Isu Rasuah – Kerja Anwar rupanya!!

Tuduhan wujudnya unsur rasuah dalam pemberian kontrak kapal peronda
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada PSC Naval Dockyard oleh Ahli
Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr, Wan Azizah Wan Ismail
mengundang padah apabila Dewan Rakyat diberitahu Menteri Kewangan yang
meluluskan penswastaan projek berkenaan kepada syarikat itu ialah Datuk
Seri Anwar Ibrahim.

“Setahu saya Menteri Kewangan pada masa itu ialah penasihat Parti
Keadilan Rakyat. Saya tidak mahu menyalahkannya, tetapi mungkin ada
sesuatu yang luar dari jangkaannya. Maknanya janganlah salah semua
orang. Kita juga sedikit sebanyak ada kelemahan juga,” kata Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan titah Yang
di-Pertuan Agong hari Rabu bagi pihak Kementerian Pertahanan berhubung
dengan dakwaan wujudnya amalan rasuah dalam kontrak perolehan 27 buah
kapal peronda TLDM oleh Dr. Wan Azizah.

Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Najib, kontrak perolehan
27 buah kapal itu diberikan kepada PSC Naval Dockyard pada 11 Disember
1995 untuk tempoh 15 tahun.

Menurut perjanjian, syarikat berkenaan diberi kontrak
penyelenggaraan kapal dan perkakasan TLDM di samping mereka bentuk dan
membina 27 buah kapal ronda generasi baru.

Di bawah kontrak awal, kerajaan membuat tempahan enam buah kapal
pronda dengan nilai kontrak sebanyak RM5.35 bilion tetapi kontrak
dengan PSC dibatalkan pada tahun 2006 apabila gagal memenuhi syarat
kontrak dan hanya dua buah kapal sahaja yang hampir disiapkan pada
tahun 2006.

Kesannya bagi memastikan enam buah kapal tersebut dapat diteruskan
pembinaannya, kerajaan telah melantik Lembaga tabung Angkatan Tentera
(LTAT) mengambil alih syarikat PSC dan nilai kontrak terpaksa dinaikkan
kepada RM6.75 bilion ekoran peningkatan kos.

Pada tahap ini, Dr. Wan Azizah bangun bertanya apakah kriteria
untuk memilih syarikat yang hendak diberikan kontrak itu pada awalnya.

Bingkas bangun sebelum Najib menjawab Ahli Palrimen Pontian, Ahmad
Maslan yang menyatakan soalan Dr. Wan Azizah tidak ada kaitan.

“Tadi yang Amat Berhormat menyatakan bahawa penswastaan PSC Naval
Dockyard diluluskan pada 11 Disember 1995. Kita tahu bahawa tidak ada
satu penswastaan pun di Malaysia ini tanpa kelulusan daripada
Perbendaharaan dan Kementerian Kewangan, Saya ingin tanya soalan pendek
sahaja, siapakah Menteri Kewangan pada ketika itu,” tanyanya.

Ekoran soalan itu beberapa Ahli Parlimen BN kedengaran berkata “jawab…jawab”.

Maka, Najib menjawab “Setahu saya Menteri Kewangan pada ketika itu ialah penasihat Parti Keadilan Rakyat”.

Dalam penggulunggannya juga Najib menjelaskan semua tuduhan yang
dikaitkan dengan amalam rasuah dalam pembelian kapal selam oleh TLDM
dan jet pejuang Sukhoi oleh TUDM.

Najib juga pada kesempatan itu turut menyentuh mengenai cubaan
mengaitkan dirinya dengan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya
Shariibu.

“Alhamdulillah saya masih dapat bertahan dengan segala tohmahan dan
fitnah yang cuba dilemparkan, dengan niat untuk mencemarkan nama saya.

“Sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab dan demi
menegakkan keadilan dan kebenaran, maka saya ingin sekali lagi
menegaskan bahawa saya tidak pernah mengenali apatah lagi berjumpa
dengan wanita yang dimaksudkan dalam kes ini,” tegasnya. – 14/5/2008

Sumber: Agendadaily

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_e7a3ab1e-3132372e-1e2e8cc0-2d3b4583

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: