Pak Lah punca kejatuhan ketuanan Melayu, BERUNDURLAH!!

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kejatuhan ketuanan Melayu di Malaysia adalab berpunca daripada sikap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dato Seri Abdullah adalah Perdana Menteri yang paling tidak berkaliber pernah memimpin Malaysia. Banyak kenyataan-kenyataan dan tindakan – tindakannya dilihat sebagai punca kejatuhan ketuanan Melayu di Malaysia.

  • Tidak mengambil sebarang tindakan ISA ke atas DAP kafir harbi yang memainkan isu perkauman dan agama demi kepentingan politik sempit mereka. Terdapat banyak bukti- bukti bahawa pemimpin kafir harbi ini mengunakan Internet untuk membangkitkan ketidakpuasan hati bukan Melayu dan bukan Islam. Ini dilakukan oleh penyokong pro-DAP yang menulis melalui laman-laman blog mereka, video-video di YouTube Hong Kong, dan maklumat yang disebarkan menggunakan email yang ditulis dalam bahasa Mandarin atau Tamil untuk menghasut dan menghina orang Melayu secara langsung.
  • Membiarkan pengerakan Hindraf bermaharajalela menggunakan isu agama Hindu dan kaum India tanpa sebarang sekatan. Mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan menahan pemimpin Hindraf di bawah ISA sedangkan mereka telah menjatuhkan maruah negara dan umat Islam Malaysia di mata dunia
  • Menyebabkan tiga buah negeri iaitu Selangor, Perak dan P. Pinang di mana Perak dan Selangor mempunyai majoriti rakyat Melayu Islam kini didominasi oleh kafir harbi DAP. Kelihatan banyak keputusan yang sedang dibuat oleh Perak dan Selangor yang dipimpin MB Melayu sebenarnya adalah berdasarkan Central Executive Council (CEC) DAP kafir harbi yang memang anti Islam dan Melayu.
  • Kegagalan mengekalkan majoriti 2/3 di Parlimen demi menjamin kesinambungan ketuanan Melayu di peringkat Kerajaan Pusat. Terdapat usaha untuk membeli ahli Parlimen BN dengan harga sehingga melebihi RM 10 juta yang dibiayai oleh golongan kafir harbi luar negara. Jika ini berlaku, maka ketuanan Melayu akan mula jatuh kerana kita akan mula mempunyai Timbalan Perdana Menteri bukan Melayu yang pertama.
  • Menakut-nakutkan bukan Islam di Malaysia dengan konsep Islam Hadhari. Konsep Islam Hadhari sepatutnya tidak diadakan kerana ia hanya menimbulkan prasangka buruk rakyat bukan Islam di Malaysia. DAP kafir harbi pula berjaya memainkan isu dengan mengatakan kepimpinan sekarang cuba mengislamkan rakyat bukan Islam. Hakikat yang sebenarnya, tiada apa yang berubah dari segi penampilan atau strategi untuk menaikkan agama Islam sejak Dato Seri Abdullah Badawi mengambilalih kepimpinan sebagai Perdana Menteri. Daripada erti kata lain, Islam Hadhari hanyalah kosmetik semata-mata tetapi telah berjaya menakutkan bukan Islam setelah isu ini dimainkan dengan baik oleh DAP kafir harbi.
  • Membiarkan dan tidak memantau serta mengambil tindakan sewajarnya ke atas akhbar-akhbar seperti TheSUN yang menjalankan agenda untuk memburuk-burukkan Melayu dengan tulisan “double meaning” dan kenyataan yang mempunyai maksud “in between the line”. Kesemua tulisan-tulisan tersebut sebenarnya bertujuan menjatuhkan maruah orang Melayu dan Islam serta menghasut bukan Melayu membenci orang Melayu Islam.

Dato Seri Abdullah Badawi adalah punca sebenar kejatuhan ketuanan Melayu di Malaysia. Ini adalah kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang pendek akal dan tidak dapat membaca strategi dan taktik yang sedang disusun oleh kafir harbi DAP. Sikapnya yang ingin menjadi pupolar adalah punca kejatuhan ketuanan Melayu. Ingatlah Pak Lah bahawa pemimpin yang hebat dan agong bukannya pemimpin yang popular. Keinginan untuk menjadi pemimpin yang popularlah menyebabkan Pak Lah menjadi lemah. Dato Seri Abdullah sememangnya mudah leka apabila dipuji oleh kafir harbi DAP yang sememangnya amat mudah membaca strategi serta perancangannya.

Oleh itu, adalah amat wajar Dato Seri Abdullah Badawi meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana kegagalannya mengekalkan ketuanan Melayu. DAP kafir harbi sememangnya seronok apabila Dato Seri Abdullah terus kekal memimpin Malaysia. Lebih mudah bagi DAPmenjatuhkan ketuanan Melayu, menghapuskan hak keistimewaan Melayu, Raja Perlembagaan dan Islam sebagai agama rasmi Malaysia sekiranya Dato Seri Abdullah terus berkuasa.

Advertisements

6 Responses

  1. saya amat setuju kepemimpinan negara kurang mempertahankan kedaulatan Melayu dan survival ummah. Buktinya kes Lina Joy, penghantaran memo menteri bukan Islam dan asakan Singapura (kes jambatan bengkok), pengungkitan isu sensitif seperti raja, bahasa, hak istimewa Melayu dan kontrak sosial…saya khuatir kuasa kita akan hilang!

  2. Memang susah untuk kita orang melayu berfikiran positif. Saya cuba melatihkan diri untuk sentiasa berfikiran positif kerana mengikut nasihat Dato Fadhilah Kamsah hanya orang yang berfikiran positif sahaja yang boleh berjaya. InsyaAllah.

    Tak boleh disalahkan Pak Lah seorang atas kejatuhan ketuanan Melayu. Diperingatkan, Melayu Tak Jatuh Lagi! cuma dah goyah. Banyak faktor lain. Cuma mungkin Pak Lah adalah Perdana Menteri maka setiap kepincangan yang berlaku seolah-olah kegagalan beliau sebagai seorang pemimpin.

    Saudara Hang Tuah, bila berlaku sebarang pergolakkan, kenapa perlu menukar kepimpinan? Kita tak minta Tun meletak jawatan PM bila mula bergolaknya reformasi rakyat. Melayu mula berpecah belah. Tun telah memilih untuk menjadi pemerhati politik hingga kini. Dengan harapan Pak Lah boleh membawa kepada satu perubahan yang maksimum. Tetapi nasib Pak Lah tak sebaik Tun, pemikiran rakyat ketika ini tidak sama dengan pemikiran rakyat di zaman Tun. Pemimpin kata A, rakyat kata B. Bukan setakat rakyat biasa yang duduk dikedai kopi minum teh tarik tetapi para cendiakawan, professional…. mereka mula berani melahirkan buah fikiran menentang kepimpinan samada untuk kepentingan peribadi ataupun parti yang mereka sokongi. Buah fikiran pula diguna pakai oleh mereka yang merasakan perlu diadaptasikan untuk kejahatan terhadap orang melayu. Dengan kata lain, lebih baik berdiam kalau kita fikir kata-kata sendiri akan merosakkan diri sendiri, orang melayu atau pun Islam.

    Kegagalan memimpin bukan terletak diatas perdana menteri itu sendiri.. Jgn dilihat pada kelompok yang besar, cukup dengan kegagalan memimpin sebuah keluarga. Perlukah seorang suami ditukar apabila dia gagal untuk memimpin keluarganya. Si isteri dah hilang ciri-ciri kemelayuan, anak-anak dah tak tahu berbahasa melayu, perlukah si suami/ayah kita tukarkan kepada yang baru?

    Senario politik dizaman Pak Lah, beliau berhadapn dengan zaman globalisasi. Internet digunakan secara meluas. Bloggers mula tercipta tanpa ada sebarang batasan. Maka lahirlah rakyat2 menggunakan kesempatan ini untuk melahirkan buah fikiran samada untuk kebaikan ataupun keburukan negara apatah lagi untuk orang melayu dan Islam. Bolehkah Pak Lah seorang memantau situasi sedemikian? Buatlah undang2 seberat manapun untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang, saudara fikir adakah mereka ini takut? Tidak. Makin menjadi-jadi mereka yang mengedar ganja walaupun tahu hukumannya mati mandatori. Pandanglah pada anak2 muda atau pelajar2 masa kini, tak boleh ditegur, cikgu yang kena tindakan. Salahkah Pak Lah?

    Ketika cerita Lina Joy bermula, tahu bagaimana cerita berkenaannya tersebar dan mendapat sokongan orang2 kafir? Dah tentu kekuatan jalur lebar. Rakyat menjadi hakim. Mahkamah hanya berndukan peruntukan undang-undang yang sedia ada. Bukan Pak Lah penyebabnya. Berdemonstrasi dan membuat kacau bilau, bagaimana tersebarnya ajakan untuk bersama berdemonstrasi? Internet. Berleluasanya suara-suara bangsa dan agama lain menghina melayu dan Islam adalah kerana internet. Kasihan Pak Lah. Macamana dia seorang nak jaga semua ni? Bukankah dia mempunya pembantu dengan adanya jemaah menteri, jabatan kerajaan, PBT, penguatkuasa dll. Kenapa perlu dilonnggokkan setiap masalah keatas bahu Pak Lah seorang. Saya teringat ada satu ketika bila soalan diajukan kepada seorang menteri apakah tindakan akan diambil terhadap si polan, jawapannya senang sahaja… terpulang kepada Perdana Menteri apakah tindakan yang akan diambil. Uppss… kalau saya seorang majikan saya mahukan pengurus saya tahu mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan setiap perkara. Sebab tu setiap syarikat memerlukan pengurus, eksekutif, kerani dll supaya majikan dapat menumpukan kepada hal2 yang lebih menguntungkan syarikat tetapi tidak melupakan kebajikan perkerja.

    Perhatikan perjalanan sidang parlimen. Saya sendiri ketawa melihat cara pemimpin-pemimpin melayu kita mengutarakan pendapat dan membahaskan sebarang usul. Kenapa perlu ditiru cara bangsa lain yang semakin menjadi kebiadabannya? Yang Dipertua sendiri pun gagal untuk mengawal suasana beberapa puluh “rakyat” ditambah lagi dengan sikap kurang ajar sesetengah pemimpin mahupun kerajaan dan pembangkang. Bagaimana dengan Pak Lah yang terpaksa memimpin jutaan rakyat?

    Jangan kita salahkan Pak Lah seorang. Dalam keadaan melayu dan Islam diperkotak-katikkan, menukar kepimpinan bukanlah cara terbaik tetapi kita sebagai rakyat melayu hendaklah sentiasa membantu beliau. Malah dengan adanya forum pemuda melayu ini boleh menjadi wadah untuk kita membetulkan pemikiran orang-orang melayu supaya sentiasa mengingati diri untuk mempertahankan ketuanan melayu dan agama Islam. Tidak dinafikan artikel saudara hang tuah berkenaan “Pak Lah punca kejatuhan ketuanan melayu BERUNDURLAH” boleh juga menjadi faktor atau sabab kepada kejatuhan orang-orang melayu sendiri. Saya mengalukan kewujudan Anti DAP untuk kita menyatukan orang2 melayu memberikan pendapat bernas kerana saya percaya bukan kita rakyat biasa shj yg melayari Anti DAP tetapi juga para pemimpin melayu yang lain. Kita bukakan minda mereka, cari penyelesaian terbaik untuk menyatukan orang melayu dan bukannya membuka satu topik yang boleh memecahbelahkan orang melayu.

    Kita keutarakan kepada Pak Lah dan Pemimpin lain apa yang kita fikir perlu mereka lakukan demi mengukuhkan kedaulatan melayu. Saya mohon supaya setiap pemimpin melayu berhenti meyalahkan sesama sendiri, kita bermuzakarah atau muqabalah demi kebaikan melayu dan Islam, sentiasa berhati dan bersangka baik terhadap setiap tindakan pimpinan melayu. Bersuara lantang dan tegas bila melayu dan Islam diperlekehkan. Pak Lah, saya tak minta Pak Lah berundur, tetapi saya perlukan ketegasan Pak Lah demi kebaikan kita orang melayu dan Islam.

  3. Dalam suasana sekarang Pak Lah dan jemaah menteri Melayu harus bertindak tegas sebelum keadaan menjadi buruk. Gunakan undang2 yang sedia ada jangan terlalu berlembut sampai bangsa asing pijak kepala kita dan mempertikaikan hak2 Melayu. PAS juga harus berfikir matang demi bangsa sendiri dan Islam jangan pandai cakap PAS parti Islam??? tapi berpakat dengan ???

  4. Saya terpanggil untuk menyokong saranan sdra Mel.Mungkin kita orang Melayu dapat berkongsi & hayati pandangan beliau yg saya kira bernas.

  5. Ambo dan sekelian rakyat jelata tertanya mengapa pemimpin pemimpin atasan macam tak berupaya… apakah yg menyebabkan mereka jadi pengecut. Kita heran.. pelik.. kalau rasa tidak berupaya.. berundurlah dgn cara terhormat. bagi ambo semua ini adalah suatu kegagalan, kegagalan pihak teratas hingga ke bawah. Dari haraki tertinggi hingga ke terbawah.. Suatu tindakan perubahan mesti diambil. Berubah sikap kepada lebih mementingkan rakyat, lebih memartabatkan islam. Bukan utk diri..

  6. assalamualaikum

    Saya masih baru disini tetapi setelah melihat kebanyakan artikel memperlihatkan page ini terlalu fanatik UMNO dan Melayu. saya adalah jenis individu yang meneliti dan mengkaji kebanyakan media sama ada internet dan media perdana. Kalau benar ingin mencari kebenaran, utarakan kebenaran berdasarkan fakta dan kajian yg terperinci kerana tanggapan dan pandangan individu dan liberal sering membawa kepada kesilapan.

    Dalam artikel ini, sememangnya semua orang mempunyai pandangan tersendiri tentang Pak Lah. Barangkali A berkata Pak Lah salah dan B kata bukan salah Pak Lah sepenuhnya manakala C berkata Pak Lah tidak bersalah. Apa sekalipun pandangan, perlu ada satu persetujuan. Page seperti ini sudah pastinya tidak mampu memberikan satu kata putus apakah jawapan yg benar dan lebih tepat bagi persoalan tajuk artikel ini.

    Pada pandangan saya, pengirim artikel ini sendiri tidak banyak membuat kajian dalam mengutarakan isinya. Kita perlu ingat, bangsa cina dan india maju kerana praktikaliti kerja mereka. Segala saranan, perancangan dan perlaksanaan mereka mengikut prosedur dan tatacara yang betul. Kita Melayu yang selalunya lebih bertindak diluar jangka dan tidak profesional.

    Mengapakah saya katakan penulis tidak praktikal? Isi pertama artikel ini bertanyakan mengapa tiada tindakan ISA dikenakan pada DAP kerana memainkan isu perkauman dan agama. Masalahnya disini, kita orang melayu juga melakukan perkara yang sama dalam menegakkan hak istimewa orang Melayu. Salahkah kita menegakkan hak istimewa orang Melayu? Jawapannya tidak, tetapi adakah benar-benar mengikut saluran dan kaedah yang profesional. Dari sepuluh tindakan melayu 9 adalah bersifat lantang tanpa mengambilkira sensitiviti kaum lain. Kita perlu ingat kita terikat dengan undang-undang British yang menghadkan agama Islam di Malaysia. Tuntutan kebanyakan gerakan non bumi adalah mengikut isi kandungan perundangan yg termaktub dan jarang mereka meminta lebih daripada apa yg terkandung didalam undang-undang. Kita seharusnya bijak dan tidak mudah melenting melihat bangsa dan agama lain meminta hak mereka mengikut perundangan yg sah kerana penolakan yg lantang tanpa kajian seringkali menunjukkan kebodohan orang Melayu yg kurang mengkaji.

    Kita melayu selalu pantang dicabar dan pantang itu ini tetapi tidak sedar begitu mudah menaikkan kemarahan bangsa melayu ini hanya dengan memetik jari. Tidakkah kita rasa ini satu kebodohan bangsa yg keterlaluan jika tidak dibendung. Tiada insiden kecederaan antara parti-parti cina dan india baik pro kerajaan dan pembangkang tetapi kerapkali kedengaran kecederaan berlaku bila parti-parti melayu bertembung di lapangan politik. Jangan tuduh kata PAS atau PKR salah. Saya sendiri pernah melihat keganasan orang BN dan PR dibeberapa tepat yang berbeza. Masalahnya adalah sikap melayu itu sendiri yang suka menang sorak, tapi bangsa tergadai.

    Melangkah masuk ke web Anti DAP, saya meletakkan satu harapan adanya satu ruangan diskusi perbincangan profesional untuk melayu tetapi apakah bezanya dengan web ini dengan web parti pembangkang kerajaan yg turut dikatakan fanatik. Selamat meneruskan bicara kamu.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: