Utusan tidak racist yang racist ialah DAP kafir harbi!!!

Utusan bela hak bangsa dianggap racist?

KEPUTUSAN kerajaan pakatan rakyat Pulau Pinang dan Perak memboikot
akhbar-akhbar terbitan Kumpulan Utusan merupakan sesuatu yang biasa. Ia
juga terjadi kepada akhbar-akhbar lain sekiranya tidak sesuai dengan
cita rasa seseorang atau kumpulan-kumpulan tertentu.

Tetapi alasan yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin Melayu kerajaan
pakatan rakyat bagi kedua-dua negeri itu agak luar biasa. Utusan
didakwa menggalakkan perkauman. Dengan memboikot akhbar-akhbar terbitan
Kumpulan Utusan orang-orang Melayu negeri Perak khususnya, tidak akan
terpengaruh dengan sikap Utusan yang racist.

Persoalannya apakah kerana Utusan memperjuangkan hak-hak Melayu maka ia didakwa racist.
Bagaimana pula dengan laman-laman web dan blog- blog yang semakin
lantang mempersoal apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu dan Islam.

Tidak mungkin pemimpin-pemimpin Melayu pakatan rakyat tidak membaca
laman-laman web serta blog-blog seperti ini. Takkanlah mereka tidak
sedikit pun kecil hati.

Sebagai anak jati Perak, lahir di sebuah kampung kecil (tidak jauh
dari kawasan Undangan Negeri yang diwakili Menteri Besar) dua tahun
selepas Jepun menyerah kalah, pengalaman penulis dengan golongan yang
lahir ketika Tanah Melayu mencapai kemerdekaan sudah tentu banyak
perbezaannya.

Begitu juga pengalaman penulis dan orang-orang kampung dengan akhbar keluaran Utusan Melayu. Ketika mula pandai membaca jawi (sekolah Melayu mengajar jawi dan rumi) Utusan Melayu sahajalah merupakan surat khabar yang ada dan dibaca orang budak-budak sekolah Melayu dan orang kampung penulis.

Penulis sendiri tidak pernah melihat akhbar-akhbar bahasa Inggeris.
Tidak ada seorang pun orang kampung penulis yang memahami bahasa
Inggeris di tahun-tahun 50-an. Setakat yes, no, alright tu adalah. Itupun ditiru dari filem-filem Hollywood yang ditayangkan di balai polis berdekatan kampung.

Selain daripada orang-orang Melayu terdapat dua tiga keluarga Cina yang juga membaca Utusan Melayu di kedai kopi Melayu (satu-satunya). Keluarga Cina ini tidak boleh membaca Cina kerana mereka belajar di sekolah Melayu.

Melalui Utusan Melayu penulis mula mengenali dan memahami
politik Malaya di kala umur masih terlalu muda. Utusan juga mengajar
penulis tentang politik antarabangsa khususnya masalah Palestin dan
Asia Barat.

Penulis masih ingat reaksi kami budak-budak kampung ketika
tercetusnya perang Terusan Suez tahun 56. Nama Presiden Nasser, meniti
dibibir kami.

Tidak dinafikan Utusan memainkan peranan cukup penting dalam rencana
semangat nasionalisme orang-orang Melayu. Malahan tidak kurang pula
orang-orang Melayu yang belajar politik melalui akhbar ini.

Kalau hendak dikatakan Utusan menggalakkan perkauman penulis agak
sangsi oleh kerana dasar syarikat Utusan dari dahulu hingga sekarang
tidak banyak berubah. Takkanlah usaha-usaha Utusan mewujudkan perpaduan
dan berjuang untuk hak-hak Melayu dianggap perkauman.

Bagaimana dengan akhbar-akhbar etnik lain yang membuat tuntutan
selain daripada memainkan isu sesuatu kaum tertentu. Tidakkah mereka
juga boleh dianggap perkauman.

Perjuangan Utusan terhadap orang- orang Melayu adalah satu realiti.
Ia diturunkan melalui tulisan, digambarkan melalui lukisan, cerpen dan
sajak-sajak. Hakikatnya Utusan melahirkan ramai sasterawan, budayawan
juga pejuang kemerdekaan.

Penulis masih ingat setiap hujung bulan ayah akan ke Taiping
mengambil gaji (bekerja sebagai buruh jalan enam kaki-jalan negeri).
Selain daripada daging kerbau dan lembu (daging tidak dijual di kampung
penulis dianggap bahan mewah) ayah akan membawa balik akhbar Utusan Melayu.

Sayang sekali generasi Melayu yang dilahirkan selepas merdeka tidak berpeluang membaca kartun bersiri Utusan Melayu iaitu Dol Keropok dan Wak Tempeh yang cukup menggelikan hati.

Di kala itu radio dianggap bahan mewah dan di kalangan orang Melayu
kampung penulis tidak sampai 10 buah rumah yang mempunyai radio.
Sesiapa yang tidak ada radio seperti penulis akan ke kedai kopi setiap
hari untuk membaca Utusan Melayu. Seringkali terpaksa menunggu sehingga orang dewasa habis membaca. Itulah hubungan erat penulis dengan Utusan Melayu.

Kerajaan pakatan rakyat tidak sepatutnya memboikot akhbar-akhbar
keluaran Utusan semata-mata tidak bersetuju dengan pendapat yang
disiarkan. Bukankah kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar menjadi
asas perjuangan pakatan rakyat.

Kebebasan bersuara bukan bermakna menganggap pendapat kita sahaja yang betul sementara orang lain semuanya salah.

Memboikot akhbar Melayu bermakna juga memboikot bahasa Melayu.
Paling malang kalau ia dengan niat menjahanamkan syarikat Melayu dan
perbuatan itu berpunca daripada perbezaan politik.

Tetapi usaha-usaha ini pasti akan sia-sia. Pegawai-pegawai kerajaan
masih boleh lagi membaca akhbar-akhbar keluaran Utusan dari Internet.
Pembaca yang tidak memahami bahasa lain dari Melayu akan terus membaca
akhbar-akhbar Melayu termasuk Utusan.

Sebenarnya kalau nak tahu hati budi musuh kita (kalau Utusan
dianggap musuh oleh kerajaan pakatan rakyat Perak dan Pulau Pinang)
dekatilah mereka. Kalau tidak mana nak tahu apa yang mereka (musuh)
lakukan.

Di Amerika Syarikat (AS) ada akhbar-akhbar yang menyokong Parti
Demokrat dan tak kurang pula yang menyokong Republikan. Tapi tidak
kedengaran pula boikot memboikot akhbar oleh mana-mana parti politik.
Jelas sekali kedewasaan mereka berpolitik.

Advertisements

2 Responses

  1. Salam.
    Agak terkejut kenapa Utusan yang dikatakan bersifat perkauman sedangkan kenapa surat2 khabar Tamil dan Cina tidak dikatakan bersifat perkauman? Yang ini kita perlu siasat, klu berbau perkauman sekali pun, yang nyata kita dah tunjukkan, dari senyap2 baling batu sembunyi tgn? Mintak pihak yang berwajib buat siasatan ke atas surat2 khabar tamil n cina. Berapa kerat sgt org melayu yang pandai baca tulisan pelik2 ni. Yang peliknya, kaum2 cina n india, negara dah 50 thn merdeka, cakap bahasa melayu pun mcm tak reti je… baik hantar balik je.. tutup kes.

  2. Kenapa pula Melayu yang perjuangkan haknya di tanah airnya sendiri dikatakan rasis/cauvinis. Sedarlah! Yang rasis/cauvinis adalah kaum yang tidak sedar diri dari mana mereka dipungut. Itu hakikatnya. Itupun kalau mereka itu sedar sejarah dan tidak degil. Cuma satu, kalau ia bersifat iblis (kias sahaja) maka selamanya ia mengganggu kita. Maka, kita diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan kerja-kerja mereka.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: