Dalil tentang haramnya babi di sisi Islam

Sumber: http://www.mykhilafah.com/modules.php?name=News&file=article&sid=409

Tidak syak lagi bahawa kerajaan negeri Selangor akan meneruskan projek penternakan babi yang telah dipersetujui oleh kerajaan BN sebelumnya. Mengapa tidak diberhentikan sahaja projek tersebut? Bukankah mereka berkuasa penuh bagi segala hal-ehwal di dalam negeri?.

Mengapa wakil PAS di dalam barisan exco kerajaan negeri tidak membantah keputusan kerajaan negeri Selangor itu? Padahal ia dengan jelas bertentangan dengan syiar Islam yang PAS perjuangkan selama ini.

Walaupun kerajaan negeri akan menerapkan teknologi canggih di dalam memastikan ladang penternakan itu tidak mencemarkan alam sekitar dan untuk mengatasi masalah penternakan babi haram, babi tetap haram diternak secara terbuka.

Keharaman ke atas babi bagi umat Islam telah pun dinyatakan dengan jelas di dalam Al Quran. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Hai
orang-orang yang beriman, makanlah yang baik-baik dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kalian dan hendaklah kalian bersyukur kepadaNya, jika benar-benar kalian bersembah sujud kepadaNya. Allah mengharamkan kalian dari memakan bangkai, darah, daging babi, dan daging ternak yang tidak disembelih atas nama Allah. Namun barang siapa yang berada di dalam keadaan terpaksa (memakannya) bukan atas kemahuannya sendiri, dan tidak ia melampaui batas, maka ia tidak berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”

[TMQ Al-Baqarah:172-173]

Advertisements
%d bloggers like this: