Syabas MB Kedah

Saya ingin mengucapkan syabas kepada MB Kedah keran berani menyuarakan pendapat yang bernas menentang kebiadapan Karpal Singh kepada orang Islam. Kebelakangan ini, saya melihat PAS banyak mengalah dan pak turut kepada DAP dan berita seperti ini menyejukkan saya!! Sila ikuti berita selanjutnya daripada Harakahdaily Online:

MB Kedah minta Karpal tutup mulut

KUALA LUMPUR, 9 April (Hrkh) – Polemik sensitif yang berlanjutan berikutan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh tentang negara Islam telah mengundang balas daripada Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak untuk menyanggah kata-kata beliau sebelum ini.

Malah Ustaz Azizan menyifatkan Karpal tiada pemahaman jelas berhubung isu tersebut sehingga menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan yang mengundang kemarahan ramai di samping mendapat teguran daripada Mursyidul Am PAS Tuan GuruNik Aziz Nik Mat.

Menurut laporan, Azizan meminta Pengerusi DAP Karpal Singh menutup mulut dan berhenti bercakap tentang PAS dan kaitan dengan negara Islam sebaliknya harus memberi tumpuan kepada isu yang lebih besar yang boleh dibincangkan di antara PAS dan DAP.

“Saya rasa perkara terbaik adalah dia berhenti bercakap tentang perkara tersebut.

“Banyak lagi isu-isu lain yang lebih besar untuk diperkatakan,”kata Azizan yang dipetik daripada akhbar berbahasa Inggeris. Beliau berkata Karpal bebas untuk menyatakan pendapatnya dan tidak adasesiapa yang akan menghalangnya.

“Kita juga tidak katakan kepada Karpal supaya jangan menentang usaha-usaha PAS untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negera Islam, “Karpal ada pandangannya terhadap hudud, tetapi ada juga pendapat lain tentang undang-undang Syariah.

“Sebenarnya dia bukan sahaja kurang faham tentang perkara tersebut, bahkan dia tak faham langsung,” kata Ustaz Azizan.

Beliau berkata, kerajaan Kedah yang diketuai oleh PAS tidak pernah berbincang tentang pelaksanaan hudud di Kedah sebab ia tidak termasuk di dalam manifesto PAS Kedah dalam pilihan raya umum yang lalu.

“Mereka yang takut kepada hudud adalah perompak dan barang siapa yang tidak mencuri atau merompak, tidak takut kepada perlaksanaan Hudud,” katanya. – mks.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: