Tanah Melayu tergadai di Perak, terima kasih MB Boneka

Tahniah saya ucapkan kepada MB Nizar yang telah berjaya mengadaikan tanah kerajaan negeri Perak yang simboliknya milik Sultan Perak kepada lebih 60,000 penduduk kampung baru di negeri Perak. Kesemua mereka akan memperoleh geran pemilikan kekal ke atas tanah yang didiami apabila kerajaan negeri yang dikuasai DAP dan dipimpin oleh MB boneka membuat keputusan membenarkan mereka memiliki tanah tersebut.

Untuk pengetahuan semua, keseluruhannya terdapat 134 kampung baru di Perak dengan setiap kampung mempunyai penduduk berjumlah kira-kira 500 orang tetapi terdiri daripada hanya 15 peratus Melayu dan India manakala selebihnya Cina. Tidak ketahui jumlah sebenar penduduk Melayu di kawasan tersebut dari jumlah 15% tersebut, tetapi secara rambang kemungkinan hanya 10% adalah Melayu. Ini bermakna sebanyak 90% adalah bukan Melayu , jadi tanah-tanah kerajaan negeri Perak telah diserahkan kepada tanpa perlu membayar sesen pun kepada kerajaan. Untungnya mereka ini, kerana mendapat tanah yang bernilai berjuta-juta ringgit tanpa perlu membelinya.


Hakikat yang sebenarnya Tanah TOL ini adalah harta kerajaan atau nama lain adalah harta rakyat. Jika ada dikalangan rakyat yang mahu menggunakannya untuk bertani atay sebagainya mereka boleh memohon pada kerajaan negeri. Bagi kes di Perak ini, bukan sahaja boleh memohon, malah sudah lama diluluskan sejak dahulu sementara tiada pembangunan dilakukan di atas tanah itu. Itulah kebaikan yang telah ditunjukkan oleh kerajaan Perak sebelum ini kepada penduduk yang menumpang tanah tersebut tanpa mengambil hak rakyat lain terhadap tanah-tanah tersebut.

Tapi apabila kerajaan mahu menggunakan tanah tersebut untuk pembangunan bagi kepentingan semua rakyat seperti membina tiang kabel elektrik baru, membina parit bila kampung baru sudah banjir kilat, atau melebarkan jalan bila trafik sudah semakin sesak, maka kenalah mereka memberi kembali kepada kerajaan.

Jadi tanah tersebut tidak wajar dijadikan hak peribadi sesiapapun. Dan ingat, orang lain pun ada hak kepada tanah itu. Jika tanah hakmilik bersama ini kita tiba-tiba cop sebagai tanah kita sendiri, bukankah itu menzalimi hak orang lain?

Sepatutnya keputusan begini tidak patut dilakukan secara tergopoh-gapah seperti yang dilakukan oleh MB Nizar. Dia baru mengambilalih kerajaan Perak tak sampai sebulan, sudah boleh memberi hak milik tanah tersebut tanpa sebarang usul periksa. Sudahkah kajian terperinci dibuat terlebih dahulu? Dah kaji dulu ke asal usul penduduk di kampung kampung yang terlibat itu? Saya yakin MB Nizar tidak membuat sebarang kajian sebelum ini, semua keputusan dibuat atas arahan Majlis Ulamak DAP (CEC) demi kepentingan sempit puak mereka. Ternyata MB Nizar bukanlah sebijak dan sehandal yang diwar-warkan sebelum ini, melihatkan caranya membuat keputusan, saya mula ragu-ragu kelayakannya sebagai “professional engineer”. Seorang jurutera profesional tidak akan membuat sebarang keputusan tanpa kajian teliti!!

MB Nizar telah mula mengadaikan Tanah Melayu dalam masa tidak sampai sebulan memegang jawatan. Agaknya, selepas 5 tahun nanti, masih adakah tanah untuk orang Melayu di Perak nanti? Atau semuanya akan dipindah milik atas arahan Majlis Ulamak DAP (CEC).

MB Nizar ini terlupa bahawa tanah adalah salah satu bukti ketuanan Melayu di Malaysia ini. Saya rasa ini tidak menjadi masalah bagi MB Nizar kerana dia sudah berjaya menjadi MB, apalah salahnya kalau terpaksa dibayar dengan tanah berhektar-hektar luasnya. Lagipun, tanah tersebut bukan miliknya, tak rugi sesenpun pada MB Nizar kita.

Ingatlah Nizar, isu tanah adalah isu yg paling sensitif sekali di kalangan orang Melayu!!

Advertisements

One Response

  1. org melayu kat kg aku ada tanah tp jual kat org cine. ntah la meon
    org melayu kat kg maleh kerah tenaga usahakan tanah.. last2 jual kat cine..
    cine dapat tanah dia usahakan. bila dah keluo hasil, org melayu melopong, tolg tengok je.
    bertan2 lori keluo masuk bwk hasil, br org melayu bukak mata..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: