Syabas!!! Kontrak Sosial: MTRK buat laporan polis

KOTA BHARU 4 Julai – Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) hari ini
membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas terhadap
Majlis Peguam yang menganjurkan debat membincangkan tentang kontrak
sosial dan ketuanan Melayu, Sabtu lalu.

Pengerusi MTRK Pasir Mas, Che Dollah Che Ismail berkata, tema yang
dibincangkan telah termaktub dalam perlembagaan dan tidak perlu
dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata, pihaknya percaya bahawa perbincangan isu tersebut
bertentangan atau melanggar Akta Hasutan 1948 dan perlu dikenakan
tindakan sewajarnya kerana ia menjejaskan keharmonian kaum.

“Tindakan mereka ini akan menimbulkan ketegangan dan tidak senang di antara kaum Melayu dan kaum lain di Malaysia.

”Kami melihat forum ini tidak membawa sebarang faedah dan akan
mencetuskan lebih banyak syak-wasangka di kalangan rakyat,” katanya
kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar ini hari ini melaporkan sebanyak 15 pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) termasuk persatuan seni mempertahankan diri dan kariah masjid
membuat laporan polis berhubung Forum Kontrak Sosial oleh Majlis Peguam
di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Ahad lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
berkata, beliau tidak nampak manfaat Majlis Peguam membincangkan hak
dan kedudukan kaum Melayu dalam forum anjuran badan itu.

Forum itu disertai beberapa ahli panel antaranya Pensyarah Sains
Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mavis Puthucheary;
Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr. Kua Kia Soong dan peguam,
Tommy Thomas serta ahli akademik, Dr. Farish Noor.

Che Dollah menambah, tindakan segera perlu diambil supaya selepas ini tidak ada lagi pihak akan mempertikaikan kontrak sosial.

“Kita perlu menghormati apa yang termaktub dalam perlembagaan dan
tidak mengungkit-ungkit sehingga menimbulkan rasa kurang senang semua
pihak,” tegasnya.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: