Jakim mula menentang kebenaran PAS untuk Kristian guna nama Allah

ALLAH: BUKAN BAHASA BIBLE
Isu berkenaan tuntutan pihak Kristian terhadap kerajaan Malaysia untuk
membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak mereka masih lagi hangat diperkatakan. (Rujuk The Sun,Ruangan Herald The Catholic Weekly )
Pihak yang menuntut mendakwa bahawa kalimah Allah ialah terjemahan
dari bahasa Inggeris yang mengunakan kalimah God di dalam bible Versi
English mereka.

Sekiranya tuntutan ini dipenuhi kita akan melihat di dalam bible Kristian
ayat-ayat berbunyi seperti berikut:-

“Engkau adalah Messias anak Allah yang hidup “
( Matius 16 : 16 )
“..Kerana ia telah berkata :Aku adalah anak Allah.”
( Matius 27 : 43 )
“ Kasih kurnia menyertai kamu dan damai sejahtera
dari Allah, bapa kita dan dari Tuhan Yesus ( Jesus )
Kristus. (Galatia 1 : 3 )

Serta banyak lagi ayat-ayat lain yang tidak perlu diperincikan di sini.
Jelasnya, dalam menangani isu ini, kita perlu merujuk kembali kepada fakta sebenar. Iaitu, apakah bahasa asal penulisan kitab Taurat dan Holy Bible?

Berdasarkan fakta, bahasa asal kitab Taurat adalah bahasa Hebrew manakala
bahasa yang digunakan bagi penulisan kitab Holy Bible ialah bahasa Greek.

Kalimah tuhan dalam bahasa Hebrew ialah El, Eloh, Elohim dan juga
Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, di dalam The
Gospel of St. Matthew bab 27 : 46 yang menyebut :
Kira-kira jam tiga berserulah Yesus dengan suara nyaring:
“Eli,Eli, lama sabakhtani?”Ertinya: Allah-Ku, Allah-Ku,
mengapa Engkau meninggalkan Aku ?”

Manakala di dalam bahasa Greek pula perkataan yang membawa maksud
tuhan ialah Theos. Orang-orang Rom yang menyembah Tuhan yang
disepakati oleh mereka sebagai Tuhan yang sebenar memanggil Tuhan ini
sebagai Hotheos.

Manakala sekiranya ada di kalangan mereka yang
menyembah Tuhan palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai
Tontheos.

Perhatikan! Bagi kedua-dua bahasa yang dijadikan penulisan bagi kedua-dua
kitab suci ini, tidak terdapat satu pun yang menyebut kalimah Allah
Sesetengah sarjana Kristian menyatakan bahawa alasan yang paling kukuh
bagi mereka untuk dibenarkan penggunaan kalimah Allah ialah berdasarkan
penggunan kalimah Allah di dalam kitab Bible versi Arabic.
Sememangnya diakui kalimah Allah digunapakai di dalam Bible berbahasa
Arab.

Bible versi bahasa Arab tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi Alkitab
Al-Muqaddas. Begitu juga Bible berbahasa Melayu yang
menggunakan nama yang sama? Di dalam terjemahan Bible bahasa Melayu
mereka menamakannya sebagai Al-kitab berita baik.*
Perlu dinyatakan bahawa kalimah Allah wujud di dalam Bible bahasa Arab
adalah kerana sesetengah Kristian Arab (seperti Syria, Mesir dan lain-lain)
yang wujud sebelum kedatangan Islam meyakini konsep Unity (Keesaan
Allah).

Ia berbeza sama sekali dengan konsep Trinity (tiga dalam satu)
sepertimana doktrin kebanyakan Kristian pada hari ini termasuk mereka
yang terlibat dengan tuntutan isu kalimah Allah ini.
Maka hujah yang dijadikan sandaran sebagai alasan untuk membenarkan
mereka menggunakan kalimah Allah ini adalah tidak masuk akal kerana
golongan Kristian Trinity sendiri mengkafirkan golongan Kristian Unity.
Terdapat juga sarjana mereka yang menyatakan bahawa kekeliruan tidak
akan sekali-kali timbul jika penggunaan kalimah ini dibenarkan kerana
kalimah Allah yang hendak digunakan tersebut adalah merujuk kepada
penterjemahan dari kalimah God dalam Bible bahasa Inggeris sedangkan
kalimah Tuhan adalah terjemahan dari kalimah Lord.

Pandangan mereka ini juga mengelirukan malah bertentangan dengan apa yang dinyatakan dalam Bible mereka. Persoalannya, apakah perbezaan antara Allah dan Tuhan dalam agama Kristian?

Sekiranya mereka mendakwa bahawa Tuhan adalah merujuk kepada Nabi
Isa sedangkan Allah adalah merujuk kepada Tuhan Bapa di dalam syurga
maka mereka perlu mengetahui bahawa ayat yang akan dinyatakan di bawah ini membuktikan bahawa kalimah Tuhan dan Allah adalah dua perkataan yang merujuk hanya kepada Allah sahaja! Perhatikan di dalam The Gospel Of St. Mark 12:29 menyebut :

Jawab Jesus : “Hukum yang terutama ialah : Dengarlah wahai
Bani Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan Yang Esa”
Saya bertanya kepada orang-orang Kristian, siapakah Tuhan Yang Esa
yang dimaksudkan di dalam ayat di atas? Adakah Nabi Isa? Tidak! Lafaz
Tuhan yang dimaksudkan di atas adalah merujuk kepada Allah semata-mata.

Sekali lagi bertentangan dengan apa yang telah dinyatakan oleh sarjana
mereka bahawa kalimah Lord (Tuhan) di dalam Bible adalah merujuk
kepada Nabi Isa!

Sekiranya mereka berhujah dengan menyatakan bahawa dalil yang paling
jelas menunjukkan kalimah Tuhan adalah merujuk kepada Nabi Isa
sedangkan kalimah Allah adalah merujuk kepada Tuhan Bapa, iaitu seperti dinyatakan di dalam The Gospel Of St.Matius 16:22 yang menyebut :

Tetapi Petrus menarik Jesus ke samping dan menegur Dia,
katanya :“Tuhan, (Jesus) semoga Allah (Tuhan Bapa)
menjauhkan hal itu”.
Maka mereka perlu menyelesaikan dahulu percanggahan di antara kedua
ayat yang telah dinyatakan tadi. Sama ada Tuhan itu adalah Nabi Isa sahaja ataupun Tuhan juga adalah Allah!

Di samping itu, kita juga tidak lupa untuk menyeru agar mereka
memerhatikan kata-kata Jesus sendiri terhadap keesaan Allah. Perhatikan The Gospel Of St.John 20:17 yang menyebut :

Kata Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku,
sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada
saudara-saudaraKu dan katakanlah kepada mereka bahawa
sekarang Aku akan pergi kepada BapaKu dan Bapamu,
AllahKu dan Allahmu.”

Dalam The Gospel Of St. Matthew 22:37 :menyebut :
Jawab Jesus kepadanya: “ Kasihilah Tuhan Allahmu dengan
segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan segenap
akal budimu.

Dalam erti kata lain Nabi Isa bukannya Allah ataupun Tuhan Yang Maha
Berkuasa kerana Nabi Isa sendiri menyatakan bahawa Tuhan yang sebenar
ialah Allah!

Kesimpulannya, larangan terhadap penggunaan kalimah Allah yang
diwartakan menerusi keputusan kabinet yang bersidang pada 16 Mei 1986 adalah amat wajar. Empat perkataan dikhususkan hanya buat umat Islam dan sama sekali tidak dibenarkan penggunaannya oleh Non Muslim iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah.

Sesetengah negeri pula contohnya selangor, telah menambah lagi beberapa perkataan yang dianggap mengelirukan
sekiranya digunakan oleh Non Muslim.
Jelaslah di sini kewajaran kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah digunakan oleh Non Muslim yang bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat apabila terminologi yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu.
Sumber,
Caw. Aqidah
PP (Ancaman Agama)

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: