HarakahDaily Menipu Pembaca Mereka, Karpal Singh Capai Objektif

Selepas menunggu lebih seminggu reaksi pemimpin tertinggi PAS mengenai desakan Karpal Singh supaya PAS membuang terus konsep Negara Islam daripada perjuangan parti mereka, saya betul-betul kecewa.

Berita yang mendapat tempat di banyak media alternative dan disiarkan pertama kali oleh MalaysiaKini dan diulas oleh saya di bawah tajuk DAP Desak PAS gugur Negara Islam tidak mendapat tempat langsung di dalam HarakahDaily edisi Internet. Sehari selepas itu, Wan Azizah pula membuat kenyataan yang dipetik oleh MalaysiaToday mengatakan tidak masuk akal untuk PAS menubuhkan Negara Islam di Malaysia turut diulas oleh saya di bawah tajuk “Tidak Masuk Akal Tubuh Negara Islam“. Malah, isu Karpal Singh menolak Negara Islam menjadi isu polis apabila PAS Johor menghalalkan darahnya.

Saya melayari laman web HarakahDaily setiap hari mengenai isu penting dan sentiasa menjadi intipati perjuangan PAS selama ini. Namun, saya hampa kerana ketiga-tiga berita tersebut tidak mendapat tempat langsung dalam HarakahDaily.

Sungguh mengecewakan bagi sebuah akhbar yang kononnya memperjuangkan keadilan, telus dan bebas telah menipu pembaca setia mereka. Malah, isi kandungan HarakahDaily lebih banyak berkisar kepada isu-isu pengelutan dalam BN dan UMNO.

HarakahDaily sepatutnya lebih mementingkan isu-isu besar seperti penolakan pemimpin Pakatan Rakyat kepada penubuhan Negara Islam. Nampak sangat bahawa HarakahDaily cuba menipu dan memperbodohkan pembaca setia mereka yang hanya taksub dengan berita yang disiarkan oleh akhbar itu.

Bagi saya, ketiadaan sebarang reaksi pemimpin PAS mengenai penolakan Negara Islam oleh pemimpin PR yang lain membuktikan bahawa mereka telah menguburkan konsep Negara Islam daripada terus menjadi perjuangan mereka.

Melihat pemimpin PAS kelu untuk menyuarakan pendapat mereka dalam isu ini, Karpal Singh melihat peluang ahli PAS Johor menghalalkan darahnya dibunuh boleh digunakan untuk mengukuhkan kedudukannya. Dia membuat laporan polis mengenai perkara tersebut dan menyebabkan pemimpin PAS Johor menjadi kecut perut dan meminta maaf mengenai perkara tersebut. PAS Johor menjadi begitu penakut sehingga terlupa isu utama ialah penolakan DAP terhadap Negara Islam dan bukannya isu darah Karpal halal dibunuh.

Selepas itu, Karpal juga berjaya memperkuatkan kedudukannya dalam isu penolakan tersebut dan memberi amaran supaya pemimpin PAS tidak lagi menimbulkan isu Negara Islam di masa depan.

Sehingga hari ini, semua pemimpin PAS mendiamkan diri dan tidak seorang pun berani bersuara menentang “FATWA” yang telah dikeluarkan oleh Tuan Guru Karpal Singh mengenai Negara Islam.

Hebat sungguh DAP dan PKR, mereka telah berjaya mensekularkan pemimpin PAS dalam masa tidak sampai 2 bulan bersama. Jadi, kita bolehlah melupakan niat PAS untuk memtarbiah pemimpin-pemimpin kafir harbi di dalam PR. Hakikatnya, PAS telah berjaya ditarbiah oleh DAP supaya menjadi sekular, menerima arak, judi, babi, pub dan segala macam kemaksiatan.Ini sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh UMNO untuk memujuk PAS memahami konsep masyarakat majmuk sebelum ini.

Advertisements

12 Responses

  1. […] menyebabkan PAS menyembah kepadanya dalam isu negara Islam seperti yang diulas oleh saya di tajuk HarakahDaily Menipu Pembaca, Karpal capai matlamat.Sememangnya Karpal Singh ini adalah seorang politikus yang jahat dan licik serta pandai mengambil […]

  2. betul..pas cakap tak serupa bikin.menipu rakyat..lagi teruk dari munafik.
    suruh org boikott utusan malaysia padahal harakah , suara keadilan lagi dahsyat sampai tahap memfitnah dan menghasut sesama islam agar membenci umno yg sama seislam dgn mereka..buka mata buka lah minda

  3. Marilah kita sama2 berdoa dan mengambil langkah menyedarkan pemimpin PAS.. Ya ALLAH SELAMATKANLAH PEMIMPIN2 PAS DENGAN MENYEDARKKAN MEREKA TENTANG KEKHILAFAN MEREKA , KESILAPN MEREKA MEMBUAT PAKATAN DGN KAFIR HARBI DAN TOHMAHAN MEREKA TERHADAP UMNO: AMIN… YA RABBAL ALLAMIN…

  4. PAS kena balik ke pangkal jalan kepada tujuan asal penubuhannya di Malaysia. Kenapa PAS boleh bersetongkol dengan DAP tapi tidak dengan UMNO. Orang kampung dah tawar hati dengan PAS…

    PAS harus cepat bertindak keluar dari PR sebelum anda di hambat keluar …

    PAS kena ingat pepatah melayu mengatakan ” Habis Madu, Sepah Di Buang ” .

  5. Sesamalah kita berdoa dan solat hajat agar kebenaran itu terzahir dan ummah diberikan pertolongan menghadapi perbuatan-perbuatan kuffar harbi. Bersatulah ummat Melayu demi kepentingan Islam.

  6. Umno oh Umno. Bila PAS nak buat hukum hudud di Terengganu dulu, Umno tolak dan sabotaj. Bila PAS cuba lebih menumpukan kepada isu-isu seperti rasuah dan penyelewengan BN berbanding isu hudud, Umno cakap PAS lari daripada perjuangan. Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Sedangkan Umno dua-dua tak buat – menegakkan hukum hudud tidak mahu, menentang rasuah dan penyelewengan pun tidak mahu.

  7. AKU TAK PEDULI..SAMADA KAU UMNO KE ATAU PAS KE..ITU KAU PUNYA PASAL. TAPI AKU HERAN BIN AJAIB..50 TAHUN DAH MERDEKA..MELAYU HANYA MAHIR BUAT KERIS AJE. YG PAS ASYIK TENGUK BULAN..HARAP BULAN JATUH KERIBA. KESIAN TENGUK ORANG MELAYU..SUKA CACI MENCACI SAMA SENDIRI. SEDARLAH..ORANG KAFIR DAH BUAT SENJATA CANGGIH!!! KITA APALAGI TUNGGU?????

  8. umno ibarat pokok getah yang sudah tua. pokok ini perlu ditebang. biar tunas umno baru yang tumbuh dari baka yang asli, bukan dari baka kacukan ‘bidan terjun,. jika saudara sayang pada umno, renonglah maksud yang tersirat. umno kena cari hang tuah baru, sebab yang ada dalam umno sekarang adalah lanun dan keturunan lanun yang hanya pandai merompak tidak tahu mentadbir masyarakat. MAAF JIKA BAHASA PAKCIK INI KASAR.

  9. Pak Cik Mail… kadang2 bahasa kasar ni perlu jgk supaya org yg tgh tido mudah sedar.. Ambo sokong Pak Cik, tunas baru perlu dijaga dan diberikan peluang agar dpt tumbuh subur.. dahan2 yg mana jadi tempat bertengek pokok dedalu tu kena dicantas, tutuh tohok kata orang kelantan, buat apa nak disimpan dahan yg jadi dah jadi tempat pendatang perosak menydut kekayaan hasil kerja akar umbi? bukankah elok kita buang dan jadikan kayu api ajer…ada jugak pekdahnya.. kalau semua dahan dah ada dedalu cantas semua dahan.. biar tinggal tunggul pun takpe… kalau dibiarkan tak lama lagi mati kering la pokok tu… masalahnya berapa ramai org yg ada ni berani nak pg cantas? kalau tuan yg menjaga pokok pun suka sgt dok bela dedalu..

  10. Anti DAP Kafir Harbi tak guna sebab tidak adil…yg penting pembela islam!!!! hangpa tak takut dengan azab tuhan kalu menuduh orang tanpa 4 orang saksi?…. jawabla kalu berani kalu nak dilaknat oleh semua mahkluk tuhan.

  11. Kepada Linguist, hudud itu Islam tapi adakah Islam itu hudud? Islam lebih dari itu. Bukan tauhid, akidah lebih penting?

  12. kita kena paham situasi kalau hudud dibenarkan cm mana plak ngan agama lain ..jgn saling menyalahkan… klau krajaan benarkan dikatakan kuku besi mcm taliban dan arwah sadam…so cm mana????

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: