Ternyata RPK hanya pandai menipu!!!

Tiada laporan risik tentera

Oleh Raja Syahrir Abu Bakar

KUALA LUMPUR 4 Julai – Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Angkatan
Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Mohd. Salleh Ismail
menafikan akuan bersumpah penulis blog, Raja Petra Kamaruddin kononnya
wujud laporan perisikan tentera mengenai kes bunuh wanita Mongolia,
Altantuya Shaariibuu.

Menurutnya, sepanjang memegang jawatan dalam Organisasi Perisikan
Pertahanan Malaysia (MDIO), pihaknya tidak pernah mengetahui atau
mengedarkan laporan tersebut.

Beliau turut menafikan dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat
(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang laporan perisikan dari negara
jiran mengenai tahap keselamatannya yang dikatakan terancam.

Katanya, jika benar ada laporan daripada perisikan luar berhubung
perkara itu, MDIO pasti menerimanya kerana agensi itu mempunyai
jaringan yang baik dengan agensi-agensi perisikan luar.

”Menariknya, selepas mendakwa nyawa terancam, Anwar muncul pula di
khalayak 10,000 orang awam dan beliau sedikitpun tidak tercedera.

”Pengakuan tersebut hanya andaian semata-mata yang bertujuan
menguatkan fakta dan kredibiliti maklumat mereka,” katanya pada sidang
akhbar di sini hari ini.

Baru-baru ini, Raja Petra yang mengendalikan laman blog Malaysia Today
membuat akuan bersumpah bahawa beliau mengetahui wujudnya laporan risik
tentera mengenai penglibatan beberapa orang kenamaan dalam kes bunuh
Altantuya.

Sementara itu, pada 29 Jun lalu, Anwar telah mendapatkan
perlindungan daripada Kedutaan Turki di sini kerana mendakwa bimbang
nyawanya terancam.

Ia dibuat selepas seorang bekas pembantu beliau, Mohd. Saiful
Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis pada 28 Jun lalu yang menuduh
penasihat PKR itu meliwatnya.

Mohd. Salleh menambah, penglibatan masyarakat antarabangsa telah menjadikan isu itu bertambah rumit.

”Selain itu, fakta-fakta yang mengelirukan ini juga sukar dipercayai, menyebabkan rakyat keliru dan bosan,” ujarnya.

Menjawab satu soalan, beliau memberitahu, pihaknya tidak bercadang
mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas Anwar dan Raja Petra.

”Biar pihak polis jalankan siasatan mereka. Pihak perisikan tentera
hanya bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kedaulatan negara
daripada ancaman luar,” jelasnya.

Advertisements

3 Responses

  1. Jom kita siasat siapa RPK ni !!!

    ada blog kata dia agen CIA…

    jom kita bongkar lagi…

  2. RPK mmg patut disiasat… maybe ada kebenaran di sebalik menjadi agen CIA… n maybe jugak RPK mendapat bantuan kewangan seperti di IRAQ, Iran dll…. untuk membantu parti pembangkang untuk menumbangkan kerajaan…

  3. Hamba rasa dia nak jadi raja.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: