DAP Kafir Harbi sokong kafir harbi antrabangsa bantu Anwar

Karpal: Malaysia juga komen Palestin

KUALA LUMPUR 2 Julai – Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, jika
Malaysia boleh memberi komen terhadap Palestin maka tidak salah untuk
Amerika Syarikat (AS) turut memberikan pandangan terhadap dakwaan liwat
yang dihadapi oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar
Ibrahim.

Sebab itu, beliau berkata, kenyataan jurucakap Jabatan Negara AS,
Tom Casey bukanlah satu tindakan campur tangan terhadap urusan negara
ini sebaliknya ia adalah keprihatinan AS kepada soal keadilan terhadap
Anwar.

”AS bukan campur tangan. Malaysia juga buat pemerhatian yang sama
kepada suasana politik dan perundangan negara lain. Macam Palestin
sendiri dan dulu dalam isu Bosnia.

”Sebab itu apa yang berlaku sekarang samalah situasinya. Ini
keprihatinan kepada kemungkinan situasi konspirasi politik (terhadap
Anwar).

”Dulu tahun 1998 Anwar berhadapan situasi yang sama dan kemudian
diketepikan oleh Mahkamah Persekutuan, jadi kita tak boleh memencilkan
negara daripada pemerhatian antarabangsa,” katanya pada sidang akhbar
di lobi Parlimen di sini hari ini.

AS menerusi jurucakap negara itu dilaporkan menuntut kerajaan
Malaysia supaya memastikan penyiasatan terhadap Anwar dikendalikan
tanpa dorongan politik.

Berikutan itu beberapa pemimpin kerajaan dan politik membidas
kenyataan AS itu yang dilihat sebagai permulaan kepada campur tangan
kuasa besar dunia itu ke dalam urusan negara ini.

Sementara itu, Karpal turut meminta pihak media tidak melakukan perbicaraan sendiri terhadap kes Anwar.

Katanya, beliau amat kurang senang dengan laporan media yang mendahului siasatan dengan menyiarkan laporan berbentuk spekulasi.

”Ini terutama laporan terhadap bukti- bukti yang bakal dikemukakan,” ujarnya.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: