Islam Hadhari Haram tapi Pusat Hiburan dan Kilang Arak Halal – PAS Selangor

Sumber:http://www.bharian.com.my/

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengharamkan sebarang bentuk program yang mempunyai kaitan dengan Islam Hadhari mulai hari ini kerana tidak mahu konsep yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikembangkan di negeri itu.

Ulasan:
Saya sebenarnya tidak kisah PAS Selangor mengharamkan Islam Hadhari kerana bagi saya ianya hanya menakutkan rakyat bukan Islam di Malaysia. Malah, orang Islam sendiri tidak dapat menerima konsep ini apabila Pak Lah sendiri yang gagal mentarbiah isteri dan anaknya memakai tudung. Saya rasa pemimpin yang cuba menonjolkan diri sebagai warak mestilah dapat menunjukkan contoh yang baik di sisi Islam. Tetapi, ingin saya tekankan bahawa ini tidak bermakna orang yang warak boleh menjadi pemimpin yang baik. Islam Hadhari Pak Lah ini adalah hampir sama dengan konsep yang diwar-warkan oleh PAS kerana ianya hanya kosmetik dan demi kepentingan politik sahaja
.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali, berkata selaras dengan arahan itu, semua masjid dan surau tidak dibenarkan mengadakan program, termasuk khutbah yang menyentuh atau ada hubung kait dengan Islam Hadhari.

Beliau memberi alasan konsep Islam Hadhari tidak diperlukan kerana ajaran Islam yang diamalkan umat Islam di negara ini sudah lengkap dan menyeluruh membabitkan semua aspek kehidupan manusia sejagat.

“Kita tidak mahu konsep Islam Hadhari dikembangkan di negeri ini. Ini kerana, ajaran Islam yang kita amalkan sudah lengkap dan ajaran inilah yang kita mahu sandarkan untuk memerintah Selangor,” katanya pada sesi penggulungan hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Pesuruhjaya Pas Selangor itu juga menafikan pemimpin Pas di negeri itu pernah berjanji untuk menutup semua pusat hiburan dan kilang arak sekiranya mengambil alih tampuk pemerintahan negeri.

Beliau mencabar mana-mana pihak supaya tampil memberikan bukti yang menunjukkan ada pemimpin Pas, termasuk dirinya yang membuat janji itu kepada rakyat pada pilihan raya.

“Jika ada yang mendakwa saya dan ahli Pas lain yang membuat janji ini, sila tunjukkan bukti, ” katanya.

Ulasan:
Ini isu yang sebenarnya saya ingin tekankan iaitu PAS Selangor telah menghalalkan Kilang Arak dan Pusat Hiburan di Selangor. Hassan Ali ini nampak sangat cuba menipu apabila mengatakan mereka tidak pernah berjanji untuk menghapuskan arak di Selangor. Apa agaknya maksud risalah pilihanraya ini jika bukan janji untuk menutup kilang arak?



Nampaknya PAS makin hilang arus perjuangan dan terus diperkudakan oleh DAP kafir harbi!!

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu berkata, Pas yang bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat mahu mentabbir Selangor dengan menegakkan prinsip sama rata dan keadilan.

“Kita tidak mahu mengamalkan pentadbiran 30 peratus komisen, 50 peratus komisen atau memberi tender kepada kroni.

“Malah kita ubah tender yang diberi secara runding terus kepada tender terbuka kerana tidak mahu membuat dosa,” katanya.

Hassan mendakwa, pembinaan Jalan Sekinchan-Sabak Bernam adalah contoh pemberian tender secara runding terus yang diakui oleh Jabatan Audit Negara sebagai projek yang dibina tanpa mematuhi peraturan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Ketika itu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (BN-Sungai Panjang) bangkit mencelah dan memberitahu kes itu sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR).

“Projek ini ditentukan oleh JKR. Apa-apa tindakan pun mestilah kepada JKR. Bagi saya mudah saja, apa-apa cadangan yang dibuat ikut peraturan saya akan luluskan.

“Bagi kes Balkis, misalnya, jika ada salah guna kuasa atau wang sila buat laporan,” katanya.

Advertisements