DALAM KENANGAN: BADAN Anti IFC (BADAI)


BADAI dengan ini mewakili seluruh umat Islam dan NGOs Islam yang cintakan aqidah dan keharmonian hidup pelbagai agama di Malaysia menyatakan SEKERAS-KERASNYA PENEGASAN berikut:-


1. Supaya HENTIKAN sebarang usaha yang menghina undang-undang syariah dan menghina Islam dalam apa jua program dan acara di seluruh negara. Saya mengingatkan kumpulan ini, jika sekiranya masih berdegil, saya memberi jaminan bahawa kumpulan Artikel 11 ini dan seumpamanya akan berdepan dengan risiko yang lebih besar daripada mereka hadapi pada 14
Mei yang lalu.


2. Supaya MENGHORMATI Islam sebagai agama rasmi Negara, dan umat Islam yang selama ini sangat bertolak ansur dengan agama-agama lain.

3. Supaya kumpulan ini MESTI MENGHENTIKAN usaha untuk menuntut kebebasan murtad melalui Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan yang sekaligus mempertikai syariat Islam di mana setiap umat Islam dilarang sama sekali meninggalkan agamanya.

BADAI yakin bahawa mahkamah syariah mesti dikekalkan kerana Islam adalah satu-satunya agama di dunia ini yang memiliki peraturan yang menyeluruh dan sempurna sehingga kepada hal-hal peribadi untuk umatnya. Bagaimana peruntukan peraturan ini hendak dilaksanakan tanpa adanya mahkamah syariah ?

BADAI menganggap bahawa sebarang usaha untuk menghapuskan artikel 121(1a) hanya akan mengundang salah faham dan mengancam keselamatan Negara kerana artikel berkenaan telah diterimapakai hampir 20 tahun tanpa berlaku sebarang ketidakadilan dan mengancam hak agama lain sehinggalah kumpulan ini sengaja mengapi-apikan isu keislaman Allahyarham Mohamad Abdullah @ Moorthy yang telah pun diselesaikan oleh kedua-dua mahkamah (sivil dan syariah).

Perjuangan mereka yang mengetengahkan isu Allahyarham Mohamad Abdullah @ Moorthy, S. Shamala, Kamariah Ali, Nyonya Tahir dan Lina Joy adalah bukti niat jahat mereka dan agenda terselindung mereka untuk menubuhkan IFC.

BADAI bagi pihak seluruh Umat Islam yang cintakan aqidah ini, MENYERU dengan sepenuh hati :-

1. Supaya YAB Dato’ Seri Abdullah Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia supaya TIDAK MENDENGAR tuntutan mereka walaupun disertakan ribuan ‘tandatangan’, demi mengekalkan keharmonian hidup masyarakat pelbagai agama dalam Negara ini.

2. Supaya ketua-ketua kumpulan ini yang terdiri daripada bukan Islam supaya mereka tidak menyibukkan diri untuk menentang undang-undang syariah dan agama Islam sebaliknya mereka berkewajiban untuk menyertai Islam bagi menyelamatkan diri mereka daripada Azab Api Neraka Jahannam yang telah disediakan oleh Allah.

3. Agar mereka yang sedia Islam agar tidak bersubahat dengan agenda jahat ini dan segera bertaubat kembali kepada Allah serta meninggalkan fahaman-fahaman yang berteraskan akal fikiran yang kosong daripada Al-Quran dan hadis.

4. Supaya berhati-hati dan berwaspada dengan agenda kumpulan ini yang turut didalangi oleh individu-individu yang berwajahkan Islam tetapi menganut fahaman liberalisme, pluralisme, dan secularisme.

5. Supaya pendokong-pendokong agama bukan Islam agar merujuk kekeliruan berkenaan Islam daripada sumber yang betul dan tidak merujuk kepada kumpulan-kumpulan liberal Islam seperti Sisters In Islam dan seumpamanya.

6. Supaya seluruh umat Islam membantu dan menyokong perjuangan BADAI dan NGOs yang bersama-sama dalam sebarang bentuk bantuan dan sokongan.


Ustaz Mohd Hafiz Nordin
Pengerusi BADAI

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: