Penipuan Anwar dan keluarga, kejap bukan, kejap ya… macam coklat chipsmore ajer!!

Sumber : MalaysiaKini

KDEB: Penjelasan adik Anwar Ibrahim
Jun 28, 08 1:58pm

Rusli Ibrahim – adik kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim – menjelaskan bahawa pelantikannya sebagai penasihat khas kepada presiden Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) adalah tanpa pengetahuan Anwar dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Kemasukan saya demi mempertingkatkan keuntungan syarikat dan memastikan KDEB akan terus menyumbang seiring dengan aspirasi kerajaan negeri di bawah Pimpinan Parti Keadilan Rakyat.,” katanya dalam satu kenyataan hari ini untuk menjelaskan kedudukannya.

kumpulan darul ehsan berhad kdebRusli juga menjelaskan bahawa kenyataan yang menyatakan beliau adalah penasihat KDEB ialah fitnah dan tidak berasas.

“Namun setelah desas-desus fitnah dan manipulasi jahat ini timbul dan saya juga telah berbincang secara mendalam dengan Datuk Seri Anwar, saya telah mengemukakan surat perletakkan jawatan pada 25 Jun 2008, 3 petang kepada Presiden KDEB,” katanya.

Sumber: Utusan Online

Adik Anwar nafi masuk KDEB

KUALA LUMPUR 27 Jun – Adik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rosli, hari ini menafikan beliau pernah dilantik sebagai penasihat syarikat milik kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Menurutnya, dakwaan itu tidak benar sama sekali dan ia dilakukan bertujuan menjatuhkan maruah dan mengaibkan abangnya yang merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Beliau berkata, bekas Setiausaha Anwar, Mohamad Ezam Mohd. Nor seharusnya mengemukakan bukti mengenai perkara itu terlebih dahulu, sebelum mengeluarkan kenyataan yang kelak akan memakan dirinya sendiri.

”Dia (Mohamad Ezam) jangan lupa bahawa abang saya pernah menjadi majikannya. Justeru, sebelum membuat sebarang tuduhan yang menganiaya orang lain, dia patut fikir dahulu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang mempersoalkan kemungkinan Anwar mengamalkan nepotisme dengan melantik ahli keluarga sebagai penasihat dalam KDEB.

Rosli menegaskan, beliau tidak pernah dilantik secara rasmi sebagai penasihat dalam syarikat tersebut.

Justeru, beliau tidak dapat menjelaskan bagaimana perkara itu kini boleh menjadi isu.

Bagaimanapun, Rosli mengakui, beliau mengenali Presiden KDEB, Datuk Abdul Karim Munisar sejak lebih 20 tahun lalu.

Katanya, sebagai rakan perniagaan, beliau ada memberi nasihat kepada Abdul Karim ketika Presiden KDEB itu berhadapan dengan masalah.

”Saya tidak terlibat atau mempunyai kaitan langsung dengan KDEB dan saya mempunyai syarikat sendiri.

”Sebagai adik kepada seorang yang berpengaruh, tohmahan seperti ini memang tidak dapat dielakkan,” ujarnya.

Beliau kesal dengan tindakan Mohamad Ezam itu yang sebelum ini pernah menganggap Anwar sekeluarga seperti keluarganya sendiri.

Menurut Rosli, anggapan itu kini telah berubah apabila Mohamad Ezam sanggup menikam ‘ahli keluarganya’ dari belakang.

Advertisements

One Response

  1. Berkecamuk.. secelaru parti keadilan rakyat(konon kononya)
    Memang pening berbelit2.. jadi takpayah pikir lah kita.. ni sah nak auta.. masuk ke tak masuk? dilantik ke tidak.. kalau tak dilantik macamana boleh letak jawatan…
    Teringat kes cerai yb pas dikelantan ni… mcamana nak cerai kalau sijil nikah tak sah.. harap2 nikahnya sah… kalau tidak kesian la anak2 nanti kena tukar bin pulak..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: