BERHENTI MENGHINA BANGSA MELAYU!

http://www.mohdalirustam.com/?p=204



July 1, 2008.


Seruan dan nasihat YAB Datuk Seri supaya berhenti menghina bangsa
Melayu patutlah didengar oleh Majlis Peguam Malaysia (MPM) dan mereka
yang sekepala dengannya. Jika ianya tidak diendahkan, pasti suhu
perasaan perkauman akan meningkat.


Sebenarnya bahang peningkatan suhu perkauman di Negara kita semakin
hangat. Nafsu Bukan Melayu nampaknya tak pernah puas. Perkataan
‘syukur’ nampaknya tak ada dalam kamus mereka. Mereka terus meminta,
mendesak, mempersoal dan mencabar kedudukan dan hak kaum Melayu.



Terkini, mereka mahukan papan tanda jalan turut ditulis dalam bahasa
Cina dan India. Usul yang licik ini boleh dilihat sebagai usaha untuk
mengangkat martabat kedua-dua bahasa tersebut supaya setaraf dengan
kedudukan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa Rasmi di negara ini.
Sekali gus, ia cuba mencabar kedudukan bahasa Melayu itu sendiri yang
telahpun dipahatkan dibatu di bawah Atikle 152, Perlembagaan
Persekutuan.


Alasan-alasan yang diberikan menampakkan sifat cauvanis Cina yang
mendalam. Ia menunjukkan orang Cina tidak mahu belajar dan menghormati
Bahasa Melayu walaupun negara sudah 51 tahun merdeka; mengutamakan
pelancong Cina yang sedikit – hanya 3% dan berada di kedudukan no. 5.



Lebih besar dan sensitif daripada usul dari utara itu ialah forum untuk
membincangkan kontrak sosial dan ketuanan Melayu. Forum tersebut
dianjurkan oleh MPM. Selama ini Majlis berkenaan dilihat sebagai
anti-Melayu. Itulah persepsi umum orang Melayu terhdap Majlis tersebut.



Maka, khabarnya, dilaungkan oleh seorang ahli panel dan disokong pula
oleh ahli panel yang lain bahawa kontrak sosial dan ketuanan Melayu itu
adala satu fiction (dongengan)! Dapatkah mereka merasakan apakah rasa
hati orang Melayu mendengar laungan ini? Apakah rasa hati orang India
jika orang Muslim rakyat India menyorakkan bahawa ketuanan orang Hindu
di India itu satu dongengan?



Apakah rasa hati orang Cina di China jika orang Tibet menjeritkan
bahawa ketuanan Cina di negara mereka sendiri adalah satu dongengan?
Apakah rasa hati orang Siam jika orang Cina rakyat Thailand menyorakkan
bahawa ketuanan orang Thai di Thailand itu satu dongengan? Apakah rasa
hati orang Indonesia jika orang Cina rakyat Indonesia menjeritkan
bahawa ketuanan orang Indonesia di negara mereka sendiri adalah satu
dongengan?


Nampaknya pada perhitungan mereka sudah sampai masanya untuk
mempersoalkan kontrak sosial dan ketuanan Melayu ini sekalipun YAB
Perdana Menteri sendiri telah menjelaskan apa maksudnya konsep-konsep
berkenaan. Mereka mahu mengambil kesempatan daripada kebebasan dan
ketelusan yang diberikan oleh kerajaan sekarang. Tidak cukup dengan
betis yang diberi; mereka mahu pangkal peha pula!


Jika itulah arah tuju pemikiran mereka maka sudah sampailah masanya
bagi bangsa Melayu ‘menari mengikut gendang’ bukan Melayu ini. Wajarlah
perkara-perkara ini dibangkitkan:



1. Kerakyatan mereka dikaji semula,


2. Jika masih mahu tinggal di tanah air ini maka mereka hendaklah
berasimilasi dengan masyarakat Melayu seperti mana kaum mereka tinggal
di Amerika, Eropah, Indonesia dan Thailand,


3. Hanya satu sistem pendidikan rasmi iaitu sistem pendidikan yang
menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Penghantar, selaras dengan
kedaulatan Artikle 152, Perlembagaan Persekutuan,


4. Peratus penduduk Bumiputera ialah 66.6%. Oleh itu, semua jenis
hakmilik dan peluang untuk Bumiputera hendaklah sekurang-kurangnya
66.6%, dan


5. Bumiputera mempunyai Hak-hak Istimewa di bawah Artikle 153,
Perlembagaan Persekutuan. Secara kuantitatif, ia hendaklah
diterjemahkan sekurang-kurangnya bernilai ekstra 15%. Contohnya, kuota
biasiswa dan kemasukan ke universiti ialah 81.6% (66.6% + 15%)! Mengapa
bangsa Melayu hanya diberi 55% dan mereka pula diberi 45% sedangkan
share penduduk mereka hanyalah 33.4%? Kita meminta sedekah di kampung
sendiri dan mereka pula tidak tahu bersyukur; malah menghina kita pula!


Bangsa Melayu hendaklah serius memikirkan masa depan bangsanya;
bukan sekadar untuk survival tetapi survival dengan kemakmuran yang
melimpah ruah di ‘kepuk’ sendiri.


Dalam situasi Bangsa Melayu yang terhimpit dan dihina sekarang ini,
apakah agaknya nasib bangsa Melayu pada tahun 2020 atau 2050 nanti?

Advertisements

19 Responses

  1. let’s forget about politics for a while. let’s talk about race issues in malaysia.

    i am a malaysian, ethnic-chinese.

    let’s just say i don’t think we are ready to ‘discuss’ ‘the’ ‘social contract’. sigh..so many quotes. the reason i am saying this is that i feel the someday somehow someone somewhere we have to face ‘it’. what we can’t discuss we won’t be able to engage. and if we can’t engage an issue, we can’t own it. and, by logic, if we can’t own it we can’t handle/understand it. aiya, how long you want ‘the issue’ to hover above our heads, dragging us all and making us all walk in balls and chains?

    i say let another generation or two pass before our future selves can openly ‘discuss’ this ‘oh-so-sensitive’ issue in, say, 2030 or 2050.

    it’s just like religion, no?

    but given the unique position of race/language/religion in this unique country of ours called malaysia, there are a myriad of ‘issues’ that are off-limits but for how long?

    bro/sis, if it means anything to you, i recognize bahasa malaysia (or perhaps you rather i address is as bahasa melayu? ok, i’m really alright with either) as the (my) national language. i recognize that islam is the (but not mine) official religion. all these are stipulated in no uncertain terms in the federal constitution. but as for, what i could still call, the vague term of ‘ketuanan melayu’ it instills, i admit, some fear in me. these fears (albeit only a bit) are as valid as yours in the other end.

    i mean, bro/sis, the question i have is, article 153 applies to malays “…and indigenous people of sabah and sarawak…”. so in the quest for ‘ketuanan melayu’, i pray that it is also a cry for rights for them too. if anyone’s really poor(est) in malaysia, it had to be them. they never stood a chance. most still don’t.

    given the percentage (not total number) of hardcore poor is highest amongst these ‘bumiputras’ in the jungle and god-forsaken areas in our country, should we (all) not at least fight for their rights first? or is yours, with all due respect, just a narrow battlecry for malays only and malays per se?

    i apologize if i in any way hurt your feelings. let my maker punish me in my afterlife. but i, and i am not claiming to speak for others, feel that road signs in any other languages is not needed (as opposed to encouraged) in malaysia. all malaysian must be able to speak the national language. and to justify it by using tourism ($$$) is just not sufficient.

    in the near future, if parliament enacts into law the requirement for all business/official correspondence to malaysian government and its agencies to be in bahasa malaysia, i’d be the first to agree and support. there is, really, no excuse not to know (let alone master) the national language. in this case, in our country, it’s bahasa malaysia. no ifs and buts.

    afterall, this is malaysia. and this is my country, too. this is all i have, i suppose.

    lastly, again i stress, i recognise your fears (not that you need my recognition in the first place) and i believe those fears are genuine.

    i pray for us all to find a middle-path. aiya, i know we all will. it just takes time. and with anything worthwhile, it’s worth the effort to work towards achieving it.

    daniel.

  2. masalah tidak akan timbul jika kaum2 lain tidak menimbulkan perkara yg sudah termaktub dalam perlembagaan..bermulut dan bermuka manis di depan tetapi menikam di belakang..sudah terlalu banyak provokasi dilakukan oleh kaum yang tidak diketahui keikhlasannya yang mendiami bumi malaysia ini..menguasai ekonomi dengan cara menipu, cara haram dan kotor itu ke yang nak dibanggakan.kaut projek dari kerajaan dan kemudian menikamnya dari belakang dengan mengundi DAP..mengusir penempatan melayu dan india yang sederhana atau miskin ke pinggir bandar untuk dibangunkan kondominium.siapa yg akan mendudukinya kalau tidak kaum cina yg tidak diketahui asal-usul..mungkin pendatang dr cina atau s’pore siapa yg tahu melainkan jika polis+askar bergabung menggempur semua kondominium yg ada atau lakukan pemeriksaan kad pengenalan secara besar-besaran ke atas bangsa cina..kalau indon kita boleh kenal tapi cina atau india…………………………..sendiri mau ingat..

  3. Sabah is under target now, I don’t think bumi will benefit in PR coalition.

    The issue is only bait for Sabahan. Your interest are their land, oil & gas. Like Perak bumi gain nothing, in Selangor criminal candidate become wakil in Ampang.

    Pls wait Wawasan 2020 -time for Bumi/Malay to forget their Hak. That time equal opportunity Merit Malaysian.

    Only Malay stupid in PAS & PKR want their right to be abolished. They are really stupid Malay even some of them Ulama or Professional. That’s why they becoming DAP dog.

  4. dear shahrul
    i read your comments above and allow me offer my views based on your comments as re-produced below

    i) …kaut projek dari kerajaan dan kemudian menikamnya dari belakang dengan mengundi DAP…” – government-of-the-day and political parties are (supposed to be) two separate entities; if not in form, at least in substance. contractors get contract from the government; not “UMNO/MCA/MIC”. the former is the government of the country (hence all its people) and the latter are mere political parties i.e. vehicles and platforms on which politicians present their views and suggestions and plans on how to run the country IF/WHEN they are selected. that’s why, for example, pak lah is the PM of the government and, as it is, he’s also the leader o UMNO. just like you are a daddy/mummy to your own children but you are also a co-worker to your co-workers. am i losing you here? i am closely observing paklah (or any politicans in-power now) and see how they can separate their roles. it has to be separated. so for anyone (rakyat biasa yang tak main politik atau DAP atau UMNO atau mana-mana pihak) to secure contracts from the government, one does NOT have to offer blind loyalty to anyone. it’s not a case of one being disloyal to one’s own daddy or mummy. business is business, just as politics is politics. if there’s a job (project) to be done, it’s offered to the best candidate who can offer the best returns-in-investment. if our malay friends who find it difficult to compete on this platform, i pray that someone really assist them in doing it. it’s no good giving handouts. one has to learn to fish for oneself. that feeds one for life. but i qualify this suggestion to apply only to those (any race lah…) who really want to excel and not just those who are just waiting…. waiting until the cows come home for government handouts. most of us are endowed with an able body and a (at least) workable mind. we cari nafkah our way(s). we want more money so that our family/children can live a better life? we work harder lah. it’s (really) that simple.

    ii) “…bermulut dan bermuka manis di depan tetapi menikam di belakang…” – i cannot discount this. i’ve seen it with my own eyes. in all races.

    iii) “..kondominium…cina…bandar….periksa ic…” – i am all for this. but having said that, if these china/spore nationals are here legally and invested into our economy, i see no reason why we should halau mereka keluar. but i can emphatise with the ‘fear’ in some of our malay friends. the chinese are just ‘so strong economically’. or should i say ‘too strong’. perhaps ‘on the verge of dominating malaysia’. to this i say that, yes, malaysian chinese they still do dominate most of the businesses; just like they do in indonesia, the phillipines and thailand. but if some of our malay friends feel ‘jealous’ about this, i hope they use the ‘jealousy’ to generate enough ‘fire’ in them to strive to excel in businesses and commerce and globalisation issues etc… we just cant live in denial anymore. malaysians are not competing against malaysians in the bigger picture. malaysians are competing against the world. we need to produce more (products & skills) to the outside world to earn revenue for the country. it’s no good wanting to take from within malaysia only. it’s a left-pocket-to-right-pocket syndrome. it takes away from ali to pass to ah chong or muthu. it is no good.

    by the way, i might add that to a certain extent the speed in which the economy (and inflation) is going up, this is causing a lot of hardship to malaysians (and more so to the malays). but to you all malays who are living in rm200k houses and driving rm100k cars, i say you have not much reason to complain. same with the malaysian chinese and indians who are already well-off. if you boo-hoo-hoo perhaps you cannot afford the bmw or the rm500k bungalow you dream of, then, i say, u go fly kite. but for the rest of us (any race, more so the malays) who find it hard even to scrap for the NEXT meal, my heart goes out to you. this is where the government (NOT political party or any idol-worshipped leader) comes in. they are supposed to correct and contain the economy. we are mere rakyat.

    iii) “…menguasai ekonomi dengan cara menipu, cara haram dan kotor …” – sigh…tell that to the uncle/makcik/ayah operating foodstalls/warongs/kedaikopi. all these good folks they are earning an honest (not to mention back-breaking) living to put food on the table. only corrupt people (any race) will seek to “menguasai ekonomi…menipu…haram..”. these, you have to admit, include those so-called UMNOputras, MCAputras etc… i say the problem starts when there were MONEY to be made. people become tamak. then, if they cannot make a living honestly, they resort to tipu. people like these (of any race) are the culprits. a malaysian chinese businessman who made it big in business on this tipu platorm is as indefensible as a malay contractor who lobbied for government jobs without wanting to sweat it out in the work site i.e. who prefers to ‘easy way’ to make money. and what better way to do it other than through ‘menipu’ or become a ketua bahagian and control the contracts. sigh… any race. any race. it’s sad isnt it? who, if any, lifted a finger to help the malay guy near where i stayed? no politican. i saw his rise from operating with a small table and a wok selling only goreng pisang. and while he was frying those bananas, his wife was (i think) breast-feeding their baby. all this by the f-cking roadside. they had only a bicycle. no motorbike. no nothing. but, you know what, few years later to present day, both wife and husbands are now better off,. businesses got bigger and everyone lives happily ever after. gotta work for it. any race. any race. to those who tipu (any race), let them answer to their Maker(s) later…

    wah…i wrote so much already. better stop here.

    good day to you all.
    daniel.

  5. dear sabah for bumi
    at least you set a time frame. this is what, i think, most malaysians want to know.

    i mean..it has to end sometime. if not now, then 10 years later ok? or 20 or 50 years later. it has to come to a closure.

    any no one to this day has point out in point form (1,2,3,..100,101….) what is actually demanded in ‘ketuanan melayu’ (and i also want to add ‘ketuanan sabah-sarawak’)?

    it cannot be an open-ended theory lest it be exploited by naughty-politicians-of-the-day.

    it’s just like me reading a contract (kontrak sosial?). it has to have its demands in point forms. then i’ll (try to) comply with these demands.

    just like rental for a car. gotta let me know you want to rent for how long? want insurance or not? you cant just tell me i want to rent a car, so how much? i’ll have to ask what model, for how long etc.. then you say, just quote me how much to rent a car. ok so i tell you for a proton wira 1.3 it’s rm200 a day incl insurance. they you say, deal. you pay me rm200 and then you disappear with the car for a year and come back to say thank you. that’s the end of the contract.

    aiyo, if like that, how to deal lah?

    seriously, i think most bumiputras dont know what they are demaning for. of course some are definitely not negotiable. i see amongst others, bahasa malaysia, our keraja-an (sultans/agong), islam official religion. what else are there? i have some idea but i want to hear it from our malays/sabah-sarawak-bumis friends.

    enlighten me…please? (and i dont mean is sarcastically).

    daniel

  6. Saya tak faham sgt mengenai keadaan diluar negara. Lalu hati tertanya2 apakah dinegara2 lain yang mempunyai masyarat majmuk dan berbilang bangsa mengamalkan sikap toleransi seperti di Malaysia? Adakah ada org melayu yg jadi menteri di india atau di china? Di amerika mgkin ada org negro jadi calon presiden, tapi apakah amerika cth terbaik utk dijadikan tauladan? di negara2 eropah ramai bangsa arab yg mejadi warga negara tapi belum pernah terdengar ada bangsa2 ini jadi senator atau apa2 jawatan tinggi dalam kerajaan hasil kuasa poltik.. jadi bukankah yg ada hari ini di negara kita merupakan perkongsian yg bagus. Bangsa lain dapat hidup senang aman makmur.. kenapa nak buat hal… ada masalah kaum bincang2 lah.. kerajaan BN tak halang bangsa lain maju.. kalau tak manamungkin orang cina dan india boleh berada dalam senarai teratas org2 kaya di malaysia.. org melayu msh di bawah…

  7. Salam…cek rasa kita semua patut palukan gendang peperangan dengan depa ni…si harbi ni…cek walaupun dari utara kedah tapi dalam hal ni kita tak boleh nak berkompromi dah…marilah semua para pasara tentera dan komando yg dari kedah kita mulakan dahulu…demi ALLAH depa ni kita kena ajaq baru depa nak mai cium tapak kaki…yang terbaik datangnya dari ALLAH yang buruk dan terhina datangnya dari cek…

  8. to mr daniel..
    it good to read what u had wrote, so to be honest, as your claim that u are malaysian.. u wrote for mostly malaysian people so is it suppose more honest to wrote in bahasa malaysia? ( forget about stupid issue b.malayu/malaysia). Then more people outside there who read ur view will believe u realy malaysian.. feel malaysia as ur home, ur country, and d wirk hard for beloved country..
    tq

  9. Anti DAP,
    Sy sgt berbangga krn anda salah seorg yg prihatin pd nasib bangsa. Sbnrnya org2 mcm anda perlu lebih byk spy org mcm danial tu ‘live by the toe’ dgn org melayu dan india. Dengan alasan globalisasi, pandai je cina2 ni nak menjustifikasikan hak2 yg mereka kena ada. mula2 kita bg peluang mereka cr rezeki skrg ni bagai dah bg betis nak peha pulak. Tgk contoh danial ni menjawab. Sy x percaya langsung yg org inilah kononnya yg akan setuju utk memartabatkan bahasa Melayu. Posting jelas terang dalam bahasa Melayu jawab la dalam bahasa Melayu. Nak itu, ini tp masih tak nak berasimilasi dgn masyarakat pribumi. Sbb tu mereka ttp dgn amalan fengtau dan jinjang mereka. Ckp takut ketuanan Melayu x berasas. Sbb ketuanan Melayu tu maksudnya Agong sbg Ketua Tertinggi Negara. Dan Raja2 pulak kan monarki dan asalnya bangsa Melayu. Tu je. Sbnrnya melayu x mau apa2 cik daniel. Mereka hy mau anda hormati mereka. Tlg mereka masa susah. Berasimilasila dgn budaya Nusantara ni ( mcm Cina di Indonesia ). Sama jugak kalau Melayu pegi China. Kena la dia berasimilasi dgn budaya di China tu.

    Satu lg kontrak sosial ni bukan mcm contoh car rental yg anda bg tu. Sbb kontrak sosial ni lebih pd ‘consensus’ antara pemimpin Melayu dan pemimpin Cina dan India sblm mereka nak merdeka dulu. Dan x disebut pulak berapa tempoh kontrak tu. Jd sepanjang kaum pendatang tu duduk kena la hormat pd kontrak sosial. Sy bg contoh yg lg relevan la di bawah.

    Ah Chong : Ahmad, aku nak pinjam keta kau ni la. Pickup Baik!

    Ahmad : Boleh, dgn syarat masa kau pinjam kena la jaga baik2, pegi antar cuci, pegi servis enjin dia, bla, bla, bla….. Sanggup x?

    Ah Chong : Oklah aku sanggup.

    Tgk? Xde pun disebut tempoh masa. Jadi bila2 pun dipinjam, kena la ikut perjanjian yg disetuju bersama. Jgn pandang semua benda dr segi kewangan je en daniel ( sewa ). Kaum Melayu lg pentingkan maruah dr wang.

  10. Bukannyer mudah hendak pertahankan Ketuanan MELAYU…. bagi yg cekal dan tabah sahaja yg mampu… dan yg belum lagi sedar…. dan dilamun mimpi… akhirnyer akan tenggelam…
    kite yg sedar haruslah trus pertahankan…. siapa lagi kalau bukan kite semua…. jgn takut utk pertahankan nyer… jika tidak…. jadilah seperti di SINGAPORE…. Hancur punah dan sia-sia perngorbanan nenek n moyang kite selama ini..

  11. Hati org melayu makin terguris dengan tindak-tanduk kaum-kaum cina n india yg terang-terangan ingin menghapuskan Ketuanan Melayu di bumi MALAYSIA ini… sampai bila kite semua perlu terguris? siapa akan ubati hati kite ini?

  12. Kontrak Sosial:
    1. Janji orang dulu2: Kalau Cina & India nak kekal di Malaysia sebagai warga negara ereka kena akui penduduk asal Melayu. Jika tidak mereka kena balik.

    2. Ketuanan Melayu itu maksudnya bukan Tuan-Hamba. Tetapi ia bermaksud macam Tuan rumah. Ertinya tuan =host, penanjur mcm tuan rumah sukan dsb.

    3. Ini kerana Nusantara ini satu2nya tempat untuk Melayu & serumpun seperti Jawa, bugis, Bajau dsb. Kebudayaan Melayu di nusantara sudah lebih 1000 tahun (rujuk batu bersurat).

    4. Golongan lain dirantau ini yang berasimilasi beragama Islam & berbahasa melayu dianggap Melayu. Baba & Nyonya jika berbahasa Cina boleh menjadi Cina semula.

    5. Ini menjamin hak tanah dan Orang Rumpun Melayu tiada dunia lain seperti India & Cina yg ada Shanghai, Tamil Nadu , Beljing Taiwan, Delhi, Kalkutta dsb. Kami akan mati di sini.

    6. Kalau nak diungkit hak istimewa? apa dia? Saya rasa takda apapun. Masuk U tupun ikut nisbah kaum. Yg terbaik dari kaum?

    7. Fong Po Kuan & Teresa Kok membuat pengishtiharan palsu. Fong Po kuan dalam ceramah di SS2 lihat Utube kata dia tak dapat masuk U sebab dia cina. Tapi sebenarnya dia belajar kat UIA. inilah syaitan berwajah manusia

  13. ok i cuba tulis dalam bahasa malaysia, sebagaimana yang dicadangkan of washad dan jentayu. saya pun mahu tulis dalam bahasa malaysia, boleh cuba lah. tak ada masalah (besar).

    tapi i mengaku yang saya lebih pandai tulis dalam bahasa inggeris, jadi saya tulis dalam bahasa inggeris lah… bukannya ada apa niat nak mengecilkan bahasa malaysia.

    tujuan tulisan (selain dari mencerminkan bahasa sendiri) adalah untuk berkomunikasi. jadi saya pilih untuk tulis dlm bhs inggeris disini kerana saya nak komen saya betul2 cun cun dan ngam ngam apa yang saya nak katakan.

    (sampai sini,saya harap apa yang saya telah tulis di atas akan saudara/saudari faham). sebenarnya, saya lebih fasih bertutur dlm bahasa dari menulis. apa boleh buat… terlalu gilakan lagu pop bahasa inggeris 80an…

    komen no7 oleh “pejuang hak asasi peribumi” berkenaan dgn fong po kuan: kalau dia ada cakap macam tu, macam i kata lah … let her face her Maker when she passes on.

    sekian. terima lah kasih dari saya.

  14. kpd jentayu, washad & pejuang hak asasi peribumi,
    saudara (atau saudari?),

    tulis dlm bm? ok i cuba..

    saya boleh tulis dlm bahasa malaysia tapi saya pilih bertulis dalam bahasa inggeris di sini kerana saya lebih fasih dalam bahasa inggeris daripada bahasa malaysia. jadi kalau saya tulis dlm bm, saya takut nanti salah tulis atau tidak dapat mengutarakan (??betulkah, perkataan “mengutarakan” ni…?) komen saya dgn betul. tulis dlm bm, saya koyak. cakap (lisan),ah itu saya boleh. boleh tahan jugak.

    kpd washad: aiya, saya tal claim bercakap bagi pihak majoriti lah…hanya pendapat saya sendiri sahaja. tapi, perbincangan macam ni, i rasa, patut diteruskan. jangan biar perbincangan serupa ini tamat. kami kena terus bincang supaya makin lama makin kenal dan rapat lah. tapi sakit hati juga lah, sudah 50 tahun merdeka tapi apa yang ada setakat ini hanyalah “tolenrasi” antara kaum dan bukan “muhibbah” yang 100%. tapi tak apa, janji terus berbincang. kalau tak mahu (atau tak boleh) bincang pasal itu “kontrak sosial” atau apa pun, tak bincang lah. tak apa juga. bukan masanya, mungkin. tapi saya masih (degil) berpendapat, pasti ada hari yang saya nantikan dimana semua ali (ok, ali is taikor), chong, muthu dan semua orang malaysia boleh, secara terbuka. tap bukan sekarang lah. mugkin zaman cucu-cucu kami lah. tapi saya pun dah mati lah masa tu. tapi, saya berpegang kpd harapan ini.

    kpd jentayu: “….Kaum Melayu lg pentingkan maruah dr wang…” – saya faham dan saya hormat pendirian ini…tapi macam mana pendirian serupa ini dapat bertemu dgn permintaan minima 30% dlm perniagaan dan deb; dan peratusan yang tertentu untuk kontrak2 kerajaan? ini semua pasal wang juga. jangan salah faham saya. saya hanya nak beri pendapat, di dalam dunia yang serba moden dan realistik ini, soal ekonomi dan kewangan itu mustahak juga. tapi bukan kata soal maruah tak mustahak. eh eh tidak tidak 🙂 soal maruah mustahak bukan untuk melayu saja; cina atau india pun mustahak juga.

    tapi, mungkin melayu rasa makin ‘tertekan’ selagi cina semakin ‘berjaya’, pasal ada sedikit perasaan ‘malu’…? ya atau tidak? hanya pendapat saya. perasaan macam ini adalah normal. sesiapa yang nampak kejayaan jiran yang ada kereta besar, rumah besar) mesti lah ada sikit rasa ‘tertekan’ kerana mungkin rasa nak bandingkan diri dengan si jiran tu. jadi, kalau saya pentingkan maruah sendiri, saya lebih tekun berusaha lah. pasti saya akan berjaya juga. kenapa tidak? by the way, when i say ‘cina’ here i dont mean china cina, i mean malaysian cina (yang boleh tulis dan cakap dlm bahasa malaysia, yang lahir di malaysia, yang akan juga mati di bumi (sendiri?) malaysia juga…)

    kpd Pejuang Hak Asasi Peribumi : kalau fong po kuan betul2 ada cakap bohong macam tu, biarlah dia punya tuhan settle dgn dia lah. dia kan ahli politik. apa yang ahli politik cakap, paling best i kasi 50% saja. biasanya, i baca politik untuk syok saja. besok kena kerja. apa yang dijanji oleh ali politik, i dengar saja lah. tapi nasi diatas meja yang sekeluarga makan adalah hasil titik peluh sendiri. bukanya dari mana pihak lain. ahli politik, jagalah negara kita. jaga ekonomi. pasal maruah bangsa sendiri, kenalah dimertabatkan (betulkah speling ini??) melalui kerja kuat, belajar Quran, belajar sains, belajar Quran, ekonomi, belajar Quran… bila seseorang berkerja cari makan sendiri, anehnya ialah nasib akan jadi ‘lebih baik’. i guarantee you.

    sekian. terima lah kasih drp saya.

  15. minta maaf. itu komen “tanpa nama” saya tulis punya lah. tak payah baca. baca update panjang lebar saya selepas komen “tanpa nama” tu…

    sorry haha

  16. pd daniel @ tanpa nama
    terimakasih dan tahniah kerna membuktikan diri saudara mmg anak mlaysia yg sygkan malaysia. telahan saya saudara mungkin kelantan chinese…:) just guest..
    org yg berpandangan seperti saudra bukan hanya saudra shj tp rami lg diluar sana. sya berkerja dgn syarikat besar kepunyaan mat salleh, big bos saya indian, 2nd bos chinese, immedare bos indian. mererka ini profesional yg tidak memilih warna kulit tp berdasarkan hasil kerja.
    kalau d lihat mengenai contract sosial/ketuananan melayu dan apa2 perkara mengenai kami org melayu merasakan diri kami seharusnya dihormati sebagai tuan rumah, dan kalau impian saudara nak melihat muhibah ia pasti akan berlaku dan memang telahpun berlaku sekiranya kaum2 lain sedar dan ingin mengaku mereka adalah tetamu. adat kami org melayu melayan tetamu sebaik mungkin bahkan kami sgp berlapar utk meraikan tetamu selagi tetamu menghormati tuan rumah, ini saudara boleh lihat dan rasai jika saudara bertandang kerumah2 kwn2 melayu. Jadi utk mewujudkan muhibah itu seharusnya ada dlm hati kaum lain mereka adalah tetamu dan tidak perlu rasa “takut hak dirampas”. yang menjadi masalah skrg ini adanya segelintir tetamu ini tidak menghormati tuan rumah, malah melakukan usaha meracun serta mengpegaruhi rakan2 tetamu lain supaya membenci dan menimbul rasa ketegangan.. ini pasti membuatkan kita rasa marah. bukan dengki. selama ini kita tidakpun mengkhianati harta benda dan peluang kaum lain.. (mungkin saudara tidak senang bila saya gunakan perbandingan tuan rumah dan tetamu sebab mngkin pd pandanagn saudara saudara juga adalah sebahagian dari tuan punya) sya bukan ingin menafikan sumbangan kaum lain bahkan kita menghargainya. Bila kita memberikan hak warganegara bermakna kita telahpun menerima saudara sebagai sebahgian dr tuan rumah utk sama berada dlm rumah dan menumbang bakti kepada rumah kita.
    Kita sebagai tuan rumah harus membuang anasir yg tidak sihat yg timbul dan cuma memporakperandakan muhibbah sekian lama yg kita cuba tanamkan. Rata2 org melayu hari ini bercakap mengenai hak ketuanan melayu kerana adanya suara2 sumbang yg mempersoalkan perkara itu.
    saudara boleh berkerja keras utk rezeki saudara, buat lah harta sebnyak mana pun org melayu tidak pertikaikan selagi jgn disentuh bahagian yg telah di ‘reserve’ kan utk tuan rumah. Bukan bykpun reserve ini dan ia semakin di’kurangkan’ pada realiti nye berlaku pada hari ini. Ini juga menyebabkan kita bersuara kerana bimbang reserve ini tidak berbaki. mungkin suatu hari bila perasaan muhibah ini ujud pada tahap yg tinggi tiada lagi suara2 sumbang maka ia petanda tibanya hari yg sesuai yg mana semua semua reserve ini tingal atas kertas atau sejarah sahaja.
    Saya juga mengharapkan suasana yg harmoni diantra semua kaum dapat diwujudkan dan kita sama2 hidup aman damai selamat dan makmur. Contract sosial merupakan satu konsep yg cukup baik oleh itu tak perlu ditentang.. atau mungkin saudra ada penyelesaian yg lebih baik?

  17. Assalammualaikum pada yang islam dan salam sejahtera pada yang bukan islam.

    Bila menulis biar berilmu. Bercakap tanpa ilmu bagaikan menjerit didalam tin kosong. Berdesing bunyi sakit telinga sendiri. Bila kita mempersoalkan kelebihan dan hak keistimewaan orang melayu, pernah kita tanya kenapa orang melayu memperolehi keistimewaan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan? Tahukah anda apa itu Perlembagaan Persekutuan? Tahukah anda apa kandungan penting Perlembagaan? Kalau tak tahu tolong cari buku dan baca. Sejujurnya, kalau seorang yang mempunyai ilmu perundangan, peguam atau pengamal undang-undang masih mempertikaikan hak kebebasan, hak sama rata jauh daripada apa yang termaktub di dalam perlembagaan dan bermacam-macam lagi, anda hanyalah lulus diatas kertas peperiuksaan tetapi bukannya memahami Undang-Undang Malaysia umumnya dan Perlembagaan Persekutuan khususnya.

    Pendapat jujur, setiap kita sebagai seorang Malaysia kena tahu apa itu sejarah dan apa itu Perlembagaan Persekutuan sebelum kita melalak mempersoalkan ketidakadilan dan membicaran isu ketuanan Melayu. Sensitif? Tentulah isu-isu tersebut sensitif kepada orang-ornag Melayu. Bukankah di dalam Perlembagaan telah menyatakan supaya jangan mempersoalakan hak keistimewaan orang melayu? Kenapa sekarang orang bukan melayu lantang dengan berani dan mndabik dada mempersoalkan apa yang telah dipersetujui oleh “orang tua ” mereka ketika pertubuhan Tanah Melayu?

  18. hello washad
    itu ‘reserve’ apa dia? masalah ialah dalam perlembagaan tak jelas. tapi tak apa lah. memang i pun ada pernah bandingkan melayu dan non-melayu sebagai tuan rumah dan tetamu. i pun berpendirian (correct word? such a word?) yang non-malay jangan cuba nak jadi taikor negara. bagaikan satu keluarga, ada dua jenis. satu jenis ialah macam keluarga biasa; ada bapak, mak, anak.. jadi bapak biasanyan kepala (taikor) lah. tapi ada satu jenis ‘keluarga’ yang lain; beberapa kawan karib yang sewa rumah drp salah seorang member yang memang tuan rumah. bagi saya, kalau maksud saudara washad malaysia bagaikan keluarga jenis#2, saya rasa itu saya terima lah. actually, i rasa memang macam tu lah. (ok ok, i admit ada orang lain yang tidak fikir macam tu. saya tak peduli). saya kena bayar (chinaman so money-minded! haha!) sewa dan tolong jaga kawasan sekeliling rumah supaya jangan ada lalang, sarang tebuan dan lain lain.

    tapi…..(ah.. ini sensitif sikit) saya rasa sebagai tuan rumah, banyak lagi perkara yang jadi tanggungjawab tahu…? kalau paip bocor, tuan rumah kena repair. itu washad bole buat kan?

    biar saya kasi sikit tip sama washad. ada segelintir cina yang merungut (complain??) segelintir melayu yang kononnya slow sikit, jadi tahap ekonomi negara sekarang berada di tahap yang tidak patut. mereka berpendapat yang malaysia yang ada banyak natural resources patutnya lebih maju drp singapura (again, we chinese like to compare with singapore, i dont know why). saya sendiri pun fikir (dulu kuat fikir, tapi sekarang sikit saja lah) yang selama 50 tahun, kami semua bergerak ke hadapan dgn ‘balls and chains’ terikat di kaki. tapi, i ingat pepatah melayuuuuuuuuuuuu ‘ringan sama di ????, berat sama di ????? ok lah. tak kira lah. no problem lah. tapi, dulu lain, sekarang lain. boleh kata, keadaan sosial dan ekonomi dunia sekarang banyak beza compare dgn zaman 50an atau 70an. sekarang, zaman globalisasi. jadi, daya saingan yang kami rakyat malaysia mesti ditingkatkan. kalau ada musuh, musuh tu adalah orang bukan-malaysia; bukannya ‘bukan-melayu’, ‘bukan-cina’, ‘bukan-india’, ‘bukan-singh’, ‘bukan-kadazan’ dll………

    pekerja saya melayu. dia punya english tak bagus, tapi dia ada satu sentence yang dia sangat sangat sangat pandai – “without money, life is boring”. sampai, dia buat satu pelekat dengan tulisan ini yang bukan main cantik. huh! saya tak kasi naik “gaji bulanan”, saya beritahu dia, kalau you mahu lebih duit you beritahu saya apa lagi yang you mahu “buat extra” supaya saya boleh “justify” kasi “lebih duit”.

    bagi saya, “justify” itu yang paling mustahak. semua mesti justify. kalau sesama warga malaysia, kami boleh “settle”, boleh “belakang cerita”; tapi realitinya ialah dunia sekarang beroperasi tanpa sebarang “belakang cerita”. very very competitive. sesiapa lambat satu langkah, rezeki dirampas orang (tak kira siapa ‘rampas’, memang itu ‘hak’ mereka). saya kata ‘tak kira siapa rampas’ maknya bukan cina rampas melayu lah… negara lain rampas malaysia, itu maksud saya. dan kami semua tidak boleh complain. tak boleh. ini realiti.

    ??? saya sudah terpesong dari topik di sini? ini topik ‘ketuk-cina’ kan..?? HAHAHAHAHAHHA!!! boleh…ketuk lah. tak apa. janji selepas ‘lepas-geram’, terus berusaha secara jujur/bertekun cari rezeki (again, i talk about money. hai….)

    p/s i tak check balik apa yang i tulis di atas. malas…

  19. Silapnya Melayu sendiri yang lupa diri. Tak tahupun hak dan warisan sendiri yang perlu dipertahan dan dimartabat. Sedangkan kuasa ada pada Melayu, tetapi sayang kuasa itu tidak upaya dimanfaatkan sebaiknya.
    Tidak pandai ‘mendesak’ agar nilai-nilai Melayu itu tinggi di persada alamnya sendiri.Patutpun bangsa lain ambil kesempatan. Lihat saja tulisan jawi, tak dipedulikan pun oleh Melayu sendiri. Sedangkan itu pusaka warisan bangsa Melayu yang perlu dipertahankan. Tapi Melayu sendiri meminggirkannya.
    Dalam berbahasa pun Melayu tidak tegas dan lembik. Tidak mahu tampil berbahasa Melayu yang baik, misalnya apabila bercakap dengan kaum lain maka bunyi bahasa pun berubah mengikut pelat kaum itu. Itukah sikap orang yang tegas pendiriannya.
    Melayu masih lagi berbangga dengan bahasa rojaknya kononnya itulah cara orang maju, sedangkan ‘rojaknya’ itu merendahkan maruah bahasanya sendiri.
    Kembalilah, bersikap menderhaka seperti Si Tanggang tidak menguntungkan bangsa kita.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: