Lee Chong Meng – Tang See Hang : Isu Kelulusan Projek Khinzir

Ketua Biro Pertanian Tradisi MCA Datuk Dr Lee Chong Meng mempunyai minit mesyuarat kelulusan mengenai projek khinzir di Selangor? Beliau juga mendakwa tahu keseluruhan projek khinzir tersebut dan mendakwa ADUN Tanjong Sepat, datuk Dr. Karim bin Mansor terbabit membawa syarikat bumiputera ke dalam usahasama projek ini.

Beliau bukan EXCO Kerajaan Negeri Selangor. Beliau juga bukan ahli Majlis Tindakan Ekonomi Selangor. Jadi benarkah kenyataan beliau atau sekadar mahu mencari populariti di kalangan orang Cina?

Kita lihat pula kenyataan EXCO Selangor lepas yang bertanggungjawab mengenai isu khinzir kepada media beberapa hari lalu.

Hanya sistem diluluskan – Bekas Exco Selangor

SHAH ALAM 10 April – Kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo sebelum ini hanya meluluskan penggunaan sistem bioteknologi oleh syarikat dari Jerman untuk dilaksanakan dalam projek ternakan khinzir moden di Sepang.

Bekas Exco Kerajaan Negeri yang dipertanggungjawab melaksanakan projek tersebut, Datuk Tang See Hang berkata, kajian-kajian teknikal seperti Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), persetujuan penduduk dan sokongan pihak berkuasa tempatan (PBT) belum pernah dibuat.

Kenyataan beliau ternyata bercanggah dengan dakwaan Menteri Besar Selangor yang baru, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa keseluruhan projek berkenaan diluluskan pada 30 Januari lalu oleh kerajaan sebelum ini.

“Kita hanya setuju projek ini diteruskan menggunakan sistem bioteknologi oleh syarikat dari Jerman setelah kajian mengenainya didapati sesuai.

“Kajian teknikal masih belum dibuat tetapi penduduk sudah diberitahu mengenainya,” kata See Hang ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Abdul Khalid mendakwa keputusan untuk meneruskan projek ternakan khinzir moden bernilai RM100 juta di Sepang dibuat berdasarkan hasil kajian terperinci yang dilakukan oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Selain itu jelasnya, perbincangan dengan penduduk setempat juga tidak perlu dilakukan kerana wakil penduduk sudah dimaklumkan secara menyeluruh mengenai projek berkenaan termasuk lawatan ke ladang ternakan khinzir moden di Eropah oleh kerajaan terdahulu.

Bagaimanapun, Mohamad Khir menafikan pernah mengeluarkan sebarang arahan mahupun memberikan kelulusan walaupun perbincangan mengenainya pernah dibuat dalam mesyuarat Exco pada 30 Januari lalu.

Sementara itu, bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Asli dan Pembangunan Usahawan Selangor, Datuk Raja Ideris Raja Ahmad berkata, kerajaan negeri tidak boleh meluluskan projek berkenaan selagi kajian terperinci di lokasi tersebut belum dibuat.

Beliau menambah, hasil kajian itu seterusnya akan dikemukakan dalam mesyuarat Exco yang kemudian menimbang sama ada untuk meluluskan, menangguhkan atau membatalkan projek berkenaan.

Jelasnya, hasil kajian yang sepatutnya dilakukan itu tidak pernah dikemukakan dalam mesyuarat mingguan Exco sepanjang beliau berkhidmat.

“Kalau kajian telah dibuat, sudah tentu ia dibawa ke mesyuarat Exco. Jika semua perkara dalam hasil kajian sudah diambil kira dan dipersetujui oleh semua ahli Exco, barulah keputusan muktamad boleh dibuat.

“Itu syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri terdahulu,” katanya ketika dihubungi.

Justeru kita tertanya-tanya siapa pula Dr. Lee Chong Meng yang bukan pun EXCO MCA membuat pelbagai dakwaan dan andaian? Mungkin beliau bercakap ini selepas mabuk.

Advertisements

2 Responses

  1. Ambil iktibar wabak JE

    AMAT menyedihkan seseorang yang telah berusia lebih empat puluh tahun dilahir dan dibesar di negara ini masih tidak tahu sensitiviti masyarakat Melayu dan Islam negara ini. Itulah Teresa Kok wakil rakyat DAP Selangor yang sangat berbangga dengan mengumumkan bahawa kerajaan campuran negeri Selangor meluluskan projek untuk mendirikan ladang penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang. Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Exco pada Rabu lalu.

    “Saya rasa amat berbangga dengan keputusan kerajaan negeri (di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim) meluluskan projek ini,” beliau dipetik sebagai berkata. Kata Teresa lagi: “Saya betul-betul tidak faham kenapa segelintir orang amat sensitif jika menyentuh perkara berkaitan babi atau daging babi.”
    Beliau kemudian memberikan contoh pernah melihat babi-babi berkeliaran di perkampungan orang Melayu di Tumpat, Kelantan (negeri di bawah pemerintahan Pas) sewaktu melawat negeri itu beberapa tahun lalu.

    Teresa jangan cepat lupa sejarah virus Nipah yang melanda Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan sembilan tahun yang lalu. Berapa ramai yang mati akibat virus maut yang berjangkit itu. Moden macam mana ladang ternakan babi itu kalau sudah menjadi wabak, tiada siapa yang boleh menahan.

    Berapa ramaikah tauke-tauke babi yang membunuh diri apabila wabak virus Nipah melanda? Berapa ratus ribu ekor babi-babi ternakan mereka terpaksa dimusnahkan. Berapa ramai tenaga pekerja Melayu (dari Jabatan Haiwan) yang telah digunakan untuk menghapuskan babi-babi ini.

    Cukuplah ia menjadi satu sejarah hitam negara. Jangan disebabkan perkara sensitif ini orang Melayu yang akan menjadi mangsa lagi. Cukuplah. Ambil iktibar daripada peristiwa ini supaya perkara yang sama tidak akan berulang lagi.

    Ingat Teresa, negara ini adalah negara Islam. Majoriti rakyat negara ini adalah beragama Islam. Hormatilah sensitiviti orang Melayu. Sudah terlampau banyak ladang ternakan babi di negara ini melebihi permintaan rakyat yang bukan beragama Islam. Janganlah hendak berbangga sangat untuk menjadikan Malaysia sebagai pengeksport daging babi terbesar di Asia Tenggara.

    Lihatlah Singapura. Siapa majoriti rakyat di sana? Saya ingin bertanya beliau, adakah ladang ternakan babi di sana? Tiada. Kenapa? Ini kerana mereka tahu babi tidak layak untuk diternak di sana. Yang busuk dan kotor itu cuma layak di negara ini. Itulah yang terjadi kepada negara kita sekarang.

    Menyerang

    Kepada Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim jadikan ‘virus Nipah’ sebagai pengajaran yang berguna sebelum projek ini diteruskan. Janganlah nanti apabila wabak ini berulang semula atau wabak-wabak lain yang dibawa oleh babi-babi ini menyerang negeri Selangor barulah menyesal kemudian hari. Inilah agenda DAP untuk menyakitkan hati orang Melayu. Tak tahulah pula kalau Khalid Ibrahim tidak rasa apa-apa. Janji pendapatan masuk untuk negeri Selangor.

    Belum habis dengan isu penghapusan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah melukakan perasaan orang Melayu yang beliau turut menyokongnya, ditambahkan lagi dengan kelulusan dari Kerajaan Negeri Selangor untuk ladang ternakan babi tersebut. Saya percaya ladang babi itu amat besar memandangkan kos pembinaannya berjumlah RM100 juta. Agak-agaknya beratus ribu babi yang dapat diternak.
    Kepada Exco Pas dalam Kerajaan Negeri Selangor termasuk Datuk Hassan Ali, lakukanlah sesuatu. Janganlah bersubahat. Anda semua telah menyokong meluluskan pembinaan ladang babi ini. Walau apa pun alasan diberi, sebagai pemimpin yang dikatakan memperjuangkan Islam anda semua sepatutnya menentang dan bukannya menyokong.

    Sudah terlalu banyak babi di Malaysia. Janganlah mahu menambahkannya lagi. Sepatutnya anda bertindak mengurangkan tetapi ini di sebaliknya. Sepatutnya kita belajar dari wabak Japanese Encephalitis (JE) di Bukit Pelanduk pada tahun 1999. Lebih 100 nyawa terkorban termasuk kanak-kanak.
    Kita masih ingat apabila Lim Kit Siang menyalahkan kerajaan atas apa yang berlaku berikutan serangan virus Nipah. Berikut adalah petikan kenyataan akhbar Pengerusi Kebangsaan DAP itu di Petaling Jaya pada 6 Jun 2000.

    ‘‘Kabinet harus meluluskan pakej kewangan bernilai RM1 bilion untuk mengubah kecuaian dan sikap tidak ambil peduli terhadap bencana virus Nipah yang disebabkan oleh kerajaan dalam industri penternakan babi.
    ‘‘Kejadian itu telah memusnahkan industri penternakan babi yang bernilai berbilion ringgit, dan lebih daripada 1 juta ekor babi telah dimusnahkan dan lebih daripada 100 nyawa telah terkorban.
    Jadi nasihat kepada Teresa Kok, belajarlah daripada peristiwa ini. Janganlah berbangga sangat atas kelulusan itu (mendirikan ladang ternakan babi). Nanti apabila sudah jadi barah, kerajaan pula yang menjadi mangsa dan dipersalahkan. Maka hentikanlah pembinaan ladang babi di Sepang itu.

    TAMINSARI

  2. isu babi memang sensitif bagi org melayu islam, bila bercakap pasal isu ini pasti orang2 politik tak kira dari mana akan mentntuh mengenai hak bukan Islam tapi terlupa hak orang islam. Oleh itu bagi penyelesaian isu berkaitan babi dan juga isu2 lain yang sewaktu denganya seperti azan subuh, judi arak dan sebagainya maka saya ingin mencadangkan suspay suatu usul diperlimen dibuat samada oleh Umno atau PAS ( seelokya oleh PAS bagimembuktikan bahawa mereka pejuang islam) supaya dibuat satu ketetapan atau apa2 peraturan bagi membezakan antara hak dan kewajiban serta tuntutan agama. Ini seleras dengan kebebasan beragama, supaya satu bentuk haraki dibuat dimana kewajipan dalam agama menduduki haraki teratas kemundian tututan agama di tempat kedua dan hak seharunya berada dibawah dua perkara diatas, kalau ini dapat dilakukan maka isu babi takkira penternakan atau penjualannya yang hanya merupakan hak non muslim tidak seharusnya mengatasi kewajiban menghidari bagi orang islam. Tidak mustahil akan ada pertindihan kewajipan dan tuntutan diantara agama seperti daging lembu yang dilarang hindu utk penganutnya manakala bagi islam merupakan tuntutan untuk korban nanti orang Hindraf akan menuntut perkara yang sama pada lembu oleh itu faktor lain sperti ketersedian dan analisis atau pandangan sains diambil kira. Saya percaya bahawa semua agama boleh menerima pandangan sains dan bagi orang islam pasti sains tak pernah bertembung dengan tuntutan islam (yg mungkin menjadi masalah adalah kurangnya sainstis islam.maka adalah menjadi satu cabaran bagi umat islam utk meramaikan org islam dalam bidang ini).
    Semoga cadangan ini dapat dibaca oleh mereka pembuat dasar dan ahli2 parlimen yang cerdik pandai dan seterusnya melakukan pembaikan kepada cadangan ini utk dilaksanakan secara praktikalnya. Cadangan saya ini cuma satu idea dari orang kampung yang bukan bijaksana, YB2 tentu ada idea utk memperbaiki dan memasukkan faktor2 lain yang perlu.
    wallahhualam

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: