Puteri UMNO bantah hak pemilikan tanah 999 tahun

Oleh ABDUL RAZAK DIN

IPOH 3 Julai – Pergerakan Puteri UMNO Perak menentang keras tindakan
kerajaan campuran negeri Perak yang memberikan status hak pemilikan
tanah sehingga 999 tahun kepada penduduk kampung baru kerana ia boleh
mencetuskan diskriminasi antara kaum di negara ini.

Ketuanya, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin berkata, tindakan Menteri
Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin itu tidak adil kerana
ia dilihat memihak kepada kaum tertentu sahaja.

”Pemberian hak milik tanah 999 tahun sepatutnya diberikan secara saksama kepada kaum lain.

”Kami merasakan keputusan yang diambil mengenai isu berkenaan pada
mesyuarat Exco telah disalahgunakan tanpa mengambil kira kepentingan
masyarakat lain di negeri ini,” katanya selepas majlis Mesra Bersama
Media di bangunan UMNO negeri Perak di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Gajah berkata,
keputusan kerajaan negeri itu jelas tidak menyumbangkan sesuatu yang
bermakna dan sama rata kepada masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

”Saya tidak mempersoalkan pemberian tanah tetapi golongan Melayu
dan India juga merupakan masyarakat yang perlu diberi kepentingan dalam
isu ini,” katanya.

Wan Norashikin berkata, tindakan seumpama itu hanya menunjukkan
kerajaan campuran itu cuba menonjol dan mencari populariti tanpa
memikirkan kesan dan akibatnya selepas ini.

”Malah, terdapat ramai pejuang yang menentang komunis sebelum ini
memerlukan bantuan berkenaan dan keistimewaan ini tidak disasarkan
kepada mereka dan ia amat mengecewakan.

”Kerajaan Perak jelas hanya mahu mempertahankan jawatannya selain mengekalkan keperluan politik beliau,” katanya.

Katanya, sebagai membantah cadangan tersebut, Puteri UMNO akan
menghantar memorandum dalam tempoh terdekat kepada Menteri Besar bagi
menggesa kerajaan negeri meneliti semula pemberian hak milik tanah itu
supaya ia tidak menyinggung rakyat di negeri ini.

Beliau turut kesal dengan kerajaan negeri pakatan pembangkang itu
yang masih belum menunaikan janji-janji pada Pilihan Raya Umum Ke-12
lalu.

”Mereka sudah menerajui kerajaan 100 hari dan kita masih tidak
dapat menyaksikan sebarang tindakan permulaan ataupun pembangunan dan
tindakan seperti ini mengaburi mata rakyat yang memilih mereka,”
katanya.

Beliau berkata, banyak janji yang belum dilaksanakan secara serius
dan berpendapat 100 hari ini hanya digunakan untuk mengungkit apa yang
dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

Advertisements

DAP kafir harbi terus tunggang Nizar untuk hapuskan Ketuanan Melayu di Perak

Utusan terus dianiaya di Perak

IPOH 4 Julai – Kerajaan campuran negeri Perak meneruskan tindakannya memboikot akhbar Utusan Malaysia yang dituduhnya bersikap perkauman kerana memperjuangkan nasib orang Melayu.

Terbaru, kerajaan negeri yang ditunjangi DAP itu mengarahkan Majlis
Bandaraya Ipoh (MBI) supaya tidak mengeluarkan pelekat kereta percuma
kepada wakil media akhbar itu.

Sebelum ini, MBI mengeluarkan lima pelekat kereta kepada setiap agensi media massa termasuk Utusan Malaysia bagi kemudahan meletak kenderaan secara percuma.

Bahagian Perhubungan Awam dan Antarabangsa MBI dalam satu kenyataan
di sini hari ini menyatakan, kerajaan negeri telah mengarahkan pihak
majlis untuk mengeluarkan pelekat kereta percuma kepada semua pemberita
dan jurugambar media massa kecuali Utusan Malaysia.

”Oleh yang demikian, semua pemberita yang ingin memohon pelekat
kereta percuma MBI dikehendaki mengemukakan salinan geran kenderaan
masing-masing melalui ketua biro di mana mereka bertugas kepada Pejabat
Perhubungan Awam MBI bagi urusan selanjutnya,” kata kenyataan tersebut.

Kerajaan pakatan pembangkang di Perak sebelum ini mengeluarkan
arahan supaya semua jabatan kerajaan negeri tidak melanggan akhbar Utusan Malaysia keluaran Utusan Melayu (M) Berhad yang merupakan syarikat milik penuh orang Melayu pertama di negara ini.

Arahan memboikot akhbar Utusan Malaysia hanya dilakukan di dua negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang yang dikuasai DAP.

Tindakan kerajaan campuran Perak itu mendapat tentangan beberapa
pihak kerana dilihat sebagai halangan kepada kebebasan mendapatkan
maklumat.

Syabas!!! Kontrak Sosial: MTRK buat laporan polis

KOTA BHARU 4 Julai – Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) hari ini
membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas terhadap
Majlis Peguam yang menganjurkan debat membincangkan tentang kontrak
sosial dan ketuanan Melayu, Sabtu lalu.

Pengerusi MTRK Pasir Mas, Che Dollah Che Ismail berkata, tema yang
dibincangkan telah termaktub dalam perlembagaan dan tidak perlu
dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata, pihaknya percaya bahawa perbincangan isu tersebut
bertentangan atau melanggar Akta Hasutan 1948 dan perlu dikenakan
tindakan sewajarnya kerana ia menjejaskan keharmonian kaum.

“Tindakan mereka ini akan menimbulkan ketegangan dan tidak senang di antara kaum Melayu dan kaum lain di Malaysia.

”Kami melihat forum ini tidak membawa sebarang faedah dan akan
mencetuskan lebih banyak syak-wasangka di kalangan rakyat,” katanya
kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar ini hari ini melaporkan sebanyak 15 pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) termasuk persatuan seni mempertahankan diri dan kariah masjid
membuat laporan polis berhubung Forum Kontrak Sosial oleh Majlis Peguam
di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Ahad lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
berkata, beliau tidak nampak manfaat Majlis Peguam membincangkan hak
dan kedudukan kaum Melayu dalam forum anjuran badan itu.

Forum itu disertai beberapa ahli panel antaranya Pensyarah Sains
Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mavis Puthucheary;
Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr. Kua Kia Soong dan peguam,
Tommy Thomas serta ahli akademik, Dr. Farish Noor.

Che Dollah menambah, tindakan segera perlu diambil supaya selepas ini tidak ada lagi pihak akan mempertikaikan kontrak sosial.

“Kita perlu menghormati apa yang termaktub dalam perlembagaan dan
tidak mengungkit-ungkit sehingga menimbulkan rasa kurang senang semua
pihak,” tegasnya.

Penipuan Anwar dan keluarga, kejap bukan, kejap ya… macam coklat chipsmore ajer!!

Sumber : MalaysiaKini

KDEB: Penjelasan adik Anwar Ibrahim
Jun 28, 08 1:58pm

Rusli Ibrahim – adik kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim – menjelaskan bahawa pelantikannya sebagai penasihat khas kepada presiden Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) adalah tanpa pengetahuan Anwar dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Kemasukan saya demi mempertingkatkan keuntungan syarikat dan memastikan KDEB akan terus menyumbang seiring dengan aspirasi kerajaan negeri di bawah Pimpinan Parti Keadilan Rakyat.,” katanya dalam satu kenyataan hari ini untuk menjelaskan kedudukannya.

kumpulan darul ehsan berhad kdebRusli juga menjelaskan bahawa kenyataan yang menyatakan beliau adalah penasihat KDEB ialah fitnah dan tidak berasas.

“Namun setelah desas-desus fitnah dan manipulasi jahat ini timbul dan saya juga telah berbincang secara mendalam dengan Datuk Seri Anwar, saya telah mengemukakan surat perletakkan jawatan pada 25 Jun 2008, 3 petang kepada Presiden KDEB,” katanya.

Sumber: Utusan Online

Adik Anwar nafi masuk KDEB

KUALA LUMPUR 27 Jun – Adik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rosli, hari ini menafikan beliau pernah dilantik sebagai penasihat syarikat milik kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Menurutnya, dakwaan itu tidak benar sama sekali dan ia dilakukan bertujuan menjatuhkan maruah dan mengaibkan abangnya yang merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Beliau berkata, bekas Setiausaha Anwar, Mohamad Ezam Mohd. Nor seharusnya mengemukakan bukti mengenai perkara itu terlebih dahulu, sebelum mengeluarkan kenyataan yang kelak akan memakan dirinya sendiri.

”Dia (Mohamad Ezam) jangan lupa bahawa abang saya pernah menjadi majikannya. Justeru, sebelum membuat sebarang tuduhan yang menganiaya orang lain, dia patut fikir dahulu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang mempersoalkan kemungkinan Anwar mengamalkan nepotisme dengan melantik ahli keluarga sebagai penasihat dalam KDEB.

Rosli menegaskan, beliau tidak pernah dilantik secara rasmi sebagai penasihat dalam syarikat tersebut.

Justeru, beliau tidak dapat menjelaskan bagaimana perkara itu kini boleh menjadi isu.

Bagaimanapun, Rosli mengakui, beliau mengenali Presiden KDEB, Datuk Abdul Karim Munisar sejak lebih 20 tahun lalu.

Katanya, sebagai rakan perniagaan, beliau ada memberi nasihat kepada Abdul Karim ketika Presiden KDEB itu berhadapan dengan masalah.

”Saya tidak terlibat atau mempunyai kaitan langsung dengan KDEB dan saya mempunyai syarikat sendiri.

”Sebagai adik kepada seorang yang berpengaruh, tohmahan seperti ini memang tidak dapat dielakkan,” ujarnya.

Beliau kesal dengan tindakan Mohamad Ezam itu yang sebelum ini pernah menganggap Anwar sekeluarga seperti keluarganya sendiri.

Menurut Rosli, anggapan itu kini telah berubah apabila Mohamad Ezam sanggup menikam ‘ahli keluarganya’ dari belakang.