Gerakan Desak Tan Sri Khalid Letak Jawatan Bermula

Shah Alam — Kira-kira 200 orang penyokong aktivis Parti Keadilan Rakyat, Yahya Shari malam tadi, menyerbu Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor mendesak Tan Sri Khalid meletak jawatan.

Pada mulanya kumpulan ini tidak dibenarkan masuk ke kawasan kediaman rasmi. Pintu gerbang dikunci dan beberapa orang Polis kelihatan berlegar menjaga keselamatan kediaman tersebut.

Bagaimanapun sekitar tengah malam kumpulan ini dibenarkan masuk. Menurut sumber, banyak isu yang dibangkit meliputi soal pentadbiran kerajaan negeri yang nyata tidak memuaskan hati mereka.

Malah ada yang secara sinis memperli Tan Sri Khalid dengan berkata, “jika macam ni lebih baik Khir Toyo sahaja jadi MB semula.”

Advertisements

10 Responses

  1. Inilah bahana apabila kuasa diperolehi melalui ‘ kedai gadaian’ harga bangsa dan agama.

    Perjuangan akan bergolak dan tidak berkat kerana sumber wang ‘tidak berzakat hingga tidak berkat’ dan jelas dari ‘ tangan asing’ yang inginkan kita diperintah secara proksi oleh mereka..

    Persengketaan dalam dan luar UMNO akan membuka dengan sendiri mata rakyat tentang kad prestasi BN selama ini yang telah dinafikannya oleh mereka bulan Mac lalu.

    Selepas ini UMNO akan diisi oleh jiwa yang suci dari dengki dan tamak serta bongkak…

    Selepas ini UMNO akan menyatukan semua di atas landasan menjaga agama bangsa dan negara.

    Percayalah Islam cuba disekat kemaraannya yang akan bermula di negara kita !

    wslm..

  2. Harap agar Sultan Selangor akan campur tangan membela orang2 Melayu. Seperti haramkan usaha membiak babi besar-besaran di Selangor.
    Kerajaan dulu buat keputusan (untuk kawal babi), kerajaan sekarang (janji nak batalkan) tapi besarkan lagi.

    Dalam kedudukan Melayu lemah dipimpin Abdullah (tidak mampu menangkis hujah2 & persoalan dgn bijak). Tiada yg dapat membela Melayu secara bijak.

    Lalu, Sultan Perak telah memecah kebuntuan @ buat kick start di persidangan Perak.
    -tiada orang mempermain Islam, jika mahu aman.
    -Persidangan dewan diisi orang beradab & bertamadun tinggi, bukan ‘seperti beruk2/ bersikap komunis keluar dari hutan’

    Saya juga berharap agar Polis bertindak wajar menangkap Karpal Singh yang terbukti menghina Sultan dengan mengata Feudal.

  3. Karpal telah melanggar Rukunegara dgn mengata Feudal.

    Ia telah melukakan hati orang2 Melayu tanpa sebarang tindakan PAS & PKR.

    Seolah2 Tuan rumah yang membiarkan perompak meyamun rumah sendiri.

    -Kesetiaan Kpd Raja & Negara

  4. Mengapa masih tiada tindakan terhadap KARPAL??

    Karpal dgn terang2 telah melanggar Prinsip dan Rukunnegara..

  5. betul..aku bukan la pro BN sebelum ni.tapi org 50-50 mcm aku ni baru nampak pakatan rakyat merugikan melayu…
    kalau sebelum ni aku percaya yg pembangkang ckp BN makan duit rakyat,penuhkan kantung sendiri tapi tu semua tak tunjuk bukti pun.kalau setakat ckp yb2 BN pakai kereta besau2, apa bezanya dgn yb2 pkr,dap dan pas yg pakai kereta merc S class.. pembantu khas MB s’ngor pun pakai merc s class..
    jd aku buat kesimpulan takde slhnya yb2 bn pakai kerete besau ,rumah besau asalkan mereka mampu..apa slhnya kan.duit diorg..

  6. Btul tuh Rakyat Insaf..
    selama nie kebanyakan tuduhan2 rasuah, tidak disertakan dengan bukti… hanya sekadar tuduhan… untuk mengaburi mata para pengundi bahawa PKR menentang RASUAH… mengamalkan prinsip bebas rasuah n korup…walhal mungkin jugak mereka pernah melakukannya….

    mmg ramai pemimpin pembangkang2 mengunakan kenderaan dan rumah yg besau2 dan mewah…
    nak tanya skit… dari mana mereka dpt duit?? ini bukan satu tuduhan rasuah…

    x apalah rezeki masing2…

  7. kalau rakyat boleh ikut demonstrasi bantahan terhadap kerajaan, tak mustahil rakyat yang sama boleh jugak buat demonstrasi bantahan pada kerajaan pembangkang

  8. dia tu pun hasil dari DEB..inilah yg dikatakan melayu x sedar di untung…aku ada terbaca pasal i-city kt selangor tu pun dia punya kepentingan ngn sorg dato cina manantah…apapun harap melayu selangor sedar akan kesilapan yg telah di buat sebelum ni

  9. Apa nak jd semua sama je… Byk menteri & kroni dah start nak pindah keluar negara. Kau rang ingat dia rang tu peduli pasal kite ke… Semua nak kebas duit Negara… Petronas.. TNB… Telekom.

    CEO TNB gaji RM1 juta… Beruk pun boleh mengaku buat duit kalau traif naik.. baru masuk TNB dah minta naik tarif… ni dah kali kedua naik dlm 20 bulan… Tak serik ke kite ni… Skrg gaji dia naik lg 50% jd RM1.5juta…. Mak oii dia ni habis kebas duit rakyat…

  10. jmcphp5.. tang kalau naik tarif memang la buat duit.. aku setuju.. aku yg sekolah atap ni pun reti buat duit macamtu.. tapi sebelum ni aku dgr gomen tak setuju nak naikkan gaji mamat tu.. tak tahulah kalau lepas tu ada brita yg aku miss… kalau dia buat something yg boleh reducekan kos dia then buat duit dari situ barulah boleh bincang pasal naik gaji… kalau setakat amek duit rakyat pas tu naikkan gaji diorang tu namanya rompak legally… macam gak kat tempat kawan yg kerajaan negeri buat, naikkan gaji penghulu (actually ketua kampung) lepas tu minta ketua kg dermakan byk sikit ke tabung parti… samalah tu rompak duit rakyat.. (duit kerajaan tranfer pergi akaunt tok ngulu pas tu masuk balik sebahagian ke tabung parti) buat lencongan supaya org tak kata kerajaan tak amanah pakai duit kerajaan utk parti… bijak.. bijak.. bijak… otak pembelit…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: