PAS: Keldai Tunggangan Barat?

Sumber: forum.mykmu.net
Penulis: Andak

Rakan kongsi Yahudi beragama Islam paling mahsyur di dunia, Anwar Ibrahim, kini kelihatan berhempas pulas untuk mengeratkan ‘tali persaudaraannya’ dengan Barat.

Malaysia telah ‘dijaja’ sebagai:

1. bukan negara ‘demokrasi tulen’;
2. menindas kaum minoriti;
3. mengamalkan dasar perkauman ala-Apartheid.

Mungkinkah sesi jelajah Anwar Ibrahim ke negara-negara luar telah berjaya menarik tajaan pihak Barat untuk menghancurkan sebuah kerajaan pimpinan Bumiputra Islam di Asia Tenggara?

Lihat sahajalah tindak tanduk Anwar Ibrahim dan tunggangannya, PAS. Sejak akhir-akhir, kelakuan mereka semakin ‘menjilat’ Barat:

1. Menggadai perjuangan negara Islam

PAS, yang selama ini telah menggunakan konsep negara Islam bagi memanipulasi naluri Melayu untuk menegakkan syiar Islam, telah tidak semena-mena menggugurkan istilah ‘negara Islam’ dalam kempen mereka.

Apakah ini antara syarat asas bagi menerima sokongan daripada tuan baru mereka: pihak Barat?

2. ‘Berkasih-kasihan’ dengan Gereja

Dunia Gereja memang sudah heboh menghentam kerajaan Malaysia atas isu pengharaman penggunaan nama ‘Allah’ dalam buku-buku dan majlis-majlis mereka. Namun, pada 27 Mac 2008, tidak sampai pun sebulan selepas memenangi pilihanraya, ahli Parlimen PAS, Khalid Abdul Samad, telah bergegas menziarahi Roman Catholic Church of the Divine Mercy di Shah Alam. Paderi-paderi gereja tersebut sendiri menyatakan kehairanan mereka terhadap tindakan ahli Parlimen PAS berkenaan:

“Ia adalah inisiatif beliau (Khalid). Beliaulah yang menghubungi parish priest kami, Father Paulino Miranda, dan berkata bahawa beliau mahu datang dan berbincang dengan kami,” kata Joseph Victor, pengerusi parish pastoral council untuk gereja tersebut.

Lebih menghairankan, Khalid Abdul Samad kemudiannya kelam-kabut menafikan bahawa beliaulah yang bertanggungjawab memulakan langkah, dengan memberikan alasan dangkal bahawa ahli-ahli PASlah yang ‘terdengar’ paderi gereja berkenaan berkempen untuk perubahan dalam pilihanraya.

Penafian beliau ini hanya memperlihatkan seolah-olah beliau sedang menyembunyikan sesuatu. Jika beliau yang berusaha sedaya upaya untuk mempererat hubungan antara agama, mengapa tidak mengaku sahaja?

Ketika anai-anai PAS, seperti biasa, berlumba-lumba menggali kitab-kitab untuk mencari hujah bagi menjustifikasi tindakan pemimpin mereka, tidakkah mereka ingat bahawa kerajaan negeri Kelantan pernah disaman kerana meruntuhkan sebuah gereja Orang Asli? Malah, kes itu baru sahaja didengari pada 15 Januari 2008.

Apakah punca kemunafikan yang dahsyat ini?

1. Lambang sujud memohon maaf kepada pihak Gereja;

2. Strategi yang dijolok ke mulut PAS oleh Brother Anwar Ibrahim untuk menarik minat masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak, sekaligus wakil-wakil rakyat dan parti-parti mereka? Ingat: bukankah beliau sendiri telah menyatakan ketika perhimpunan ‘Black 14’ bahawa beliau telah mengenalpasti wakil-wakil rakyat yang boleh ‘dibeli’?

3. Sebagai memenuhi kontrak tajaan Barat?

National Evangelical Christian Fellowship (NECF) Malaysia, merupakan sebuah badan bertindak bagi pihak Gereja-gereja di Malaysia. Ia telah ditubuhkan pada Mei 1983, menyusuli pengharaman edaran kitab Bible dalam Bahasa Melayu pada 1981. Peranan NECF sebagai sebuah badan yang menyatukan Gereja-gereja di Malaysia boleh disamakan dengan
HINDRAF untuk masyarakat beragama Hindu.

Matlamat dan objektif penubuhan NECF Malaysia adalah seperti berikut:
Objectives

* To provide a platform for fellowship and partnership among churches especially in missions, evangelism, Bible teaching and social action.

* To assist in spurring, under the hand of god, renewal and revival in Malaysia.

* To provide a medium for the safeguard and spread of the Christian faith.

* To represent the Christian community on issues and matters affecting the Church and society at large, in consultation and joint action with other Christian and religious bodies in the country.

http://www.necf.org.my/index.cfm?&menuid=5

Jika diteliti, matlamat ketiga penubuhan NECF, iaitu ‘Untuk menyediakan medium bagi melindungi dan menyebarkan ajaran Kristian’ (To provide a medium for the safeguard and spread of the Christian faith), adalah secara langsung tertakluk kepada Fasal (4), Perkara 11, dokumen undang-undang tertinggi negara: Perlembagaan Persekutuan:

Quote:
(4)
Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Berbanding HINDRAF yang tidak segan silu menggunakan pembohongan secara terang- terangan untuk mendesak pihak luar mengambil tindakan terhadap Malaysia, NECF sebagai wakil pihak Gereja masih lagi bertindak dalam batasan apabila menghadkan tentangan kepada Kerajaan dalam lingkungan Gereja.

Namun begitu, NECF telah menganjurkan dan mengesyorkan agar semua ahli-ahli Gereja di bawah naungannya untuk menyokong Pakatan Rakyat pada PRU ke-12. Ini bukanlah satu rahsia dan dinyatakan secara terang-terangan di dalam laman web mereka:

Quote:
Press Statements and Articles

Title: Urgent Call for Continued Prayer (Malaysian General Election 2008)

Description: We thank God for the smooth, event-free election. We believe this has come about through all our prayers, so thank you for praying . . . It is therefore imperative that we continue to pray, especially during this critical transitional period.

Author: NECF
13 March 2008

We thank God for the smooth, event-free election. We believe this has come about through all our prayers, so thank you for praying.

We look forward to a new era of inter-racial respect, religious freedom, respect for places of worship and integrity in governance.

We look forward to a nation free from corruption, communal hatred, political intimidation, judicial rot and many other ills that have plagued the system.

It is therefore imperative that we continue to pray, especially during this critical transitional period.

Pray:

1. For smooth handover of power to the four new state governments;

2. For the candidates who have won that they will remain humble and work diligently to fulfill their promises to the rakyat;

3. For those who failed to win that they will be gracious in their loss, they will continue to serve the rakyat and play an effective “check and balance” role;

4. For harmonious working relations among the Barisan Rakyat parties – PKR, DAP and PAS;

5. Against those who are out to stir dissension and create strife and unrest;

6. For all to refrain from spreading messages, such as SMS and e-mails, that may cause racial and religious misunderstandings;

7. For harmonious and productive relations in all aspects between the Federal Government and the five states under opposition rule; and

8. For the elected members of parliament (MPs) that they will uphold the law-making institution, and live up to the rakyat’s expectation as role models of integrity, courage, fairness and selflessness.

Rev Wong Kim Kong, J.M.N.
Setiausaha Agung
NECF Malaysia

Inilah sebabnya mengapa Parti Islam Se-Malaysia, PAS, ‘tunduk mencium kaki’ pihak Gereja yang banyak membantu mereka melampiaskan nafsu untuk berkuasa.

Jika ada yang masih terpinga-pinga bagaimana Pakatan Rakyat boleh mencapai kejayaan yang paling besar dalam sejarah mereka, maka keywordnya adalah: AGAMA.

Permainan senjata Yahudi beragama Islam paling masyhur di dunia, Brother Anwar Ibrahim, paling licik
diteliti apabila berjaya menanamkan hasutan kepada para penganut Hindu dengan HINDRAFnya untuk kesamaan sosio ekonomi walaupun minoriti, pihak Gereja dengan NECFnya untuk kebebasan beragama dan menyebarkan ajaran Kristian walaupun menginjak
Perlembagaan, dan umat Islam dalam PAS untuk menegakkan Negara Islam.

Ketiga-tiga pihak ini mempunyai hajat yang bertindih dan tidak mungkin dapat direalisasikan oleh Brother Anwar Ibrahim. Namun, lidah didikan Yahudi adalah licik!

Desakan Pakatan Rakyat bahawa politik berasaskan kaum patut dihapuskan daripada bumi Malaysia hanyalah retorik yang ironik. Walhal Pakatan Rakyat melalui HINDRAF dan NECF, di bawah didikan anak didik Zionis, Brother Anwar Ibrahim, telah memainkan nada yang jauh lebih berbahaya daripada politik kaum: iaitu politik agama.

3. ‘Kebisuan’ dalam menentang Yahudi

Dahulu Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub sanggup dihumban ke dalam penjara untuk membantah kedatangan pasukan kriket dari Israel. Namun begitu, imej pasukan kriket yang mungkin rakyat Israel sendiri tidak kenal, adalah umpama langit dan bumi jika dibandingkan dengan status high profile dua rakyat rejim Zionis, Avram Grant, pengurus pasukan Liga Perdana Inggeris, Chelsea, dan Tal Ben Haim, pemain Chelsea yang juga mewakili
pasukan kebangsaan Israel. Kedua-dua individu ini dijadualkan akan memasuki Malaysia pada bulan Julai untuk siri jelajah Asia pasukan Chelsea.

Jika PAS mahu publisiti murahan untuk menarik perhatian dunia kepada kempen anti-Zionis mereka, nah, kedatangan Chelsea merupakan peluang keemasan yang wajib diambil kesempatan sebaik-baiknya.

Persoalannya: Adakah PAS kini masih anti-Zionis?
Nampaknya PAS sudah ‘dibisukan’ dalam isu Chelsea ini, bukan?

Mengapa agaknya?
Adakah Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub sudah diberi amaran oleh Brother Anwar Ibrahim untuk tidak memprotes kedatangan warga Israel itu?

4. Dirai oleh media Yahudi, Nasrani

Church Times, akhbar mingguan terulung Gereja Anglican yang berpusat di United Kingdom, telah meraikan kemenangan Anwar Ibrahim dengan memaparkan gambar beliau dijulang oleh orang ramai ketika perhimpunan anjuran BERSIH. Kelihatan berhimpit-himpit di tengah-tengah khalayak, seorang individu yang terdongak-dongak kagum akan idolanya.

Individu itu tidak lain dan tidak bukan, Presiden PAs: Haji Abdul Hadi Awang.

Dan ketika imej berserban Presiden PAS yang terpacul di tengah-tengah orang ramai ditatap oleh penganut-penganut Kristian di seluruh dunia, akhbar Church Times dengan bangga merayakan kemenangan ini dengan menamakan artikel itu sebagai:

A watershed for Malaysia: The elections have weakened Islamisation

(Titik perubahan untuk Malaysia: Pilihanraya telah melemahkan Islamisasi)

Pada 21 Mac 2008 pula, Jerusalem Post, akhbar bahasa Inggeris paling utama yang meliputi Israel dan dunia Yahudi, telah bertindak lebih ketara apabila menerbitkan artikel yang bukan sahaja merai kemenangan Anwar Ibrahim, malah menamakan beliau sebagai future PM untuk Malaysia!

Dan siapakah pengarangnya? Shani Ross dari International Institute for Counter-Terrorism (ICT), di Herzliya, Israel.

Apakah mereka menganggap Malaysia
sebuah negara pengganas Islam, yang patut dihapuskan dengan senjata
utama mereka: Anwar Ibrahim dan keldai tunggangannya, PAS?
cPanel X

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: