DAP kuatkan kedudukan, PAS makin hilang arah perjuangan!

Nampaknya DAP semakin berjaya mencengkam PAS hingga ke Negeri Kedah. DAP yang tidak mempunyai kuasa di Kedah telah berjaya untuk mempengaruhi keputusan MB Azizan Abdul Razak. Baru-baru ini, dalam satu sidang akhbar, MB Azizan berkata Kedah tidak akan mengharamkan penjualan arak dan perjudian jika orang-orang Cina (dibaca DAP) tidak setuju dengan pengharamannya.

Menurut MB Azizan, jika orang-orang Cina (a.k.a DAP) merasakan bahawa perjudian dan minum arak adalah sebahagian cara hidup mereka, maka kerajaan PAS tidak akan mengharamkannya dari dijual secara terbuka. MB Azizan dipetik sebgai berkata, “Kerajaan PAS Kedah akan terus memberikan lesen untuk penjualan arak dan pusat perjudian selagi diperlukan di Kedah”.

Mengenai isu penjualan daging babi secara tertutup yang dikuatkuasakan oleh kerajaan sebelumnya, MB Azizan berkata mereka akan membenarkan perjualan daging babi secara terbuka bagi memudahkan kaum bukan Melayu membelinya.

Melihatkan laporan tersebut, saya betul-betul kecewa dengan perjuangan Islam yang selama ini dilaungkan oleh pemimpin PAS. Tetapi, sejak kebelakangan ini, PAS nampaknya lebih tunduk kepada DAP kafir harbi daripada hukum ALLAH. PAS sepatutnya mampu melaksanakan banyak hukum ALLAH di bumi Kedah kerana ianya bukan kerajaan campuran seperti Perak dan Selangor. Sekarang ini, kita terpaksa melupakan impian kerajan Islam di Kedah kerana nampaknya perkara-perkara yang kecil pun gagal dilaksanakan oleh PAS.

Saya gagal memahami tindakan yang diambil oleh MB Kedah ini. Saya tahu memang sukar untuk menghapuskan penjualan arak dan pusat perjudian yang telah lama bertapak tetapi sepatutnya Azizan perlu menekankan bahawa pentadbirannya akan cuba mengurangkan jumlahnya bukan mengekalkan. Saya benar-benar berharap PAS tidak pula menambah jumlah lesen sekiranya diminta  berbuat demikian oleh DAP.

Saya juga tidak faham dengan tindakan MB Azizan yang hendak membenarkan penjualan daging babi secara terbuka. Apakah ini bermaksud, taukeh-taukeh babi boleh menjual daging babi bersebelahan dengan peniaga-peniaga ayam dan lembu?

Jika ini benar-benar berlaku, keadaan ini adalah lebih teruk daripada zaman pemerintahan sebelumnya. Bayangkan jika anda terpaksa melalui kedai menjual daging babi apabila hendak membeli ayam atau daging di pasar-pasar borong di Kedah. Bagi umat Islam, tentunya ini sesuatu yang menjijikan!!!

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: