Islam Hadhari Haram tapi Pusat Hiburan dan Kilang Arak Halal – PAS Selangor

Sumber:http://www.bharian.com.my/

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengharamkan sebarang bentuk program yang mempunyai kaitan dengan Islam Hadhari mulai hari ini kerana tidak mahu konsep yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikembangkan di negeri itu.

Ulasan:
Saya sebenarnya tidak kisah PAS Selangor mengharamkan Islam Hadhari kerana bagi saya ianya hanya menakutkan rakyat bukan Islam di Malaysia. Malah, orang Islam sendiri tidak dapat menerima konsep ini apabila Pak Lah sendiri yang gagal mentarbiah isteri dan anaknya memakai tudung. Saya rasa pemimpin yang cuba menonjolkan diri sebagai warak mestilah dapat menunjukkan contoh yang baik di sisi Islam. Tetapi, ingin saya tekankan bahawa ini tidak bermakna orang yang warak boleh menjadi pemimpin yang baik. Islam Hadhari Pak Lah ini adalah hampir sama dengan konsep yang diwar-warkan oleh PAS kerana ianya hanya kosmetik dan demi kepentingan politik sahaja
.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali, berkata selaras dengan arahan itu, semua masjid dan surau tidak dibenarkan mengadakan program, termasuk khutbah yang menyentuh atau ada hubung kait dengan Islam Hadhari.

Beliau memberi alasan konsep Islam Hadhari tidak diperlukan kerana ajaran Islam yang diamalkan umat Islam di negara ini sudah lengkap dan menyeluruh membabitkan semua aspek kehidupan manusia sejagat.

“Kita tidak mahu konsep Islam Hadhari dikembangkan di negeri ini. Ini kerana, ajaran Islam yang kita amalkan sudah lengkap dan ajaran inilah yang kita mahu sandarkan untuk memerintah Selangor,” katanya pada sesi penggulungan hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Pesuruhjaya Pas Selangor itu juga menafikan pemimpin Pas di negeri itu pernah berjanji untuk menutup semua pusat hiburan dan kilang arak sekiranya mengambil alih tampuk pemerintahan negeri.

Beliau mencabar mana-mana pihak supaya tampil memberikan bukti yang menunjukkan ada pemimpin Pas, termasuk dirinya yang membuat janji itu kepada rakyat pada pilihan raya.

“Jika ada yang mendakwa saya dan ahli Pas lain yang membuat janji ini, sila tunjukkan bukti, ” katanya.

Ulasan:
Ini isu yang sebenarnya saya ingin tekankan iaitu PAS Selangor telah menghalalkan Kilang Arak dan Pusat Hiburan di Selangor. Hassan Ali ini nampak sangat cuba menipu apabila mengatakan mereka tidak pernah berjanji untuk menghapuskan arak di Selangor. Apa agaknya maksud risalah pilihanraya ini jika bukan janji untuk menutup kilang arak?



Nampaknya PAS makin hilang arus perjuangan dan terus diperkudakan oleh DAP kafir harbi!!

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu berkata, Pas yang bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat mahu mentabbir Selangor dengan menegakkan prinsip sama rata dan keadilan.

“Kita tidak mahu mengamalkan pentadbiran 30 peratus komisen, 50 peratus komisen atau memberi tender kepada kroni.

“Malah kita ubah tender yang diberi secara runding terus kepada tender terbuka kerana tidak mahu membuat dosa,” katanya.

Hassan mendakwa, pembinaan Jalan Sekinchan-Sabak Bernam adalah contoh pemberian tender secara runding terus yang diakui oleh Jabatan Audit Negara sebagai projek yang dibina tanpa mematuhi peraturan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Ketika itu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (BN-Sungai Panjang) bangkit mencelah dan memberitahu kes itu sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR).

“Projek ini ditentukan oleh JKR. Apa-apa tindakan pun mestilah kepada JKR. Bagi saya mudah saja, apa-apa cadangan yang dibuat ikut peraturan saya akan luluskan.

“Bagi kes Balkis, misalnya, jika ada salah guna kuasa atau wang sila buat laporan,” katanya.

Advertisements

3 Responses

  1. betul..aku sokong pakatan rakyat penipu dan pkr pas hanya babi tunggangan dap. buktinya program pemutihan kilang2 haram di selangor di tangguhkan hingga 2010.maknanya tokey2 cina ni sempat lagi nak kumpul kekayaan sblm 2010.pada aku 2010 tu tempoh yg sgt lama?
    pada masa yg sama mereka tegas dgn peniaga2 kecil.tokey2 cina lepas,penjaja melayu di tindas.apa cerita ni!!
    pada pendapat aku islam hadhari ni sekadar nak mencantikkan nama perkataan islam..contoh nya islam cantik ke,islam bahagia ke nak bg org islam sentiasa ingat dengan islam.sama jgk kalau nak buat kempen kekeluargaan,tambah perkataan keluarga bahagia ke,keluarga sempurana ke atau keluarga impian ke. islam hadhari bukan ajaran baru atau amalan2 baru. cuma hadhari tu saja ditambah nak bg sedap menyebutnya.pembangkang saja je mainkan isu ni. di kelantan kalau kita lihat masih ada perempuan yg tak menutup aurat. pakai tudung pun baju lengan pendek bebas keluar kemana2.. pakai tudung baju ketat kalau duduk di restoren baju belakang terangkat hingga menampakkan getah seluar dalam. dikelantan yang di katakan serambi mekah pon masih tak sempurna. cakap tak serupa bikin!!!!

  2. sabar2..
    cuba bawak bertenang.. bawak berbincang.. fikir baik2…
    hmmm… kalaulah kilang arak(sape bagi lesen entah) tu tak dapat di tutupkan pun..

    aku berharap PAS dapat melalukan sesuatu kaedah lain, contohnya dengan membanteras sebanterasnya penggunaan alkohol di kalangan orang islam…

    ini boleh di lakukan dengan pemantauan jabatan agama.. supaya bergerak lebih agresif..

    mengenai pusat hiburan pulak… hmm… hiburan mcam mana tu cik abang?? hiburang keluarga atau maksiat… perkara tu jabatan agama juga bagi pendapat saya boleh memantau supaya tiada org beragama islam terlibat di dalam aktiviti2 tersebut….

    kadang babi sebelum ni kan bersepah, tercemar n tak terurus (sape la keraajaan negeri dia dulu ek? lembab)…. bagi saya elok la kandang babi itu di perkemaskan supaya tidak berlaku pencemaran udara, air dan tanah.. supaya semua rakyat dapat hidup sejahtera….

    islam hadhari hanya mencatikan nama islam?? jangan bawak keluar statement yang memalukan umno wahai saudari?? adakah islam sebelum ini kurang cantik?? atau saudara kurang cerdik dalam mengatur kata2.. jangan malukan UMNO n ISLAM yer…

    isu tutup aurat ti dimana2 pun ada kan… kita sebagai orang islam sebaik2 nya menegurlah.. selemah2nya di dalam hati.. perbagai cara..
    mungkin emak, kakak,adik n anak2 saudara n saya bergitu juga.. siapa tahu?? jadi jangan la hanya hendak melepaskan ini semua pada kerajaan negeri.. PAS bukanlah tuhan boleh mengubah mentality rakyat jahiliah ilmu agama sekelip mata..

    tanggungjawab ini bukan PAS yang punya..
    tetapi ISLAM..
    buat apa berharap pada parti pas kalau org dalam rumah saudara pun tak ditegur…

    fikir2kan lah…..

    ps- tak sokong2 sapa2.. cuma tak suka org mengata.

  3. hahaha… aku tak tahan stekmen mentarbiah kan anak isteri pakai tudung… wei… korang ingat orang pakai tudung baik sangat ke…. pakai labuh labuh pastu mengumpat pok pek pok pek…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: