Syabas Sultan Selangor, Pemangku Sultan Perak disaran ikut jejak!!

Saya ingin mengucapkan syabas kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana tidak tunduk pada kehendak parti kafir harbi DAP yang inginkan dua jawatan timbalan menteri besar bukan Melayu.

Sebelum ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sibuk mengatakan bahawa dia tidak larat dan letih untuk memimpin Selangor walaupun tidak sampai seminggu memengang jawatan itu. Saya melihat ianya adalah helah untuk meminta jawatan timbalan menteri besar diwujudkan semula. Sudah tentu, permintaan untuk diwujudkan jawatan TMB besar ini didalangi oleh DAP kafir harbi yang sememangnya sejak kejayaaan menakluki Selangor sudah bercita-cita untuk menjadi TMB. Ini bagi memastikan DAp mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam urusah pentadbiran kerajaan Selangor.

Jika benarlah, Tan Sri Khalid sudah merasa letih hanya selepas 2 minggu menjawat jawatan MB, saya sarankan bahawa dia meletak jawatan dan memberikannya kepada wakil Melayu yang sihat dan bersemangat untuk jawatan tersebut. Jangan gunakan alasan ini untuk mewujudkan jawatan timbalan menteri besar bukan Melayu. Saya yakin ramai lagi ahli DUN dari PAS dan PKR yang mampu memikul bebanan kerja ini tanpa timbalan menteri besar seperti mana yang telah dilakukan oleh Menteri Besar terdahulu!!

Dengan wujudnya, 2 jawatan TMB bukan Melayu, maka DAP melihat bahawa mereka akan dapat memastikan kroni-kroni mereka akan memenangi sebarang “tender terbuka”. DAP tahu bahawa terdapat banyak projek-projek besar yang bernilai tinggi yang boleh diberikan kepada syarikat-syarikat bukan Melayu pro-DAP yang telah membantu memberi “modal” kepada mereka untuk memenangi Selangor. Adalah amat wajar bagi DAP “membayar balik hutang” mereka kepada syarikat-syarikat pro-DAP tersebut dengan memberi projek baru melalui “tender terbuka”

Mereka juga sebenarnya sedang membina dana yang besar untuk menghadapi Pilihanraya ke -13. Oleh itu, adalah penting untuk mereka memastikan syarikat-syarikat pro-DAP yang sememang anti Melayu Islam ini memenangi kontrak-kontrak atas nama “tender terbuka”.

Kita perlu bersyukur ke hadrat Illahi kerana salah satu strategi DAP untuk meminggirkan Melayu di Selangor tidak berjaya kerana Sultan Selangor berjaya menghalang Tan Sri Khalil Ibrahim daripada menwujudkan jawatan tersebut. Walaubagaimanapun, saya tahu agar sukar bagi baginda Sultan daripada memastikan komposisi asal exco Selangor dikekalkan seperti dahulu iaitu 6 wakil Melayu dan 4 wakil bukan Melayu.

Pada upacara istiadat perlantikan nanti, kita akan menyaksikan 5 wakil bukan Melayu dan hanya 5 wakil Melayu akan mewakili negeri majoriti orang Melayu. Malah salah seorang wakil DAP kafir harbi akan dijangka dilantik sebagai Exco Kanan yang kononnya mempunyai sama kuasa seperti timbalan menteri besar.

Nampaknya, orang Melayu sekali lagi kerugian dalam Pilihanraya ke-12, apabila kafir harbi mula memimpin negeri Selangor yang mempunyai majoriti penduduk Melayu Islam. Dengan, jawatan exco kanan yang disandar oleh DAP anti Melayu dan Islam, maka rakyat Selangor terpaksa lebih berhati-hati kerana jika sesuatu berlaku kepada MB, maka exco kanan tersebut akan memangku jawatan MB Selangor sementara MB yang baru dilantik. Jika ini berlaku, saya dapat bayangkan bahawa DAP kafir harbi ini sudah pasti akan melengah-lengahkan perlantikan MB baru kerana ingin menguasai negeri Selangor selama yang mungkin.

Oleh kerana kegagalan DAP dalam usaha untuk mendapatkan jawatan TMB bukan Melayu, mereka sekarang ini semakin menyampah dengan Sistem Raja Berpelembagaan dan Hak Keistimewaan Melayu. Tetapi, mereka kelihatan masih bersabar dan tidak melawan arus kerana matlamat asal mereka untuk menjadi Perdana Menteri bukan Melayu pertama masih belum tercapai. Apabila ini tercapai, mereka tidak lagi mempedulikan sokongan orang Melayu dan boleh mengubah perlembagaan negara untuk menghapuskan Sistem Raja Berlembagaan, Hak Keistimewaan Melayu serta Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Walau bagaimanapun, saya berdoa agar Pemangku Sultan Perak Raja Dr. Nazrin akan turut mengikut jejak langkah Sultan Selangor dan tidak tunduk padadesakan oleh DAP dan MB Nizar untuk menwujudkan 2 jawatan timbalan menteri besar di Perak. Jika jawatan ini diwujudkan, orang Melayu di Perak sudah pastinya berada dalam kerugian yang besar. Saya berharap Raja Dr. Nazrin akan bertegas agar jawatan tersebut tidak diwujudkan langsung serta memastikan bahawa bilangan exco yang dilantik adalah berdasarkan komposisi kaum di Perak. Ianya tidak harus dibolot oleh parti kafir harbi DAP.

Jika ini berlaku, maka MB Mohd. Nizar hanya akan wujud sebagai MB boneka DAP di Perak. Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh MB Nizar sudah membuktikan dia hanya MB boneka kafir harbi. Jika jumlah exco DAP menjadi majoriti dalam kerajaan negeri Perak, maka lebih senanglah hidung MB Nizar ditarik oleh kafir harbi ini. Ini terbukti apabila PAS Perak sanggup membuat laporan polis apabila ada orang menggesa kerajaan Islam ditubuhkan di negeri itu. Laporan polis ini dibuat kerana PAS Perak takut tindakan yang akan diambil oleh DAP kafir harbi iaitu tidak menyokong MB Nizar sebagai MB Perak. Murahnya harga perjuangan Islam, harganya hanyalah MB boneka DAP sahaja!!!

Advertisements

3 Responses

  1. Daulat Tuanku!!!

    Daulat Tuanku!!!

    Daulat Tuanku!!!

  2. Hidup Islam…Allahu Akbar

  3. daulat tuanku
    allahuakbar
    mungkin dah terlewat sikt… harap laporan polis oleh pas seperti disebutkan dapat disiarkan.
    Bolehlah kita tgk apa permainan PAS.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: