DAP desak PAS gugur negara Islam

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/81785

Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini mendesak PAS supaya menggugurkan agenda parti itu untuk menubuhkan negara Islam.

Ulasan:
Saya tertunggu-tunggu apa reaksi pemimpin-pemimpin tertinggi PAS dalam kes ini. Adakah mereka akan terus mengikut “FATWA” Karpal Singh ini untuk membuang terus agenda yang menjadi intipati perjuangan PAS sejak penubuhannya. Jika ia digugurkan, adakah PAS akan menjadi sebuah parti yang masih relevan kepada umat Islam di Malaysia?

Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata, janggal bagi PAS untuk meneruskan agenda negara Islamnya dan pada masa yang bekerjasama dengan dua parti lain dalam Pakatan Rakyat – PKR dan DAP.

“Walaupun PAS memberi tumpuan kepada agenda Pakatan Rakyat untuk mewujudkan sebuah negara kebajikan dan memulihkan demokrasi dan urus tadbir yang baik, tetapi ia tetap dengan agendanya untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

Kenyataan yang dibuat oleh ahli parlimen PAS bagi Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad, pastinya tidak membantu menjayakan perjuangan Pakatan rakyat,” kata Karpal dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar yang memetik Dr Dzulkifly sebagai berkata parti itu tetap dengan agendanya untuk menubuhkan kerajaan Islam di Malaysia.

Menurut Dr Dzulkifly lagi, partinya tidak membangkitkan isu negara Islam kerana ia bukan sebahagian daripada agenda Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, pihaknya akan memberi lebih banyak masa kepada pengundi untuk memahami parti tersebut.

Menurut Karpal lagi, kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin PAS tidak membantu menjayakan kepentingan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, PAS tidak boleh melakukan dua perkara dalam satu masa.

Saya ingin menasihatkan PAS bahawa parti itu mungkin perlu mendapatkan pandangan Tun Salleh Abas yang penah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dan exco kerajaan nengeri Terengganu, mengenai isu negara Islam,” tambahnya.

Menurut Karpal lagi, pada 1988, Tun Salleh bersama panel lima orang hakim Mahkamah Agung, dalam satu penghakiman, telah mengisytiharkan bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam, tetapi negara sekular yang mengamalkan undang-undang sekular.

Ulasan:
Sekarang ini anda tahu kenapa DAP begitu memperjuangkan Tun Salleh Abas selama ini. Ianya adalah bagi menegaskan bahawa hakim tersebut sendiri pernah membuat penghakiman bahawa Malaysia bukan negara Islam. Sememangnya dasar DAP kafir harbi setiap apa yang mereka perjuangkan pasti demi kepentingan sempit politik mereka. Jadi, jika penghakiman Tun Salleh Abas diambil kira sebagai rujukan undang-undang di masa hadapan, maka jangan mimpilah PAS dapat menubuh negara Islam di Malaysia walau seratus tahun lagii.

“Juga tidak boleh dilupakan kenyataan Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Hussein Onn bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular,” kata Karpal, sambil menambah bahawa Perlembagaan Persekutuan sendiri mengandungi negara sekular sebagai salah satu struktur asasnya.

‘Sehubungan itu, katanya, PAS perlu memberi jaminan bahawa pemimpinnya, termasuk menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan menguar-uarkan lagi hasratnya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

Menurut peguam terkenal itu lagi, tidak memberi sebarang makna bagi PAS secara terbuka mengisytiharkan bahawa ia menjadi tulang belakang Pakatan Rakyat dengan matlamat menubuhkan negara Islam.

“PAS sendiri tidak mampu memperolehi majoriti dua pertiga untuk meminta Perlembagaan Persekutuan untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

Ulasan:
Kenyataan yang akan menikam kalbu seluruh pemimpin PAS yang selama ini berharap dapat menubuh negara Islam telah disindir dan dipersendakan oleh sahabat karib serta saudara mereka sendiri.

“PAS mesti bersikap praktikal dan berkerjasama ke arah memastikan Pakatan Rakyat menang lebih besar dalam pilihanraya umum akan datang,” kata Karpal, sambil menambah parti Islam itu tidak seharusnya melakukan sesuatu yang prejudis kepada gabungan pembangkang serta boleh menjejaskan usaha memperkukuhkan Pakatan.

Untuk itu, katanya, cara terbaik ialah pemimpin PAS berhenti membuat kenyataan terbuka tentang perkara tersebut.


Advertisements

One Response

  1. […] alternative dan disiarkan pertama kali oleh MalaysiaKini dan diulas oleh saya di bawah tajuk DAP Desak PAS gugur Negara Islam tidak mendapat tempat langsung di dalam HarakahDaily edisi Internet. Sehari selepas itu, Wan Azizah […]

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: