PKR akan hasut PAS buang Negara Islam : Karpal

Sumber:http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=22227

PKR talking to PAS on dropping stance: Karpal

Kong See Hoh

PETALING JAYA (May 11, 2008):
DAP chairman Karpal Singh has disclosed that Parti Keadilan Rakyat PKR) de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim is trying to talk PAS into giving up its Islamic state ideology.
He said the Islamic state ideology as espoused by PAS is a big obstacle to cooperation among the Pakatan Rakyat (PR) component parties. He did not discount the possibility that the Islamic state issue may prompt DAP to again leave the opposition alliance.

Karpal, who is the Bukit Gelugor MP, told Nanyang Siang Pau in an interview the Federal Constitution clearly says
Malaysia is a secular state.

Pengerusi DAP, Karpal Singh mendedahkan bahawa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim akan menghasut PAS supaya membuang terus konsep Negara Islam dalam sebagai asas perjuangan mereka. Jika benar Anwar akan melakukan perkara sedemikian, maka tidak jatuhkah hukum kafir ke atas Anwar seperti yang pernah dilakukan oleh mana-mana orang Islam yang cuba menolak konsep negara Islam ala PAS?

Begitulah lantangnya seorang Tuan Guru baru PAS yang bersuara mendakwa bahawa Perlembagaan Negara menyatakan Malaysia adalah Negara Sekular.

He said PAS has stated that “should the party come to power (at the federal level), it would declare Malaysia an Islamic state”.

“Based on this point, PAS accepts the fact that Malaysia, at present, is not an Islamic state,” he said.

“PAS needs to obtain two-thirds majority in the parliament as well as amend the constitution in order to fulfill its
Islamic state ideology.”

Rakyat Melayu Islam Malaysia sememangnya tahu bahawa PAS tidak pernah menerima konsep Negara Islam yang dilaungkan oleh pemimpin UMNO. PAS masih menganggap Malaysia adalah negara sekular meskipun banyak gerakan dan pembaharuan Islam yang telah dijalankan di Malaysia sejak merdeka.

Nampaknya Karpal juga telah memperli PAS apabila mengatakan PAS perlu sendirian menang 2/3 kerusi Parlimen untuk membentuk Negara Islam. DAP sememangnya sanggup tinggalkan Pakatan Rakyat jika PAS nakkan Negara Islam kerana bagi DAP ialah menghapuskan 3 perkara yang diperjuangkan oleh UMNO iaitu:

1. Hak Keistimewaan Melayu

2. Ketuanan Melayu

3. Negara Islam (mungkin tidak sama seperti PAS tetapi tetap ada)

Tetapi, saya ingin melihat adakah PAS masih tidak sanggup meninggalkan Pakatan Rakyat setelah dihemtam dan diherdik berkali-kali oleh DAP Karpal Singh mengenai konsep Negara Islam ini. Jika PAS sanggup terus bersekongkol dengan DAP, maka segala-gala yang boleh kita banggakan mengenai Malaysia akan tergadai begitu sahaja. Malah, DAP akan terus bebas menjalankan agenda jahat dan keji mereka untuk memundurkan umat Islam Melayu serta menindas agama Islam.

Jika kafir harbi yang dipelukcium oleh PAS ini tidak dapat menerima negara Islam yang dikonsepkan oleh UMNO yang lebih fleksible, bagaimanakah mereka dapat menerima konsep negara Islam PAS yang lebih ketat?

Karpal Singh said PR is a good front with potential to obtain even better results in the next general election.

As such, PAS should stop making remarks on Islamic state.

He also said PAS cannot regard itself as the backbone
of PR as it has only 23 parliamentary seats, whereas PKR and DAP have
31 and 28, respectively.

Wahai pemimpin dan pengikut serta penyokong PAS, sampai bila baru anda hendak sedar bahawa DAP harbi itu hanya memperkudakan kamu. Adakah kamu hendak tunggu sehingga segala-galanya tergadai kepada kafir harbi ini baru kamu hendak sedar?

Wahai bangsa Melayu Islam, bangkit dan sedarlah bahawa gerakan melemahkan Islam dan bangsa Melayu sedang giat dijalankan oleh DAP kafir harbi ini. Bangkitlah bangsaku demi AGAMA ISLAM.

“PR is at its infancy stage and there is
lot more work to do, such as fighting for the abolition of the Internal
Security Act and other draconian laws,” he said.

“As such, PAS should put more efforts in these areas
and be mindful of their remarks to avoid giving the public the
impression that PR is in a mess.”

Karpal Singh also said DAP does not accept the
party-hopping culture, adding that PR should not use party-hopping to
strengthen itself but wait for another four years to show its strength.

He said party-hopping is a betrayal of the voters’ trust and if PR accepts party-hoppers, one day it will also be betrayed.

Anwar has said PR will get enough MPs to cross over
from BN to form the next federal government by Sept 16 (Malaysia Day)
or earlier.

Karpal Singh said he personally does not agree with
any move by PR to form the federal government with the help of
party-hoppers.

“A political party must have integrity, otherwise it will lose the people’s trust,” he said.

Advertisements

One Response

  1. Masih Sayangkah Pas Pada Pakatan Rakyat!

    Untuk mendapatkan kuasa, Pas sanggup menggugurkan penubuhan negara Islam Pas. Pas sanggup berkompromi ataupun bekerjasama dengan DAP dan PKR dengan memperjudikan prinsip perjuangan, semata-mata untuk dapat merasai kerusi empuk Yang Berhormat ataupun Menteri Besar. Merasa tidak bersalah mengata UMNO dan orang-orang UMNO kafir kerana bekerjasama dengan parti komponen terbesar BN iaitu MCA dan MIC, tetapi pada masa yang sama apabila mereka bekerjasama dengan DAP dan PKR semuanya menjadi “ halal “. Dengan kata lain menghalalkan apa yang mereka haramkan sebelum ini. Bagi Pas, UMNO itu terlalu keji manakala DAP dan PKR adalah terlalu baik bagi mereka.

    Sudah siang lagi bersuluh. Itulah rasa-rasanya kata-kata perumpamaan yang tepat digunakan untuk Pas ketika ini. Adakah Pas sedar akan kehadiran mereka untuk menceriakan Pakatan Rakyat sebenarnya telah menimbulkan kesangsian dikalangan ahli penyokong Pas itu sendiri. Siapakah yang membenarkan penggabungan itu sehingga menyebabkan Pas kini hilang cengkamam dalam usaha menubuhkan Negara Islam Pas. Adakah arahan dari Presiden Pas, Ustaz Abdul Hadi ataupun Tuan Guru Nik Aziz? Bukankah ketaatan kepada pemimpin khususnya kepada Sultan merupakan salah satu ajaran Islam?

    Adakah Pas sedar yang Karpal Singh telah berjaya menguji kekuatan dan ketaatan Pas kepada ajaran Islam. Adakah Pas sedar ini adalah perancangan yang licik oleh Karpal Singh dan rakan-rakan dalam DAP untuk menguji kesetiaan orang melayu kepada Sulatan dan Raja-raja mereka. Pada pemikiran Karpal Singh, Pas hanya mementingkan kuasa pemerintahan berbandingkan agamanya dan Pas boleh pada bila-bila masa saja dijadikan budak suruhan dalam menjayakan agenda DAP. Apabila ditegur, Pas akan cepat melenting sambil mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa akhbar atau media massa yang lain cuba memperbesarkan isu Karpal Singh ini. Pas akan cuba sedaya upaya untuk menangkis segala dakwaan dan kenyataan dari pihak media seolah-olah cuba menegakkan benang yang basah. Contoh yang mudah kita boleh lihat dengan apa yang sudah terjadi di negeri Perak sekarang.
    Walau apapun berlaku, Pas akan tetap mempertahankan Karpal Singh dan DAP kerana bagi mereka DAP adalah “ abang besar “. Kalau hitam kata DAP, maka hitamlah. Kalau putih, maka putihlah. Memanglah benar PAS hanya berkuasa di Kelantan dan Kedah, manakala di tiga negeri lain Pas hanya diibaratkan sebagai “ Pak Turut “, menyokong setiap ketetapan dan keputusan yang dibuat oleh DAP. PKR pula hanyalah penumpang dalam kesemua negeri Pakatan Rakyat. Secara tak langsung DAP telah menjadi kuasa penentu yang berkuasa kepada PKR dan PAS.
    Takutkah PAS kepada DAP sehingga sanggup diperbudak-budakkan, diperkotak katikkan supaya terus kekal di dalam Pakatan Rakyat. Sayang sangatkah Pas pada DAP. Adakah Pas lebih takut dan sayangkan DAP daripada Allah S.W.T. Dimanakah sinar penubuhan negara Islam Pas yang dilaung-laungkan selama ini. Adakah ulama-ulama Pas lemah dan terkulai layu selepas di pergunakan oleh DAP tanpa mampu bangkit menentang. Berkuasa betul DAP sehingga dapat mengunci mulut pemimpin-pemimpin Pas daripada menegur atau berkata sesuatu. Mereka lebih rela mencari kesalahan dalam apa jua yang dilakukan oleh UMNO kerana bagi mereka UMNO adalah sangat keji walaupun mereka tahu ahli-ahli UMNO adalah beragama Islam. Inilah jadinya apabila memperalatkan agama untuk kepentingan politik.
    Betapa ramai cendiakawan dalam PAS tetapi tak mampu memikirkan kesan kepada PAS. Islam bukan lagi menjadi agenda perjuangan PAS tatkala ini. Mereka hanya mahukan kerusi. Kalau dah gila kuasa beginilah jadinya.

    Dan menjadi bertambah parah apabila Penasihat PKR, Anwar Ibrahim pula mengatakan beliau menolak penubuhan negara Islam. Beliau mengumumkan bahawa beliau memilih jalan moderate dimana Pas sebelum ini mengatakan moderate itu adalah sekular iaitu tolak Islam dan tolak ketuanan Melayu ke ketuanan Rakyat. Sanggupkah Pas bekerjasama dengan PKR untuk menubuhkan Negara Islam bilamana Penasihat PKR, Anwar Ibrahim secara terang-terang menolak penubuhan sebuah Negara Islam di Malaysia. Sanggupkah Pas bekerjasama dengan kumpulan yang anti-Islam iaitu IFC yang mana rata-rata ahlinya adalah dari PKR. Sebab itulah Anwar Ibrahim sanggup mengenepikan cita-cita Pas untuk menubuhkan negara Islam Pas. Bagaimana pula dengan alim ulama dalam PKR. Masih sanggupkah bersama PKR untuk menperjuangkan Islam bilamana ketua anda sendiri yang tolak Islam.

    Dalam apa jua hal pun, UMNO konsisten dalam memperjuangkan syiar Islam dibumi Malaysia. Cuma Pas dan PKR sahaja yang tidak tahu menilai dan menghargainya. DAP melalui Lim Kit Siang dan Karpal Singh sejak penubuhannya telah lama menolak Negara Islam. Manakala Anwar selepas bebas untuk membolehkan beliau berpolitik, menukar haluan PKR untuk menolak penubuhan Negara Islam. Jadi dimanakah hala tuju Pas yang sebenarnya? Adakah Pas mahu atau masih setia dengan Pakatan Rakyat? Masih adakah “ esok masih ada “ buat Pas dengan negara Islamnya. Apa gunanya Pas bekerjasama dengan Pakatan Rakyat kalau semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Dimana letaknya darjat Islam itu sendiri apabila untuk mendapatkan kuasa adalah lebih penting dari mempertahankan penubuhan Negara Islam Pas. Nasihat buat Pas, kembalilah kepangkal jalan. Sama-samalah kita renung dan fikirkan.

    Taminsari

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: