Puteri UMNO bantah hak pemilikan tanah 999 tahun

Oleh ABDUL RAZAK DIN

IPOH 3 Julai – Pergerakan Puteri UMNO Perak menentang keras tindakan
kerajaan campuran negeri Perak yang memberikan status hak pemilikan
tanah sehingga 999 tahun kepada penduduk kampung baru kerana ia boleh
mencetuskan diskriminasi antara kaum di negara ini.

Ketuanya, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin berkata, tindakan Menteri
Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin itu tidak adil kerana
ia dilihat memihak kepada kaum tertentu sahaja.

”Pemberian hak milik tanah 999 tahun sepatutnya diberikan secara saksama kepada kaum lain.

”Kami merasakan keputusan yang diambil mengenai isu berkenaan pada
mesyuarat Exco telah disalahgunakan tanpa mengambil kira kepentingan
masyarakat lain di negeri ini,” katanya selepas majlis Mesra Bersama
Media di bangunan UMNO negeri Perak di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Gajah berkata,
keputusan kerajaan negeri itu jelas tidak menyumbangkan sesuatu yang
bermakna dan sama rata kepada masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

”Saya tidak mempersoalkan pemberian tanah tetapi golongan Melayu
dan India juga merupakan masyarakat yang perlu diberi kepentingan dalam
isu ini,” katanya.

Wan Norashikin berkata, tindakan seumpama itu hanya menunjukkan
kerajaan campuran itu cuba menonjol dan mencari populariti tanpa
memikirkan kesan dan akibatnya selepas ini.

”Malah, terdapat ramai pejuang yang menentang komunis sebelum ini
memerlukan bantuan berkenaan dan keistimewaan ini tidak disasarkan
kepada mereka dan ia amat mengecewakan.

”Kerajaan Perak jelas hanya mahu mempertahankan jawatannya selain mengekalkan keperluan politik beliau,” katanya.

Katanya, sebagai membantah cadangan tersebut, Puteri UMNO akan
menghantar memorandum dalam tempoh terdekat kepada Menteri Besar bagi
menggesa kerajaan negeri meneliti semula pemberian hak milik tanah itu
supaya ia tidak menyinggung rakyat di negeri ini.

Beliau turut kesal dengan kerajaan negeri pakatan pembangkang itu
yang masih belum menunaikan janji-janji pada Pilihan Raya Umum Ke-12
lalu.

”Mereka sudah menerajui kerajaan 100 hari dan kita masih tidak
dapat menyaksikan sebarang tindakan permulaan ataupun pembangunan dan
tindakan seperti ini mengaburi mata rakyat yang memilih mereka,”
katanya.

Beliau berkata, banyak janji yang belum dilaksanakan secara serius
dan berpendapat 100 hari ini hanya digunakan untuk mengungkit apa yang
dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: