Penjelasan Isu Ladang Babi Mega – drkhir.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Secara
kebetulan ketika saya telah merancang untuk menunaikan umrah, timbul
pula isu penternakan babi di Sepang yang sedang heboh diperkatakan di
dalam negara sekarang.

Justeru saya memohon bantuan rakan di
Malaysia menaip penjelasan saya ini agar tidak timbul sebarang
pertikaian semasa saya menjalani ibadah umrah.

(Mohon maaf
kerana tidak dapat membaca dan meluluskan komen saudara/i. Insyallah
saya akan laksanakan selepas pulang dari Mekah.)

Penjelasan

Isu
penternakan babi ini di bawa kepada pengetahuan saya oleh penduduk di
sekitar DUN Tanjong Sepat mengenai masalah pencemaran air di Sungai
Sepang Kecil dan bau yang terlalu busuk akibat penternakan babi di
Tumbuk, Sepang. Para penduduk juga turut membawa setesen TV3 membuat
liputan masalah mereka.

Bagi melihat dengan jelas masalah ini,
saya telah membuat lawatan persendirian ke kawasan ini dan mendapati
aduan tersebut betul. Air sungai telah menjadi pekat dan bau busuk yang
amat sangat kerana najis babi telah dibuang secara langsung ke dalam
sungai.

Kerajaan negeri ketika itu juga mendapati jumlah babi
yang ada terlalu banyak melebihi keperluan orang bukan Islam. Menurut
Pengarah Jabatan Haiwan ketika itu terdapat lebih 400 ribu ekor babi
berbanding keperluan dalam negeri sebanyak 250 ribu ekor sahaja.

Justeru
saya telah mengarahkan Dato’ Tang See Hang dan Dato’ Ch’ng untuk
mengatasi isu ini kerana penternak babi ini tidak faham bahasa Malaysia
ketika kita ingin mengadakan dialog dengan mereka bagi mengurangkan
jumlah babi dan mengatasi masalah.

Saya telah meminta pandangan
Jabatan Pertanian dan juga EXCO Pertanian negeri. Dalam mesyuarat
Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada bulan Oktober 2007,
beberapa cadangan dari beberapa syarikat telah dibincangkan. Dari
sekian banyak cadangan semuanya memerlukan bantuan kewangan kerajaan
negeri kecuali satu syarikat yang bersedia membiayai sendiri. Justeru
MTES bersetuju untuk membenarkan syarikat tersebut menjalankan kajian
yang lebih tanpa sebarang komitmen.

Kerajaan negeri ketika itu
ingin melihat bagaimanakah jumlah babi dapat dikurangkan kepada hanya
untuk keperluan dalam negeri dan masalah pencemaran akibat industri ini
diatasi secara tuntas.

Pada 30 Januari 2008, syarikat ini
mengadakan pembentangan semula. Kerajaan secara dasarnya bersetuju
syarikat ini membina “modern pig farming” berskala kecil dengan
pelaburan sendiri termasuk kos pengambilan tanah dan lain-lain kos.
Kerajaan negeri tidak membuat sebarang komitmen dalam bentuk pemberian
tanah mahu pun kewangan.

Dalam mesyuarat yang sama, kerajaan
negeri mengarahkan kawasan dikecilkan dari 1100 ekar kepada 337 ekar
sahaja. Pejabat Tanah Kuala Langat telah diberi tanggungjawab mengenal
pasti kawasan yang dicadangkan oleh penternak babi.

Kerajaan
negeri juga telah mensyaratkan bahawa kos pengambil alihan tanah adalah
atas tanggungjawab syarikat terbabit dan ia mestilah mendapat
persetujuan penduduk setempat.
Tidak pernah kerajaan negeri memuktamadkan keputusan pembinaan ladang babi moden di Tumbuk ini.

Tujuan
kerajaan di bawah pimpinan saya ketika itu ialah untuk mengurangkan
jumlah penternakan babi daripada mengeksport ke negeri lain dan negara
luar kepada sekadar keperluan domestik Selangor sahaja.

Ini
merupakan tanggungjawab kerajaan Barisan Nasional ketika itu untuk
memastikan bekalan domestik untuk orang bukan Islam mencukupi.

Isu
penternakan babi bukanlah sekadar sensitiviti umat Islam tetapi yang
lebih besar ialah isu pencemaran alam sekitar dan juga risiko pelbagai
virus seperti yang terjadi di Bukit Pelanduk sedekad yang lalu. Sebab
itu, kita tidak berminat untuk menjadikan ia satu industri yang besar
di Selangor.

Negara-negara seperti Singapura, Hong Kong dan
Taiwan juga telah lama tidak membenarkan industri penternakan babi ini.
Justeru pada hemat saya, ia tidak sepatutnya menjadi satu masalah besar
kepada rakan-rakan dari kaum Tionghua.

dipetik dari drkhir.blogspot.com

Advertisements

One Response

  1. sapa pulak yg tauke ladang babi yg kebal ni?sapa pemegang syer?

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: