Kewajaran Mengenakan Levi Kepada Pekerja Asing di Selangor

Hairan sungguh melihat MB Selangor yang baru Tan Sri Khalil Ibrahim. Tak sampai sebulan memegang jawatan dah mula nak menindas rakyat Selangaor amnya dan majoriti Melayu khasnya. Kenyataan saya ini berdasarkan saranan MB Khalil untuk mengenakan levi ke atas pekerja-pekerja asing di Selangor.

Cuba kita bayangkan bila kerajaan Selangor mengenakan levi kepada pekerja asing, maka ahli perniagaan akan merasakan bahawa kos pengurusan mereka meningkat. Apabila kos peniagaan meningkat, maka peniaga-peniaga ini biasa akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan.

Sektor-sektor yang mengambil ramai pekerja-pekerja asing ialah industri makanan, industri kecil dan sederhana dan penyelenggaraan hartanah (i.e. rumah flat dan pangsapuri) yang mempunyai hubungan secara langsung dengan pengguna seperti kita. Memang menjadi kebiasaan ahli perniagaan di Malaysia suka mengambil kesempatan atas sesuatu isu. Cuba bayangkan jika gula dan gandum yang naik 10 sen sekilogram pun boleh menyebabkan air minuman di kedai naik 10 sen cawan dan roti canai naik sehingga 30 sen sekeping.

Jika kos pekerja naik sehingga RM10 seorang, anda boleh bayangkan bahawa barang makanan dan minuman akan meningkat secara mendadak di kedai-kedai makanan. Banyak restoran terutama kedai mamak menggunakan perkhidmatan pekerja asing. Biasa di Malaysia, akan berlaku “chain-reaction” di mana, semua barang akan turut naik secara mendadak. Jika ini berlaku, maka golongan peniagalah yang akan mendapat keuntungan besar apabila levi ini diperkenalkan. Adakah ini salah satu lagi agenda tersembunyi DAP untuk menindas pengguna akhir (end user) yang majoritinya adalah Melayu.

Apapun alasan yang diberikan oleh MB Selangor baru mengapa mereka ingin mengenakan levi, saya melihatnya sebagai cara mudah bagi kerajaan Selangor yang baru untuk menampung kos 20 m3 air percuma yang akan diberikan. Bagi saya, ini hanyalah langkah kebelakang kerana akhirnya orang Melayu seperti kita juga yang rugi
Advertisements

One Response

  1. naik harga pun disebabkan naik harga petrol jgk..org melayu jgk yg tertindas sbb petrol naik..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: