Nik Aziz setuju Anwar bersumpah dengan nama ALLAH, jadi Anwar tunggu apa lagi?

Nik Aziz setuju

KOTA BHARU 4 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
bersetuju dengan cadangan yang meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat
(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd. Saiful
Bukhari Azlan yang dikaitkan dengan kes liwat supaya ‘bermubahalah’
atau bersumpah.

Beliau berkata, perkara itu merupakan ikhtiar terakhir sekiranya Anwar tidak mempercayai sistem keadilan negara.

“Memang patut kedua-duanya bermubahalah, dalam Islam pun ada, kita
ajak ramai-ramai sembahyang hajat dan bersumpah dan kalau siapa salah
biar Allah tunjukkan.

“Dalam al-Quran pun disebut dengan jelas mubahalah, mungkin Mufti
Perlis ‘serabut perut’ tengok keadaan macam ini (tuduh-menuduh),”
katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
yang meminta Anwar dan Mohd. Saiful ‘bermubahalah’ atau bersumpah
setelah isu liwat itu kini menjadi semakin rumit dan rakyat pula
menjadi keliru sehingga berbalah dan bertengkar sesama sendiri.

Menurut Mohd. Asri, kedua-duanya perlu bersumpah dengan melafazkan :
“Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika
saya melakukannya, laknat Allah kepada saya.”

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dalam masa yang sama
meminta semua pihak menghentikan tuduh menuduh kerana ia membawa kepada
keburukan.

“Tuduh menuduh dalam Islam besar dosanya, senang saja kita tuduh
liwat atau zina sedangkan tuduh cabul kehormatan menjatuhkan maruah
orang.

“Kalau ada bukti bawa pergi ke mahkamah, jangan tuduh menuduh depan
ramai, sekarang ada surat khabar lagi teruk, seluruh dunia tahu,
Malaysia ini macam dah tidak ada maruah,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai campur tangan
Amerika Syarikat (AS) dalam masalah dalaman negara, beliau dengan tegas
menolaknya sambil menyifatkan kuasa besar dunia itu sebagai bapa kepada
segala kejahatan.

“Campur tangan Amerika memang tidak boleh, buat apa… Ingat Malaysia budak-budak, dia (AS) orang tua.

“Dia (AS) itu bapa kepada kejahatan, bunuh orang setiap hari di
Iraq. Lebih jahat daripada manusia yang jahat, buat apa nak kacau
kita,” ujarnya.

Advertisements

5 Responses

  1. waduh pak menteri besar
    hari ni kata tak baik cakap amal tuduh menuduh ni… rakyat makin keliru…alhandullillah dato MB kelantan masih ingat hukum ini… harap2 dato pun pergi pesan dgn mereka yg dok tuduh najib, pak lah dan semua org tak kira umno ke pas ke pkr ke itu tak baik tuduh2 ni.. jgn la kena pada member aje cakap tak baik.. kena bukan member pakat diam pulak. tak elok macam tu.. agama tak ajar supo tu kan.. ko lagu mano?

  2. dah dua kali kena tuduh, orang dh pning nak fikir. mungkin dengan bersumpah orang ramai akan yakin tuduhan itu satu konspirasi. janganlah banyak alasan. di ambil dari harakahdaily.net

    Kes Anwar: Laksana hukum al-Quran bukan bersumpah dengannya
    Azamin Amin
    Sat | Jul 05, 08 | 11:24:32 am MYT

    KUALA LUMPUR, 5 Julai – Dalam tuduhan liwat yang semakin hangat diperkatakan, semua pihak disarankan melaksanakan tuntutan dan hukum al-Quran berbanding meminta mana-mana individu yang dikaitkan dengan pertuduhan itu agar bersumpah dengan kitab suci itu.

    Peguam PAS Hanipa Maidin turut membidas Pengerusi Putera Umno Abdul Azeez Abdul Rahim yang meminta Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersumpah dengan al-Quran tapi tidak mahu menuntut hukum al-Quran yang menjadi hukum yang dipakai bagi menyelesaikan tuduhan liwat ke atas Anwar dan menyifatkannya sebagai satu sikap yang dilihat berpura-pura.

    “Dari segi sisi Islam mahupun undang-undang negara ini Anwar adalah seorang individu yang dianggap tidak bersalah dan beliau juga tidak perlu sama sekali membuktikan apa-apa, jauh sekali membuktikan beliau tidak bersalah.

    “Di dalam undang-undang yang dipakai di negara ini, bagi mana-mana pertuduhan jenayah prinsip yang terpakai adalah ‘seseorang itu dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah’. Prinsip ini dikenali sebagai ‘presumption of innocence.’,” kata Hanipa yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Undang-undang dan AJK PAS Pusat.

    Prinsip itu juga kata Hanipa diambil daripada syariat Islam iaitu berasaskan kaedah “al-aslu al-‘adam” atau pun kaedah “al-aslu?baraatun zimmah” yang juga bermaksud “seseorang itu dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah”.

    Apa yang berlaku katanya di dalam isu dakwaan liwat ini adalah Anwar belum lagi dituduh di Mahkamah maka tidak timbul beliau harus membuktikan bahawa beliau tidak bersalah malah jika sekalipun beliau dituduh di mahkamah dengan kesalahan liwat, beliau masih dianggap tidak bersalah kecuali setelah disabitkan bersalah oleh mahkamah, kata Hanipa.

    “Jika benar terdapat tuduhan liwat ke atas Anwar sekalipun, mana-mana pihak yang bersungguh meminta Anwar bersumpah dengan al-Quran sepatutnya perlu menuntut bahawa Anwar diadili dengan hukum al-Quran,” katanya.

    Dalam isu ini selain meminta Anwar bersumpah dengan al-Quran sepatutnya dari segi Islam meminta supaya pengadu Saiful Bukhari Azlan mendatangkan empat saksi yang melihat Anwar melakukan liwat tersebut selaras apa yang dinyatakan dalam al-Quran, kata Hanipa dengan lebih terperinci dalam blognya.

    “Kesimpulannya ialah tidak perlu Anwar bersumpah dengan al-Quran. Mubahalah (seperti disaran Mufti Perlis) juga saya berpendapat tidak perlu kerana Anwar telah dikaitkan dengan kesalahan jenayah.

    “Maka kaedah yang betul adalah Anwar mahupun Saiful sepatutnya diadili oleh sistem undang-undang jenayah Islam – sistem yang telah telah terbukti keadilannya,” katanya.- az

    mungkin dengan cara ini imej pejuang Islam anwar dapat di buktikan. itupun kalau dia faham dengan ape yang disumpahkan itu.

  3. tuan guru hanipa..
    pandainyer berkata2. kawan pandang saudara ni tak ubah seprti burung kakak tua. tahu bercakap tpi tak reti guna otak.. hang pertpgi belek balik Hudud yg bos2 hang bikin dulu versi kelantan ke versi trenganu ke… tgk apa yg di gubal tu ada kah semestinya hanya dgn 4 saksi aje tuduhan dapat di buktikan.. fuhhhh nak bela lrg pun pakai otaklah… jgn dok hentam macam budak darjah 2 skolah kebangsaan aje… buat malu org pas ajer…
    hari ni pun anwar ibrahim kata dia bersedia tp tak nak layan… ape benda tu? tak percaya pada Tuhan dan Rasul ke… mungkin Ab. Hadi boleh komen… takpun cari org lain la jadi peguam bagi PAS… malu eh isk isk isk… malu yer kawan… nampaknyer lambat lgi la kawan pergi isi borang masuk parti PAS…

  4. berani kerana benar..

    1. 4 org sakti tu bila nak laksana hudud. Hudud mungkin tak perlu untuk Anwar, kerana mustahil dia ajak orang2 alim tengok.
    2. Pelaku secara sukarela mengihtihar.

    Kalau tak ada 4 saksi tak bermakna hukuman sivil tak boleh di laksana.

    pendapat saya:
    Allah menurun hudud kerana tak mahu perbuatan zina membiak di kalangan orang beriman. Kalau org sembunyi2 rogol/zina ia mungkin terlepas hudud. Ulama juga sepakat video juga tak boleh dijadi saksi untuk hudud.

  5. kalau tak buat, kenapa takut nak bersumpah.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: