Tun Dr. Mahathir: Orang Melayu punya hak tuntut sebahagian kekayaan negara tanpa ambil hak orang lain

Sumber:http://bigdogdotcom.wordpress.com/

Mantan Perdana Menteri dan Pengerusi BN Tun Dr. Mahathir Mohamad pagi ini menegaskan bahawa orang Melayu mempunyai hak untuk menuntut sebahagian dari kekayaan negara, tanpa perlu mengambil hak orang lain.

Dalam ucapan di Teluk Intan dalam majlis anjuran Badan Waris Pekembar, beliau mengingatkan bahawa orang Melayu membuka tanahair kepada orang lain dan sanggup berkongsi kekayaan negara, sehingga satu peringkat menjadi golongan yang tertinggal arus pembangunan. Maka orang Melayu, sebagai majoriti penduduk tanahair perlu berbuat sesuatu, termasuk mengadakan dasar dasar tertentu dengan persetujuan majoriti untuk membetulkan keadaan. Beliau menjelaskan walaupun orang Melayu melebihi 60% penduduk, mereka hanya mahukan 30% dari kekayaan, yang diujudkan dengan peluang peluang baru melalui dasar dasar tertentu.

“Kita adakan peluang perkerjaan dan perniagaan melalui Kerajaan kerana peluang yang sama amat kurang dalam sektor swasta, dimana orang lain menguasai hampir sepenuhnya”, mengupas dasar Kerajaan membantu orang Melayu.

Malangnya, masa ini, apabila orang Melayu membincangkan hal mereka, maka lemparan tuduhan ‘perkauman’ dilabelkan, sehingga orang Melayu digambarkan cuba menindas hak keturunan lain. “Apabila orang Melayu menyuarakan secara terbuka soal mengenai mereka, ianya menjadi sasaran golongan tertentu (seolah olah mengambil hak orang lain dan menindas), termasuk orang Melayu sendiri yang lupa keadaan mereka tidak lama dahulu (sebelum ujud Dasar Ekonomi Baru)”.

“Kini ujud usaha untuk menghalang orang Melayu bercakap mengenai hal dan hak mereka”, jelas Mantan Presiden UMNO itu lagi “Kalau kita bercakap hak kita, dikira ‘perkauman’. “Tetapi kalau mereka bercakap mengenai hal dan hak mereka, itu tidak mengapa (dan tidak dianggap sebagai perkauman)!”, sambil mengulas kelantangan pihak pihak tertentu dengan nada ‘provokasi perkauman’ yang mereka bawa.

“Kita perlu menoleh kebelakang untuk mengetahui kemana kita akan pergi dan untuk bergerak kehadapan”, berpesan untuk menyingkap sejarah “Bagaimana negara boleh ujud dan peranan sejarah dalam keadaan sekarang”. Beliau juga menitik beratkan keperluan memahami dan menghayati sejarah, bagi sandaran untuk negara bergerak maju kehadapan.

Semasa usaha mencapai Kemerdekaan, persafahaman berjaya dicapai dimana Orang Melayu menerima keturunan lain sebagai “Orang yang berhak untuk menikmati kekayaan tanahair ini” dan kemudianya satu formula dicapai (yang masih diamalkan sehingga hari ini) dimana UMNO sedia menerima MCA dan MIC turut serta dalam Pemerintahan. Akhirnya, dengan persetujuan semua pihak, golongan pendatang ini diterima sebagai warga negara Tanah Melayu dan orang keturunan lain menerima hakikat orang Melayu mempunyai hak istimewa sebagai pribumi tanahair ini. “Tunku Abdul Rahman Putra (sebagai Presiden UMNO dan Ketua Menteri) dengan rela hati memberi 1 juta kerakyatan kepada keturunan Cina dan India”.

“Mana ada negara dalam dunia menerima kaum pendatang diberikan hak samarata? Oleh itu, kalau orang Melayu sedia menerima kaum pendatang (sebagai warga negara dan mempunyai hak samarata), janganlah orang lain kini mahu mempersoalkan hak kita!”, disambut tepukan gemuruhan dalam sebuah dewan yang penuh sesak. 1500 orang hadir dalam dewan yang hanya mampu mengisi 300 orang.

*Perkembangan dikemas kini 5.00pm

Tun Dr. Mahathir juga menyingkap permasalahan rasuah dan ketamakan yang membelengu orang Melayu, sebagaimana yang dirakam sejarah. Hari ini, pemimpin sudah mula boleh dirasuah bukan sahaja dengan wang, tetapi kuasa, kedudukan dan pelbagai imbuhan.

“Satu hari akan berlaku, apabila orang Melayu yang lagi mampu memberi apa apa fadedah kepada orang lain (yang memberi rasuah), maka mereka akan diketepikan”.

Beliau juga mengingatkan bahawa ahli UMNO masa ini perlu mengelakan diri dari di’rasuah’ dengan kontrak, kedudukan dan kuasa/pengaruh (dalam parti), terutama musim pemilihan Kepimpinan UMNO akan menjelang dalam tempoh yang tidak lama lagi.

Semasa sessi soal jawab, persoalan berkenaan kenaikan harga petrol ditimbulkan dan sekiranya beliau masih lagi berkuasa, apa kemungkinan tindakan beliau “Semasa saya masih PM, harga minyak ialah USD 30 setong. Sekarang ini USD 130 setong. Maknanya, subsidi minyak sudah naik. Sekiranya Kerajaan perlu belanja untuk subisidi ini sentiasa, walaupun eksport minyak melebihi pengunaan, lama lama rezab minyak kita akan habis (kemungkinan tahun 2018). Sekiranya subsidi minyak ini ditarik tetapi rakyat mahukan toll dikurangkan (maknanya, Kerajaan perlu tampung kos bayar hutang syarikat konsessi) dan sebagainya, ini bermakna subsidi itu masih diberikan oleh Kerajaan dalam bentuk lain”, sambil merumuskan cara ‘dari poket kiri ke poket kanan’ ini bukan selesaian positif kepada permasalahan.

Sebaliknya, beliau menyarankan bahawa kenaikan minyak tidak perlu mendadak sebegitu banyak pada satu masa (tetapi dinaikan berperingkat) agar rakyat dan sistem ekonomi dalaman mempunyai masa dan ruang untuk melakukan ‘penyesuaian’ (adjustment) dan “Dalam masa yang sama, pendapat isirumah rakyat sempat ditingkatkan sedikit, untuk menampung kos sara hidup yang meningkat akibat kenaikan harga minyak dipasaran global”.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: