DAP bengang terhadap Sultan Selangor

Mengikut sumber-sumber tertentu, DAP dikatakan bengang dan marah terhadap Sultan Selangor kerana cuba menghalang perlantikan Timbalan Menteri Besar bukan Melayu daripada parti mereka. Mereka turut dikatakan menyampah kepada Sultan Selangor kerana tidak bersetuju dengan pembahagian kerusi exco yang akan menyaksikan bukan Melayu menjadi ahli majoriti dalam kerajaan Selangor.

Mengikut apa yang dipersetujui oleh pakatan BA, kerajaan campuran Selangor akan mengguna pakai formula 4-4-2 iaitu masing-masing empat Exco dari PKR dan DAP serta dua dari Pas. Tetapi disebabkan kebanyakan calon PKR yang menang di Selangor adalah bukan Melayu, maka pengagihan kerusi berdasarkan kaum ialah 4 calon bukan Melayu dari DAP, 2 calon bukan Melayu dan 2 calon Melayu dari PKR serta 2 calon dari PAS. Keadaan ini menjadikan 6 exco bukan Melayu dan hanya 4 calon Melayu yang akan mewakili negeri Selangor yang majoriti rakyatnya adalah orang Melayu. Pihak istana dikatakan lebih cenderung supaya pengagihan sebelum ini dikekalkan iaitu enam Exco Melayu dan empat Exco bukan Melayu.

Nampaknya, DAP kafir harbi anti Melayu dan Islam ini akan turut berjaya menguasai negeri Selangor yang telah mencapai taraf negeri maju di bawah pemerintahan sebelumnya. Mereka bukan sahaja berusaha untuk menjadi Timbalan Menteri Besar Selangor, malah memastikan mereka menjadi majoriti dalam barisan exco kerajaan negeri. Saya yakin kesemua bukan Melayu yang berada dalam PKR semuanya adalah penyokong kuat DAP “in disguise”. Mereka ini hanya menggunakan PKR sebagai parti tunggangan mereka demi mencapai matlamat asal parti DAP. Mereka ini berpura-pura berada dalam parti PKR untuk mengaburi orang Melayu dan bertindak sebagai “check and balance” dan “watchguard” ke atas sebarang tindakan pemimpin Melayu dalam PKR yang tidak selaris dengan matlamat perjuangan DAP.

Pagi semalam, wakil DAP Selangor, Teresa Kok, Ronnie Liu dan Au Yong Hian Wah, menghadap baginda di Istana Bukit Kayangan dan perbincangan itu membabitkan jawatan Timbalan Menteri Besar dan barisan exco. Mereka cuba memaksa Sultan Selangor menerima bukan Melayu sebagai TMB dan majoriti barisan exco adalah bukan Melayu. Saya berharap Sultan dapat membaca niat jahat DAP untuk menguasai negeri termaju di Malaysia yang mana rakyat majoritinya ialah Islam Melayu.

Walaupun marah dan tidak hormat serta meluat terhadap Sultan Selangor yang cuba campur tangan DAP yang terkenal sebagai ahli politik yang licik dan penuh kepuraan-puraan kepada orang Melayu tidak menunjukkan sebarang reaksi apabila pihak Istana cuba menghalang cubaan mereka. DAP akan terus berpura-pura menghormati sistem raja berpelembagaan yang diamalkan kerana matlamat utama mereka untuk memerintah Malaysia masih tidak tercapai. Mereka akan terus menjadikan sesiapa sahaja sebagai binatang tunggangan mereka, contoh terbaru ialah apabila barisan pemimpin DAP sebulat suara bersetuju menerima Dato Sri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika BA berjaya untuk menguasai Parlimen. Mereka melakukan ini adalah untuk mengaburi mata pengundi Melayu Islam supaya mengundi DAP dalam pilihanraya akan datang.

Advertisements

One Response

  1. Ini adalah kesan-kesan daripada prinsip negara terlalu demokratik. Pembangkang ‘non-halal’ khususnya yang secara semulajadinya tidak menyenangi Islam dan imej-imej Melayu atau Bumiputra, akan terus berusaha untuk mengubah keadaan sekarang ini kepada sesuatu yang dapat dibentuk mengikut acuan dan citarasa mereka sendiri secara bebas. Kebanyakan mereka ini hakikatnya tidak mengiktiraf Islam sebagai Agama rasmi Negara dan tidak menyukai papan-papan tanda atau apa sahaja pun yang berlambangkan Melayu melainkan Bahasa perantaraan yang diagung-agungkan mereka seperti Bahasa Mandarin atau
    Bahasa Inggeris. Tidaklah mustahil selepas berjaya memalitkan Selangor dengan najis khinzir secara besar-besaran, mereka cuba lagi untuk menghapuskan Laungan Azan. Entah-entah jika berjaya, pembinaan masjid akan disekat dan dikurangkan kewujudannya. Mari kita umat Islam, bersatulah menentang niat jahat orang-orang Kafir Harbi ini tanpa mengira latarbelakang politik. Ingatlah, apabila umat Islam bertelagah sesama sendiri pasti Allah menurunkan segala bentuk bala atau malapetaka sehinggalah mereka terduduk dengan sesesalan yang teramat sangat di kemudian hari. Apa yang telah berlaku pada hari ini, akan berkekalan sampai bila-bila. Tidak dapat diubah lagi. Ini adalah salah satu daripada azab dunia yang ditunjukkanNya. Jangan biarkan perkara yang lain berlaku yang boleh merugikan Islam lagi. Kembalilah kepada petunjuk Islam sebelum terlambat.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: