
walaupun pekara itu cuba disembunyikan oleh pihak penganjur.

Penyanyi sekitar seusia awal 20 tahun itu merupakan penyanyi utama
kumpulan Karburetor Dung yang ditampilkan oleh pihak penganjur sebagai
selingan antara ucapan.

Advertisements

Polis sah ada kesan liwat terhadap Saiful: Bakri Zinin


sumber www.bharian.com.my


KUALA LUMPUR: Polis hari ini mengesahkan ada kesan liwat terhadap Mohd
Saiful Bukari Azlan yang didakwanya membabitkan Penasihat Parti
Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin.



Beliau berkata, ia berdasarkan hasil ujian klinikal oleh pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) terhadap bekas pembantu Anwar itu.



Selain itu, katanya polis sudah mendapatkan keterangan daripada 18 saksi berkaitan dakwaan itu.

Anwar takut bersumpah tapi kenapa?

Anwar enggan jawab cadangan bersumpah

06/07/2008 1:14am

BUTTERWORTH 5 Julai — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk
Seri Anwar Ibrahim hari ini enggan menjawab soalan media berkenaan
cabaran supaya beliau bersumpah dengan menjunjung Al-Quran berhubung
tuduhan liwat terhadapnya.

Ketika ditemui pemberita selepas mengadakan ceramah perdana di sini
malam ini, beliau yang dikawal ketat oleh beberapa penyokongnya terus
berlalu tanpa menjawab soalan yang diajukan kepadanya.

Baru-baru ini, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta
kedua-dua individu yang dikaitkan dalam kes liwat iaitu Anwar dan bekas
pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan supaya ’bermubahalah’ atau
bersumpah.

Beliau berkata isu liwat itu kini sudah menjadi semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru.

Katanya, Anwar dan Mohd Saiful hendaklah bersumpah laknat iaitu
dengan melafazkan sumpah: “Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat
Allah kepada saya, jika saya melakukannya, laknat Allah kepada saya.”

Terdahulu, ketika memulakan ucapannya, Anwar menegaskan bahawa
beliau sudah jemu bercakap dan mengulas berhubung tuduhan liwat
terhadapnya.

“Seminggu yang lepas, kita telah dikejutkan dengan kisah itu
(tuduhan liwat) dan saya tak nak, menyampah dan meluat dengan cerita
kotor itu. Saya pernah dituduh dengan tuduhan yang sama dulu. Tuduhan
daripada mereka yang kecewa dengan politik,” katanya. – Bernama

Tapi dia berani bersumpah pasal perkara ini!

‘Demi Allah, saya tidak ada niat lain sebaliknya akan memajukan negara
ini termasuk menurunkan harga minyak yang sekarang ini membebankan
rakyat,” katanya.