Ezam tinggalkan Anwar kerana prinsip Islam

KUALA TERENGGANU: Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor semalam bersumpah atas nama Allah SWT dan Rasul akan menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri kerana ‘prinsip seorang Muslim”.

Ezam yang berceramah di sini, semalam dilaporkan berkata, beliau sedia untuk ‘all-out’ bagi menghalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri ‘atas sebab-sebab tertentu’.

“Saya bukan jenis orang yang suka mengaibkan orang lain, tapi jangan cabar saya,” kata Ezam di Dewan Tunku Abdul Rahman di sini.

Dalam ceramah bertajuk ‘Mempertahankan Perjuangan Pengasas Bangsa’ itu, Ezam menjelaskan politik cara Anwar Ibrahim akan menghancurkan kestabilan negara dari segi keselamatan dan ekonomi.

Dalam ceramah sulung di pentas UMNO itu, Ezam yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik Anwar berkata, tindakan beliau meninggalkan bekas boss nya itu semata-mata atas dasar prinsip.

Menurut beliau, biarpun ada dakwaan kononnya beliau disogok jutaan ringgit serta jawatan tertentu oleh UMNO, namun hakikat sebenarnya adalah beliau hilang kepercayaan pada perjuangan PKR.

“Dengan nama ALLAH saya tinggalkan Anwar atas prinsip sebagai seorang Muslim yang berpegang kepada prinsip Islam yang tidak membenarkan saya membantu beliau menjadi pemimpin dalam apa cara sekalipun,” kata Ezam.

Jelas Ezam, sejak mengumumkan menyertai UMNO, beliau menjadi mangsa fitnah pihak tertentu.

Katanya, beliau tidak gentar sama sekali dengan fitnah-fitnah tersebut bahkan beliau memberi amaran bahawa kesabarannya ada batas.

“Saya tidak suka aibkan orang, tapi kalau terus memfitnah saya akan gempur habis-habisan,” katanya.

Turut hadir dalam ceramah tersebut adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Farid Wan Salleh.

Advertisements

2 Responses

  1. ni lg sorang klu nak ckp aper pun jgn lah jaja nama Allah ke hulu ke hilir…kau ckp pun belum tentu betul tau…lu ckp x serupa bikin…mana lu punyer sumpah keramat dulu…lg satu mana yg lu dakwa ada byk simpan tong2 menteri yg rasuah…habuk pun tarak…lu x layak beb

  2. cuba kita tgk balik zaman2 nabi dulu..pernah ker nabi memperjuangkan bangsa..sepatutnya kalau betul la penulis blog ini ikhlas memperjuangkan agama islam agama untuk semua kenapa masih nak membela bangsa yang hanya akan memecah belahkan semua..dgn adanya blog2 sebegini semakin berpecah umat..setahu saya islam tak pernah mengajar kita tentang pembelaan bangsa…bagaimana dgn org india & cina yg beragama islam..bangsa mereka sampai bila2 pun takkan jadi melayu, kita tak sepatutnya menyatukan bangsa sebaliknya menyatukan agama..jgn ingat semua melayu mengamalkan cara hidup islam..sedangkan pemimpin kita yg memperjuangkan agama pun tak mengamalkan cara hidup islam yg sebenarnya..

    sebagai manusia yg beragama islam kita harus berbuat baik pada semua bangsa..tunjukkan kebaikan islam..jgn hanya jaja nama Allah untuk meraih kepercayaan..ingat bala Allah tu bukan serta merta..dan mungkin kita takkan rasa dan dpt lihat dgn mata kasar seperti dipanah petir atau aper..Allah terlalu mulia untuk sekalipun mengaibkan hambanya walaupun untuk menurunkan bala..mungkin juga kita tak sedar musibah yg banyak berlaku hari ini adalah juga bala dari Allah..kita selalu mempermainkan hukum Allah seolah2 mencabar Allah menunjukkan kebenarannya..kebenaran akan terbukti dengan cara tersendiri bukan dgn mendesak menggunakan Allah, menunjukkan kelemahan umat islam pada agama lain..nasihat saya hentikan la semua ini..jika betul perjuangan ini berlandaskan islam pulanglah ke pangkal jalan..gunakan aper yg berlaku pada sahabat di zaman nabi sebagai rujukan..

    kepada saudara Ezam, bukan begini caranya untuk membela agama, atau berjuang demi Allah dan negara…cara begini menampakkan lagi kelemahan saudara dah kekeliruan semua.. hentikanlah…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: