MB Khalil lantik DAP kafir harbi dengan rekod penjenayah sebagai Ahli Majlis


Dua orang yang bakal dilantik oleh kerajaan PakatanRakyat sebagai ahli
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada Sabtuini dikatakan mempunyai
rekod jenayah, manakala seorang lagi berasaldari luar kawasan itu.

Pelantikan ketiga-tiga individu itu dikatakan disokong Ahli
ParlimenAmpang yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR),
ZuraidaKamaruddin.


Pendedahan itu dibuat seorang penduduk Ampang Jaya dalam surat
yangdialamatkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,
dansalinannya diedarkan kepada pemimpin PKR serta media, semalam.

Abdul Khalid yang ditanya mengenai perkara itu
selepasmempengerusikan mesyuarat Exco negeri di sini bagaimanapun
berkata,pelantikan ahli majlis itu akan tetap diteruskan dan aduan
berkenaanakan diselesaikan kemudian.

“Proses penyemakan akan dibuat dalam tempoh enam bulan
selepasmereka menjadi Ahli Majlis di MPAJ. Aduan ini tidak akan
menghalangkerajaan negeri daripada meneruskan pelantikan Ahli Majlis di
MPAJ.


“Kami akan melantik mereka terlebihdulu sebelum menjalankan proses
terbabit dan jika kami mempunyai alasanserta bukti kukuh yang mereka
ada rekod jenayah, kami akan membatalkanpelantikan mereka,” katanya.

Dalam surat yang menamakan penulisnya sebagai ‘Penduduk Ampang
YangHampa’ itu, pengadu mendakwa dua daripada lelaki yang bakal
dilantikitu mempunyai rekod jenayah dan pernah terbabit dalam
pertubuhan kongsigelap.

Sumber polis yang dihubungi mengesahkan seorang daripada
individuitu mempunyai rekod jenayah termasuk terbabit dalam kes
samunberdasarkan semakan kad pengenalannya, manakala rekod seorang
lagitidak dapat disemak kerana nombor kad pengenalannya tidak
diperolehi.


Penulis surat itu mendakwa individu pertama juga pernah
dibuangdaerah pada 2003, sementara seorang lagi yang juga ahli
perniagaanturut memiliki rekod jenayah tetapi dilantik sebagai Ahli
Majlisberdasarkan kedudukannya dalam sebuah pertubuhan bukan kerajaan
(NGO).


“Dia juga adalah kenalan rapatkepada seorang ketua bahagian parti
yang menyertai Pakatan Rakyat.Individu ketiga pula berasal dari Puchong
dan aktivis sebuah NGO yangtidak dikenali penduduk Ampang,” katanya.

Penulis surat itu mendesak Menteri Besar mengkaji semula
pelantikanmereka kerana yakin penduduk Ampang akan hilang kepercayaan
terhadappimpinan Pakatan Rakyat jika ketiga-tiga individu terbabit
dilantik.


Abdul Khalid ketika menjawab soalan pemberita berkata, 288
ahlimajlis pihak berkuasa tempatan yang dilantik kerajaan negeri
akanmenerima watikah pelantikan daripadanya pada satu majlis khas di
sinipada 5 Julai ini.


Jumaat lalu, Penyelaras NGO India Kuala Selangor, A
Gunanathan,turut menghantar memorandum bantahan kepada Abdul Khalid
keranamelantik lima individu yang didakwa tidak layak sebagai Ahli
MajlisMajlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Gunanathan mendakwa, daripada lima Ahli Majlis MDKS itu,
seorangtidak mempunyai kelulusan mencukupi untuk menjawat Ahli Majlis
manakalaempat lagi didakwa bukan penduduk tempatan tetapi dilantik
bagimemenuhi kapasiti parti politi

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: