Dr. Karim Mansor Nafi Terbabit Dengan Sebarang Syarikat Khinzir

Dr. Karim Mansor Nafi Terbabit Dengan Sebarang Syarikat Khinzir

Posted on Tuesday, April 15 @ 01:19:48 MYT


Topic: KOMENTAR



ADUN Tanjong Sepat, Datuk Dr. Karim Mansor menafikan beliau terbabit
dengan sebarang syarikat yang membawa cadangan pemodenan penternakan khinzir di dalam DUN Tanjung Sepat kepada kerajaan negeri sejak dua
tahun lalu.


“Saya tidak tahu syarikat mana yang terbabit dengan usahasama
dengan syarikat dari Jerman yang diberi tanggungjawab untuk mencari
jalan mengadakan pemodenan ladang khinzir ini. Semasa BN dulu, ini
semua di bawah EXCO Datuk Tang See Hang. Saya tidak boleh masuk dalam
Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES) mahu pun Mesyuarat EXCO. Jadi
saya tidak faham bagaimana nama saya dikaitkan.”


Menurut Dr. Karim, beliau belum membaca keseluruhan terjemahan
wawancara Oriental Daily kerana berada di Mekah pada masa ini.
Bagaimanapun beliau akan mempertimbangkan tindakan undang-undang jika
benar terdapat unsur fitnah ke atas dirinya.


Bercakap kepada mykmu.net sebentar tadi, beliau turut mengandaikan
pembabitan syarikat bumiputera dengan pelabur Jerman dalam hal ini
mungkin kerana dasar kerajaan yang mensyaratkan pemilikan ekuiti
bumiputera dalam syarikat usahama luar.


“Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran dakwaan ini. Tapi saya
fikir ia berhubung kait dengan syarat pelaburan asing. Dan saya percaya
juga jika ada syarikat bumiputera ia pastinya di kalangan bumiputera
bukan Islam.”


Menurut Dr. Karim, orang yang paling sesuai menerangkan isu ini
ialah Datuk Tang See Hang kerana beliau merupakan EXCO yang menguruskan
semua cadangan yang dikemukakan untuk pemodenan penternakan khinzir di
Selangor.


“Memang saya dan pemimpin tempatan termasuk Ketua Kampung Ladang
Tumbuk di bawa melawat ladang penternakan khinzir di Jerman. Bukan itu
sahaja, kami juga pernah ke thailand untuk meninjau satu lagi kaedah
penternakan khinzir yang moden. Tujuannya ialah memudahkan penerangan
kepada orang ramai jika mana-mana kaedah diguna pakai oleh kerajaan
negeri bagi menyusun semula penternakan khinzir ini.


Dalam wawancara yang sama, Dr. Karim turut menyatakan bahawa beliau
memang menyokong pelaksanaan ladang khinzir moden bagi memenuhi
keperluan domsetik dengan syarat ladang-ladang khinzir sedia ada
ditutup terus.



“Sebab itu kita telah adakan kajian dan rundingan dengan penternakan khinzir sejak tiga tahun lalu.”


Menurut beliau, ini merupakan usahanya sejak mengambil alih
tanggungjawab sebagai ADUN Tanjong Sepat sejak 2004. Selain khuatir
masalah penyakit, penternakan khinzir di kawasan tersebut juga turut
mencemari sungai dan laut secara teruk. Selain itu, penduduk juga
terpaksa menghidu bau yang amat busuk pada waktu pagi dan petang.


Bagaimanapun, beliau dan penduduk membantah kerana pengumuman
kerajaan kerajaan negeri untuk terus melaksanakan projek tersebut
berdekatan kampung orang Melayu tanpa mengambil kira pandangan penduduk
terbabit dan kajian kesan alam sekitar terlebih dahulu.


Selain itu cara pengumuman oleh EXCO Kanan Selangor, YB Teressa Kok
juga amat mengguris hati penduduk yang berhampiran kawasan yang
dicadangkan.


“Kerajaan sepatutnya berjumpa dengan penduduk dan berbincang
dahulu. Bukannya terus membuat pengumuman tersebut seolah-olah satu
berita gembira dan untuk dimegahkan oleh penduduk terbabit.”

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: