DAP Kafir Harbi sokong kafir harbi antrabangsa bantu Anwar

Karpal: Malaysia juga komen Palestin

KUALA LUMPUR 2 Julai – Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, jika
Malaysia boleh memberi komen terhadap Palestin maka tidak salah untuk
Amerika Syarikat (AS) turut memberikan pandangan terhadap dakwaan liwat
yang dihadapi oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar
Ibrahim.

Sebab itu, beliau berkata, kenyataan jurucakap Jabatan Negara AS,
Tom Casey bukanlah satu tindakan campur tangan terhadap urusan negara
ini sebaliknya ia adalah keprihatinan AS kepada soal keadilan terhadap
Anwar.

”AS bukan campur tangan. Malaysia juga buat pemerhatian yang sama
kepada suasana politik dan perundangan negara lain. Macam Palestin
sendiri dan dulu dalam isu Bosnia.

”Sebab itu apa yang berlaku sekarang samalah situasinya. Ini
keprihatinan kepada kemungkinan situasi konspirasi politik (terhadap
Anwar).

”Dulu tahun 1998 Anwar berhadapan situasi yang sama dan kemudian
diketepikan oleh Mahkamah Persekutuan, jadi kita tak boleh memencilkan
negara daripada pemerhatian antarabangsa,” katanya pada sidang akhbar
di lobi Parlimen di sini hari ini.

AS menerusi jurucakap negara itu dilaporkan menuntut kerajaan
Malaysia supaya memastikan penyiasatan terhadap Anwar dikendalikan
tanpa dorongan politik.

Berikutan itu beberapa pemimpin kerajaan dan politik membidas
kenyataan AS itu yang dilihat sebagai permulaan kepada campur tangan
kuasa besar dunia itu ke dalam urusan negara ini.

Sementara itu, Karpal turut meminta pihak media tidak melakukan perbicaraan sendiri terhadap kes Anwar.

Katanya, beliau amat kurang senang dengan laporan media yang mendahului siasatan dengan menyiarkan laporan berbentuk spekulasi.

”Ini terutama laporan terhadap bukti- bukti yang bakal dikemukakan,” ujarnya.

Advertisements

BERHENTI MENGHINA BANGSA MELAYU!

http://www.mohdalirustam.com/?p=204



July 1, 2008.


Seruan dan nasihat YAB Datuk Seri supaya berhenti menghina bangsa
Melayu patutlah didengar oleh Majlis Peguam Malaysia (MPM) dan mereka
yang sekepala dengannya. Jika ianya tidak diendahkan, pasti suhu
perasaan perkauman akan meningkat.


Sebenarnya bahang peningkatan suhu perkauman di Negara kita semakin
hangat. Nafsu Bukan Melayu nampaknya tak pernah puas. Perkataan
‘syukur’ nampaknya tak ada dalam kamus mereka. Mereka terus meminta,
mendesak, mempersoal dan mencabar kedudukan dan hak kaum Melayu.



Terkini, mereka mahukan papan tanda jalan turut ditulis dalam bahasa
Cina dan India. Usul yang licik ini boleh dilihat sebagai usaha untuk
mengangkat martabat kedua-dua bahasa tersebut supaya setaraf dengan
kedudukan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa Rasmi di negara ini.
Sekali gus, ia cuba mencabar kedudukan bahasa Melayu itu sendiri yang
telahpun dipahatkan dibatu di bawah Atikle 152, Perlembagaan
Persekutuan.


Alasan-alasan yang diberikan menampakkan sifat cauvanis Cina yang
mendalam. Ia menunjukkan orang Cina tidak mahu belajar dan menghormati
Bahasa Melayu walaupun negara sudah 51 tahun merdeka; mengutamakan
pelancong Cina yang sedikit – hanya 3% dan berada di kedudukan no. 5.



Lebih besar dan sensitif daripada usul dari utara itu ialah forum untuk
membincangkan kontrak sosial dan ketuanan Melayu. Forum tersebut
dianjurkan oleh MPM. Selama ini Majlis berkenaan dilihat sebagai
anti-Melayu. Itulah persepsi umum orang Melayu terhdap Majlis tersebut.



Maka, khabarnya, dilaungkan oleh seorang ahli panel dan disokong pula
oleh ahli panel yang lain bahawa kontrak sosial dan ketuanan Melayu itu
adala satu fiction (dongengan)! Dapatkah mereka merasakan apakah rasa
hati orang Melayu mendengar laungan ini? Apakah rasa hati orang India
jika orang Muslim rakyat India menyorakkan bahawa ketuanan orang Hindu
di India itu satu dongengan?



Apakah rasa hati orang Cina di China jika orang Tibet menjeritkan
bahawa ketuanan Cina di negara mereka sendiri adalah satu dongengan?
Apakah rasa hati orang Siam jika orang Cina rakyat Thailand menyorakkan
bahawa ketuanan orang Thai di Thailand itu satu dongengan? Apakah rasa
hati orang Indonesia jika orang Cina rakyat Indonesia menjeritkan
bahawa ketuanan orang Indonesia di negara mereka sendiri adalah satu
dongengan?


Nampaknya pada perhitungan mereka sudah sampai masanya untuk
mempersoalkan kontrak sosial dan ketuanan Melayu ini sekalipun YAB
Perdana Menteri sendiri telah menjelaskan apa maksudnya konsep-konsep
berkenaan. Mereka mahu mengambil kesempatan daripada kebebasan dan
ketelusan yang diberikan oleh kerajaan sekarang. Tidak cukup dengan
betis yang diberi; mereka mahu pangkal peha pula!


Jika itulah arah tuju pemikiran mereka maka sudah sampailah masanya
bagi bangsa Melayu ‘menari mengikut gendang’ bukan Melayu ini. Wajarlah
perkara-perkara ini dibangkitkan:



1. Kerakyatan mereka dikaji semula,


2. Jika masih mahu tinggal di tanah air ini maka mereka hendaklah
berasimilasi dengan masyarakat Melayu seperti mana kaum mereka tinggal
di Amerika, Eropah, Indonesia dan Thailand,


3. Hanya satu sistem pendidikan rasmi iaitu sistem pendidikan yang
menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Penghantar, selaras dengan
kedaulatan Artikle 152, Perlembagaan Persekutuan,


4. Peratus penduduk Bumiputera ialah 66.6%. Oleh itu, semua jenis
hakmilik dan peluang untuk Bumiputera hendaklah sekurang-kurangnya
66.6%, dan


5. Bumiputera mempunyai Hak-hak Istimewa di bawah Artikle 153,
Perlembagaan Persekutuan. Secara kuantitatif, ia hendaklah
diterjemahkan sekurang-kurangnya bernilai ekstra 15%. Contohnya, kuota
biasiswa dan kemasukan ke universiti ialah 81.6% (66.6% + 15%)! Mengapa
bangsa Melayu hanya diberi 55% dan mereka pula diberi 45% sedangkan
share penduduk mereka hanyalah 33.4%? Kita meminta sedekah di kampung
sendiri dan mereka pula tidak tahu bersyukur; malah menghina kita pula!


Bangsa Melayu hendaklah serius memikirkan masa depan bangsanya;
bukan sekadar untuk survival tetapi survival dengan kemakmuran yang
melimpah ruah di ‘kepuk’ sendiri.


Dalam situasi Bangsa Melayu yang terhimpit dan dihina sekarang ini,
apakah agaknya nasib bangsa Melayu pada tahun 2020 atau 2050 nanti?

Tujuan Hak Istimewa Orang-orang Melayu

Sumber http://www.sanusijunid.blogspot.com/

10. Tujuan Hak Istimewa Orang-orang Melayu

10.1. Adanya ‘hak istimewa orang-orang Melayu’ didalam perlembagaan adalah satu persetujuan sejarah yang tidak bertujuan untuk bersikap tidak adil kepada kaum yang bukan Melayu.
10.2.
Sebaliknya ‘hak’ ini bertujuan untuk menjamin keamanan negara dengan
mengimbangkan kedudukan dominan orang bukan Melayu dalam bidang
pendidikan dan swasta.

10.3. Hanya melalui pemberian layanan istimewa kepada orang Melayu, keamanan dan keseimbangan kerajaan di bawah pimpinan Melayu, terjamin.


10.4. Jaminan ini bergantung kepada harapan orang Melayu dalam mempertahankan Perlembagaan.

11. Usaha Mempertahankan Harapan Dengan Mempertahankan Perlembagaan

11.1. Harapan dari ‘keistimewaan’ ini pula hanya boleh dipertahankan oleh

i. Institusi Politik yang menguasai pentadbiran;

ii. Institusi Raja berpelambagaan yang melindungi Agama;

iii. Sistem Kehakiman

11.2.
Ketiga faktor diatas menjelaskan institusi politiklah yang menjadi
penentu keamanan, kerana institusi politiklah yang mempertahankan Raja
Berpelembagaan dan Sistem Kehakiman. Dengan terancamnya institusi
politik, Hak Keistimewa Orang Melayu, dan Islam sebagai agama rasmi,
serta harapan orang Melayu tercabar.

11.3. Cabaran ini hanya boleh dihadapi jika Sistem Kehakiman kita mantap, dan Hakim yang ada memahami semangat perlembagaan dan akan mempertahankannya.

12. Hubungan Hak Keistimewaan Orang-Orang Melayu dan Sistem Kehakiman

12.1. Hak Keistimewaan Orang Melayu ini dianggap oleh yang anti-Melayu sebagai tidak adil.
12.2. Konsep keadilan diputuskan oleh mahkamah.

12.3. Jaminan kekalnya hak ini bergantung kepada tafsiran hakim yang memutuskannya.

12.4.
Jika hakim tidak menyumbang kepada idea ‘Hak Keistimewaan Orang Melayu’
maka hanya kekuatan politik sajalah yang menjadi penentu.


12.5.
Jika institusi politik Melayu itu lemah maka ianya perlu diperkuatkan.
Kebimbangan rakyat telah disuarakan melalui keputusan pilihan raya yang
terakhir ini.
12.6. Adakah kita ingin menunggu keputusan rakyat menukar institusi politik yang ada dengan yang lain.
12.7.
Penjelasan yang panjang lebar mengenai ‘Hak Keistimewaan Orang Melayu’
ini adalah penting agar masyarakat UIA dapat memahami apa yang perlu
diperjuangkan.

Anwar mengaku pergi ke Kondo tempat Saiful diliwat

Sumber: HarakahDaily

PETALING JAYA – Former deputy Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has not denied that he had visited a condominium of his former aide who is accusing him of sodomy.

Anwar who was hit with the allegation last week however declined to elaborate further. He also did not state the time when he visited the condominium.

“I never said I was never there,” he told journalists after Kelantan Chief Minister Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat paid him a visit a his office here on July 2.

Anwar said this when asked to comment on a report by an English daily that he was seen entering the condominium at Desa Damansara more than a month ago where the alleged offence took place.