Melayu adalah Masyarakat Induk Malaysia

Sejarah adalah senjata orang
Melayu dalam menghadapi tuntutan, kritikan, penafian, dan tekanan dan
kerenah dari pelbagai puak-puak dan kelompok masyarakat terhadap
legitimasi Melayu di atas buminya sendiri, baik dari dalam atau luar
negara.

Salah satu penerangan dan pendekatan yang sering efektif
untuk menerangkan persoalan-persoalan ini adalah pendekatan yang di
buat dalam buku Tuntutan Melayu (1981) karangan oleh Dato Prof Dr Malik
Munip. Beliau adalah bekas pensyarah sejarah di Universiti Malaya dan
bekas ahli Parlimen Muar.

Baru-baru ini, beliau telah
membentangkan satu kertas kerja bertajuk “Melayu adalah Masyarakat
Induk Malaysia” di Seminar Agenda Melayu ke III pada November 4hb, 2007
baru-baru ini. Kertas kerja itu merupakan gis bukunya itu yang memberi
satu teras pendekatan sejarah dan budaya dalam menjawab tekanan-tekanan
yang dihujani ke atas orang Melayu. Kertas kerja itu diterbitkan semula
dalam blog ini dalam tiga bahagian.

MELAYU ADALAH MASYARAKAT INDUK MALAYSIA

A. MUKADIMAH

1.
Falsafah perjuangan bangsa Melayu adalah bersendikan kepada keyakinan
bahawa Melayu/Bumiputera adalah masyarakat induk/teras/ibu di Malaysia.
Oleh kerana itu hak dan matlamat perjuangan adalah berbeza daripada
kaum-kaum lain.

2. Sebagai sebuah masyarakat Islam yang terbuka
dan mewarisi tradisi menghargai nilai-nilai Islam yang keyakinan hanya
dapat dibina di atas landasan yang kukuh yang dapat menatijahkan bahawa
bahawa apa yang diperjuangkan adalah sohih dan halal. Maka adaah pri
penting setiap generasi Melayu menghayati prinsip-prinsip asas yang
membezakan kedudukan bangsa Melayu berbanding dengan kaum-kaum lain
yang lazimnya ditakrifkan sebagai masyarakat serpihan) yang
terpelanting daripada masyarakat induknya di negara-negara asal mereka.

3.
Namun kerana keperluan teknikal perbezaan itu menjadi kabur apabila
masyarakat bukan Melayu yang jumlahnya hampir separuh jumlah penduduk
Malaysia diiktirafkan sebagai warga negara istilah seperti masyarakat
pendatang atau imigren sebagai rujukan kepada rakyat bukn Bumiputera
menjadi tidak sesuai.

B. KONSEP MASYARAKAT INDUK/IBU/TERAS ATAU “TOTAL SOCIETY

1. Kita semua adalah “product of history
atau anak penghasilan sejarah maka suka atau tidak, sedar atau alpa,
jahil atau mengetahui, tanggapan kita mengenai sejarah keluarga kita,
masyarakat kita dan apatah lagi sejarah bangsa kita menjadi faktor
penentu tentang apa yang dianggap hak kita atau hak orang lain. Di
sinilah letaknya kepentingan mengetahui sejarah yang dapat mengelak
daripada pemahaman yang dimanipulasi yang aka mengizinkan hak-hak
kitatergadai.


2.
Para ilmuan rata-rata menerima hakikat bahawa dari segi sejarah,
Malaysia adalah sebahagian daripada alam budaya Melayu yang luas.
Konsep alam budaya Melayu (geo-cultural/region) berkaitan
terus kepada konsep tamaddun atau pradaban ia itu sepertilah juga
tamaddun Cina atau tamaddun India yang menjadi asas kepada kelahiran
alam budaya Cina atau alam budaya India yang sangat luas itu. (Datok,
nenek kita peka dengan hakikat itu kerana itu mereka merujuk negeri
China sebagai benua China). Satu sifat umum tamaddun agung dan besar
seperti ini ialah hakikatwujudnya kepelbagaian sukuan dan puak yang
berbeza-beza dalam kesatuan alam budaya yang satu seperti puak Hailam
atau Teochew atau Kek dalam alam budaya Cina. Namun perbezaan-perbezaan
budaya, loghat atau bahaasa bahkan kepercayaan sekalipun semuanya
terangkum dan memperkaya kedinamikan khaznah tamaddun atau pradaban
yang besar itu.

3. Maka seperti tamaddun-tamaddun yang besar
tadi, pradaban Melayu merangkumi satu kawasan yang luas, satu gugusan
pulau-pulau yang terbesar di dunia, berlumlah lebih daripada 21 ribu
pulau dan mengandungi di dalamnya berpuloh-puloh sukuan dan puak
dengan segala ragam loghat bhasa dan adat budaya yang berbeza-beza
namun semuanya itu terangkum dalam satu kesatuan alam budaya atau satu ‘geo-cultural region
yang dinamakan gugusan pulau-pulau Melayu, Alam Melayu, Dunia Melayu,
Nusantara hatta pernah jua dirujuk sebagai ‘Malaysia Raya’. Harus
diingat bahawa nama atau istilah ‘Malaysia’ sebagai rujukan para
sarjana kepada kawasan gugusan pulau-pulau Melayu telah digunakan
berpuloh-puloh tahun sebelum negara Malaysia merdeka dan menjadi satu
entiti politik yang tersendiri.

4. Pengakuan sebagai anak Melayu
pernah dilafazkan oleh ramai pemimpin negara-negara di gugusan
pulau-pulau Melayu sekalipun mereka daripada puak atau suku yang
berbeza-beza iaitu seperti Jose Rizal di Filipina atau Sukarno di
Indonesia.

5. Istilah bumiputera juga mengandugi erti yang lebih luas daripada erti ‘native’ atau ‘indigenuous’ yang sempit. Ianya juga berkait rapat dengan konsep alam budaya atau tamadun yang wujud di satu-satu tempat.

6.
Perlu diingat bahawa konsep tamadun atau pradaban sesuatu bangsa itu
mencakupi erti perkembangan yang tinggi dan luas yang melibatkan
bidang-bidang bahasa dan sesusasteraan, falsafah, politik, kenegaraan
dan empayer. Tradisi Melayu yang kita warisi di alam Melayu mempunyai
semua sifat-sifat ini, mempunyai struktur sosial yang lengkap atau ‘total society’ daripada raja-rajanya membawa kepada rakyat jelata, asas kepada kedaulatan atau ‘sovereignty
yang diiktiraf sebagai satu bangsa yang beradab. Melayu bukan sekadar
satu puak atau satu kaum di bumi sendiri tetapi diiktiraf sebagai satu
bangsa yang menjadi masyarakat penentu yang mencorak warnakan
perkembangan sejarahnya menjadi masyarakat ‘definitive’ yang menjadi rujukan kepada masyarakat-masyarakat asing lain yang hadir di bumi Melayu.

Dalam
kontek ilmu sejarah, bangsa Melayu dirujuk sebagai faktor kesenambungan
yang difinitif dan masyarakat pendatang mesti membuat ubahsuai atau
adaptasi dengan merujuk kepada masyarakat penentu/atau masyarakat teras
dan bukan wujud dalam bentuk asingnya yang mutlak. Sesungguhnya ini
adalah selaras dengan tradisi tamadun manusia yang mempunyai nilai
murni dimana “bumi dipijak di situ langit dijunjung” seperti di barat
dikatakan “When you are in Rome, behave like the Romans do”.

Sesungguhnya
ini adalah prinsip pri penting yang wajib diambil iktibar (terutama
dalam bidang membina budaya kebangsaan) supaya proses tolak ansur tidak
terjebak menjadi proses penggadaian budaya.

C. UMNO PESAKA BAHTERA PERJUANGAN BANGSA

1. UMNO adalah satu-satunya wadah pengucapan politik Bumiputera di Asia Tenggara yang berjaya (a success story). Ia tidak diasaskan di atas landasan ideologi ciptaan manusia seperti komunisma atau sosialisma yang menjadi anutan yang fashionable selepas perang.


2.
UMNO ditubuhkan di atas ass perpaduan lebih 42 pertubuhan Melayu yang
merangkumi persatuan Melayu negeri-negeri, persatuan sukuan seperti
persatuan anak jawa atau persatun orang asli dan pertubuhan golongan
professional seperti persatuan guru-guru Melayu.

UMNO disokong
oleh semua lapisan masyarakat Melayu dari raja-raja Melayu membawa
kepada rakyat jelata. Kita wajib mengambil iktibar dari amanah sultan
Johor dalam perhimpunan awal UMNO di Istana Johor.

“Ingat UMNO bukan pertubuhan yang lahir di kaki lima tetapi pertubuhan Melayu di bumi Melayu. Dia (UMNO) ada daulat.”

3.
Salah seorang elupor utama yang bertungkus lumus untuk menubuhkan UMNO
ialah Pendita Zaaba (menyedihkan namanya jarang diingati).

a.
Dengan cara yang halus Zaaba telah mengasaskan falsafah perjuangan
bangsa yang sohih kepada parti Melayu ini. Sebagai pengerusi
jawatankuasa yang bertanggungjawab mencipta nama untuk pertubuhan
Melayu ini. Pendita Zaaba telah mengubah namanya supaya lebih tepat,
leih teguh dan lebih berwibawa yang sekali gus membezakannya daripada
pertubuhan-pertubuhan politik bukn Melayu.

b. Nama asal UMNO ialah UMO atau ‘United Malay Organisation
yaani Pertubuhn Melayu Bersatu. Kata-Pendit Zaaba, Melayu di bumi
Melayu adalah berbeza dari bukan Melayu di bumi Melayu. Melayu, di bumi
Melayu adalah masyarakt induk, mayarakat teras atau masyarakat ibu.
Bukan Melayu di bumi Melayu pula adalah masyarakat serpihan yang
berasal daripada masyarakt induknya di negara-negara asal!

c.
Kerana itu dengan penuh himah Pendita Zaaba telah menambah satu
perkataan kata sifat sebagai merujuk kepada politik Melayu iaitu
perkataan “Nasional” atau Kebangsaan. Maka hasilnya nama ‘Pertubuhan
Melayu Kebangsaan Bersatu’ atau dalam bahasa Inggeris ‘United Malay National Organisation’ atau UMNO.

Natijahnya daripada perubahan itu ialah untuk membawa keinsafan bahawa
Melayu
sebagai masyarakat induk yang lengkap yang menjadi teras kepada negara
yang berdaulat dari dahulu hingga sekarang. Maka sifat Melayu,
cita-cita perjuangan Melayu mempunyai status yang lebih tinggi, menjadi
sifat dan cita-cita perjuangan yang bertaraf nasional dan bukan
perkauman.

d. Natijah keramat daripada saranan abadi Pendita
Zaaba ini ialah bahawa seluruh perjuangan bangsa Melayu ini berpaksi
kepada prinsip menterjemahkan / melaksanakan kedudukan Melayu uang
induk/nasional itu ke dalam semua bidang penghidupan bangsa yang
merdeka:-

i) Politik Melayu mesti menjadi induk/teras politik negara.
ii) Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa nasional.
iii) Kebudayaan Melayu mesti menjadi teras kebudayaan nasional.

Seterusnya
sifat bangsa Melayu yang induk itu mesti akhirnya dapat diterjemahkan
ke dalam bidang-bidang utama penghidupan nasional yang lain seperti
dalam bidang pendidikan atau ekonomi. Ini ialah intipati kepada
perjuangan yang hak dan legimate.
4. Penekanan kepada hakikat bahawa masyarakat Melayu adalah masyarakat induk di negara ini jua di abadikan dalam bendera UMNO.
Professor Syed Najib Al Attas iaitu satu-satunya ulamak Melayu yang
diiktiraf di peringkat antarabangsa (bukunya diterjemahkan ke dalam
berbelas bahasa) adalah merupakan anak Melayu yang telah mencipta dan
mengubah bentuk dan warna bendera UMNO itu. Maka selain bendera UMNO
itu melambangkan ketinggian martabat Islam dan perjuangan memelihara
tradisi kedaulatan negara, ianya jua dilabuhkan di atas prinsip bahawa
Melayu dan negara tumpah darahnya adalah sebahagaian daripada bumi dan
alam budaya Melayu turun temurun yang luas. Pemilihan warna-warna merah
dan putih adalah warna-warna yang melambangkan bahawa akan terus wujud
kesatuan dalam tradisi pradaban dunia Melayu atau Nusantara dan yang
tidak mungkin diputuskan oleh kehadiran penjajahan.

Advertisements

One Response

  1. Hati-tilah, walau apapun kegemilangan silam, silap langkah mcm Pulau Batu Putih, ia akan dirampas & memadam sejarahnya.

    PAS, PKR jgn berangan Melayu dah hebat. Hak istimewa bukanlah berkekalan ia akan dirampas.

    Dr. Mahathir hanya membayangkan hak bumiputera boleh disamakan sekurang2nya pada 2020.

    Saya tak yakin dalam tempoh terdekat, Melayu boleh sebijak orang asing. Tengok Fairuz, kat Penang pun dah tau. Kena mengadap Agong ukk kepentingan kerabat dinasti LIM.

    Mcm macai2 melayu yang kerja di swasta. kena kerah sana-sini.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: