Kesimpulan Projek Mega Babi di Selangor

1. Projek ladang babi mega telah diluluskan oleh kerajaan Selangor masakini pimpinan PAS/PKR/DAP. Ini telah diakui sendiri oleh Teresa Kok dengan bangga (“I felt so proud”) di dalam blognya.

2. Kejayaan besar meluluskan projek ladang ba.bi mega ini dikreditkan oleh Teresa Kok kepada exco negeri yang memegang portfolio pertanian, Yaakob Sapari daripada PKR. Syabas Yaakob kerana penat lelah anda untuk memajukan lagi industri babi ini akhirnya telah membuahkan hasil!

3. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) juga tidak mahu ketinggalan dan enggan membiarkan PKR/DAP berkongsi kredit pemajuan industri ba.bi sesama mereka sahaja. PAS telah menyumbangkan usaha yang tidak ternilai kepada industri babi dengan menggali dalil-dalil daripada kitab-kitab agama untuk membela nasib penternak-penternak babi yang ‘dizalimi’. Takbir!

4. Walaubagaimanapun, dalam usaha PAS untuk berkongsi kredit pemajuan industri babi, mereka telah secara tidak langsung menelanjangkan kemunafikan mereka. Jika dahulu merekalah penentang kuat, kini mereka adalah pencinta industri babi. Prinsip dan maruah mereka dibogelkan, hanya untuk berkongsi kredit dengan PKR/DAP.

5. Datuk Dr. Karim Mansor telah berkunjung ke Eropah untuk melihat contoh penternakan babi yang moden. Namun atas ketentuan Ilahi, beliau kini telah diselamatkan daripada bersusah payah untuk memajukan industri babi.

6. Tanggungjawab untuk melaksanakan projek ladang ternakan babi paling mega bernilai RM 485 juta dalam sejarah Malaysia ini diletakkan di atas bahu PKR, DAP, dan tidak lupa juga PAS. Cogankata ini sudah pasti mampu memotivasikan mereka dalam memajukan industri babi Selangor:

Parti Islam di negara lain jaga agama, Parti Islam di Malaysia jaga babi.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: