Kenyataan daripada keluarga rapat Saiful

Assalamu’alaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Saya ialah salah seorang dari ahli keluarga Saiful, bapa saudaranya sebelah emak.
Sebagai permulaan, saya bersumpah dengan nama ALLAH, bahawasanya, Saiful dengan penuh kerelaan dan kesedaran serta dalam waras telah pergi ke HKL secara bersendiri ditemani oleh seorang pakciknya. Tanpa dipaksa atau dipengaruhi oleh mana2 pihak.

Nak percaya boleh tak nak pun takper.

Kami sudah beritahu padanya what are the consequences and implication if he proceed to file this case.

Least i can say is he told us ” I’ve got nothing to gain but alot to lose uncle, but in the name of ALLAH, I do this for the sake of this country, keluar dan beritahu kepada orang ramai apa yang telah berlaku. I sacrifice myself in this course.”
Actually, Saiful mengaku dia hampir-hampir hendak membunuh dirinya sendiri sebab tak sanggup untuk meneruskan hidup dalam penipuan, yang mana dia tahu secara jelas dan nyata perangai busok Anwar yang sebenar adalah benar belaka sebagaimana di tohmah.

Feel betrayed, malu yang amat sangat, marah, sedih bercampur baur.
Keadaannya seperti ditelan mati emak diluah mati bapak. Namun, demi kerana Allah dan negara tercinta, dia kata dia sanggup berkorban walaupun aibnya juga akan jadik tontonan dan paparan manusia. Walaupun kehilangan habuan dunia. Baginya, dia sudah menjalankan tugasnya sebagai hamba allah, dia tidak berhutang apa-apa penjelasan dengan manusia ramai.

Andaikata kalau tewas dimahkamah dunia,kami yakin dengan keyakinan haqqul hakiki bahawa di yaumil kiamah nanti kita akan dapat pengadilan dari yang maha Adil.!!
Tuan2, just imagine macamana punya hancur berkecai hati saya bila Saiful buat pengakuan ini!!! Ya Allah, tolong kejutkan aku dari mimpi ini!! Seriously, begitulah perasaan saya pada waktu itu. Mana taknya, saya selalu minta saiful jaga keselamatan dsai.

Give him some extra precautions. Musuh sedang menunggu silap shj. To me dsai is like a shining star that is going to be the greatest statesman of this nation..! Dialah yang akan menyatukan semua bangsa dalam ertikata yang sebenarnya…dan berbagai macam lagi perasaan dan harapan terhadap dsai. Tiba-tiba anak sedara yang kita dok bangga2kan nie, yang bekerja rapat dengan this towering figure nie,tengah buat nation building orang kata….dari mulut anak sedara kita sendiri menyatakan apa yang selama ini saya sangkal dan bangkang habis-habisan!!!…telah berlaku dan dilakukan kes naya nie terhadap anak sedara kita sendiri!!!!

Bagaimana untuk saya respons????

Disatu pihak anak muda yang saya kenal sedari lahir hingga dewasa. Yang kita tahu buruk dan baiknya. Apa makanan kegemarannya, sapa kawan2nya…yang biasa kita kendong dan dodoikan tatkala dari bayi lagi..!

Disatu pihak lagi satu tokoh pemimpin yang kita kagumi dan sentiasa mengikuti setiap perkembangannya, tulisan2nya, idea2nya, ceramah2 dan keberaniannya dalam menegakkan Hak rakyat dan orang2 yang tertindas?!! If you guys is in my place who would you choose??! And what is to believe???

Logically, living by today standards, Saiful orang paling bodoh sekali..! Anwar dah hampir2 menduduki kerusi PM…Saiful ialah setiausaha sulitnya. Bagi orang yang tahu bagaimana berpengaruhnya kalau jadik SS ni kepada tokoh sebesar cam Anwar nie….gila ke hapa nak gi report kes salah laku boss kau…?!

Kau buang satu peluang keemasan yang saya rasa ramai yang “mendendami” kedudukan itu. Kuasa, pengaruh, gelaran dan berbagai macam kemudahan terhampar didepan mata kau, engkau nak buang gitu ajer…hanya kerana nak buat tohmahan dan dakwaan palsu terhadap boss kau ni??! Where’s the logic behind this!!!??

Unless, perkara yang berlaku adalah benar-benar berlaku. Secara jujur saya percaya Saiful berani kerana dia benar….and we as family just advised him to go to HKL seek for forensic service and of course, in order to get that service, it is a must to make a polis report. Kami minta penyiasatan ini dilakukan secara sulit supaya pihak2 yang terlibat (Saiful dan DSAI) tidak diasak oleh public dan media. Tapi ntah macamana, cerita dah bocor…kawan saya kata diorang dapat sms lebih kurang jam 8 malam….Kami dah cemas campur geram, sebab takut kalau2 berlaku kejadian2 yang tidak diingini. Kami meminta pihak polis menjaga keselamatan Saiful agar dia tidak di apa-apakan. Iyalah, anything can happen in this time and moment.

Sedikit fakta diri dan keluarga saya. Semenjak sekolah menengah lagi, dr persatuan pelajar islam sampailah waktu bujang2, ikut perkembangan anwar dengan penuh semangat! Anwar masuk UMNO, aku masuk UMNO, anwar kena penjara, aku keluar UMNO.

Even, mak saya di johor tu, yang hardcore UMNO tupun, bole goyang pendiriannya terhadap UMNO kalau berdebat dengan saya dan adik-beradik saya, yang rata2 sokong pembangkang… Anwarpun ingat siapa arwah mak Saiful bekas pelajar yayasan anda…Saiful bercerita dengan rasa bangga bila dia kata dsai boleh ingat siapa arwah emaknya bila dia mention tentangnya depan anwar.

DSAI, tuan tahu, kita boleh berbohong seluruh alam tapi makhluk yang satu itu tidak boleh dibohongi iaitu diri kita sendiri.Kebenaran dari Allah itu pasti datang menjengah kita.
Hati saya sudah hancur berkecai, ditambahkan lagi, anak saudara sedarah sedaging…anak yang aruah emaknya amanahkan pada kami untuk menjaganya bila beliau “pergi”, terlibat secara langsung dalam terbongkarnya kes ini. Kami tidak beroleh apa2 keuntungan pun akibat isu ini. Tapi demi kerana membela penganiayaan yg berlaku kepada saudara kami, keputusan yang amat pahit dan berat terpaksa kami putuskan.

SEMOGA ALLAH MENYEBELAHI ORANG YANG BENAR DAN BEROLEH KEMENANGAN DUNIA DAN AKHIRAT.

Wassalam.

Advertisements

10 Responses

  1. di mana dapat ni ? boleh bgtahu tak ?

  2. kenapa kenyataan ibu bapa saiful tidak dikeluarkan?

    do i miss anything?

  3. woi saiful…lu jgn nak jaja nama Allah plak, klu lu org yg benar sekalipun cukup sekadar ckp yg benar pastu buat repot polis …jgn cuba nak jual nama Tuhan ke hulu ke hilir…ckp lu pun blum tentu betul tau

  4. tak tahu makna satu akan jadi the best actor….biarlah tuhan yg menentukan..

    mencari kebenaran memerlukan masa..

    bagi masa pihak polis untuk menjalankan siasatan..

  5. betol punye marah acoi2005. relex ar brader jgn la krn kes anwar ibrahim pun nk emosi. kalo betol saiful tu ckp benar, takde salahnye dia nk bersumpah atas nama ALLAH sekalipun. kalo dia tipu, itu urusan dia dan ALLAH pula.

    tp mengapa anwar beriya-iya katakan dia tak buat bende2 terkutuk tu tp dlm ms yg sama mengalihkn perhatian org ramai pd tuduhan ade org nk bunuh dia pulak..??

    adakah secara kebetulan atau dirancang?

  6. Hello Tn Hj Losong (mesti towkay keropok ni),
    Mak Saiful kan dah arwah bacalah kenyataan di atas.

  7. Aku cukup pelik dengan saiful ni, katanya dah beberapa kali kena liwat dgn anwar. Kalau betul2 tak tahan dengan anwar pasal kena liwat kan lebih baik cari idea camne nak pekena anwar ni secara bijak…takat mengaku dan buat laporan hospital bla bla bla semua boleh dipalsukan.

    Anwar pun boleh pusing cakap sana sini punya..apsal bodo sangat tak buat rakaman video anwar liwat dia dulu ala kes VK Linggam atau Chua Soi Lek..senang settle masalah..semua satu dunia boleh tengok anwar betul aljuburi.

    Aku dah fedup dengan cerita anwar aljuburi tapi takde bukti jelas just orang itu ini mengaku jer. Itu macam aku pun boleh kata najib atau cekdet pun kaki aljuburi jugak…yerlah tak payah bukti video pun takpe as long as kamu boleh panggil 4,5 orang jadi saksi sial yang nak mengaku + laporan hospital yang comfirm boleh ubah punya…

    Eleh…aku dulu pun penah kawtim dengan doktor hospital (member) suh ubah medical report aku masa nak mintak keje. Ini kan pulak kalau al najib tarantula yang mintak..perghhh..berebut doktor boleh offer nak ubah…huhuhuhu

    Kesimpulan kat sini untuk kes2 high profil lebih baiklah ada bukti video…lebih mudah nak dakwa..takat ulangan 1998 nih letihlah nak tengok pencacai mana plak usung tilam turun naik kondo juta2 tu….

  8. […] Namun sesetengah rakan bloggers telah menghubungi saya bagi memaklumkan kes daripada awal pengaduan mangsa kepada keluarganya, proses repot polis dibuat sehinggalah hari ini hasil pemeriksaan kesihatan ke atas mangsa melalui […]

  9. Ini tuduhan kali ke 2 dsai,aku rasa mungkin ada asas la.Apa pun kita minta ditunjukkan kebenaran oleh Allah SWT.Ingatlah kebenaran akan mengalahkan kebatilan,kalau tak di dunia di akhirat..

  10. Semua yang berlaku ‘bi iz nillah’…ada sebab di sebalik semua ini. Kita manusia, terbatas jangkauan pemikiran. Nak fikir lebih2 pun buat pecah otak je. Sebaiknye kita berserah pada Allah S.W.T.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: