Sikap kurang ajar DAP terhadap Sistem Raja Berperlembagaan!!

Mungkin agar terlambat untuk saya mengulas tentang sikap kurang ajar dan biadap DAP terhadap Sistem Raja Berpelembagaan yang diamalkan di negara kita kerana perkara ini telah berlaku minggu lalu. Tetapi memandangkan ini adalah sikap paling kurang ajar dan biadap yang telah DAP lakukan terhadap Pemangku Sultan Perak selaku simbol ketuanan Melayu, saya rasa wajar ianya diberi ulasan.

Lim Kit Siang yang merupakan lambang chauvinism Cina dalam DAP sememang diketahui amat bencikan Melayu dan Islam. Apatah lagi untuk menghormati Sultan yang menjadi lambang ketuanan Melayu di Malaysia. Lim Kit Siang dan DAP memang sentiasa benci melihat keutuhan Sistem Raja Berpelembagaan yang diamalkan di Malaysia kerana ianya adalah lambang kesinambungan kegemilangan kesultanan Melayu dan bukti bahawa Melayu adalah penduduk asal Malaysia yang tercinta.

Dilihat daripada kronologi yang menyerlahkan kebiadapan dan sikap sebenar DAP ini, yang bermula apabila parti DAP, PKR dan PAS telah menghantar 3 nama daripada parti masing-masing untuk mendapat perkenaan Pemangku Sultan Raja Dr. Nazrin sebagai MB Perak yang baru. Sedangkan mereka sepatutnya menghantar hanya satu nama sahaja untuk mendapat perkenaan Pemangku Sultan.

DAP sememangnya tahu bahawa penyokong DAP tidak boleh menerima wakil PAS sebagai MB dan penyokong PAS pula tidak boleh menerima wakil DAP sebagai MB Perak. Tujuan sebenar DAP menyerahkan 3 nama dari ketiga-tiga parti kepada Pemangku Sultan supaya baginda boleh dijadikan kambing hitam untuk dipersalahkan atas pemilihan calon MB.

DAP sememangnya tahu yang wakil PKR memang tidak mempunyai kelayakan langsung untuk dipilih sebagai MB dan semestinya Raja Dr. Nazrin akan memilih Nizar iaitu wakil dari PAS kerana dia lebih layak. Dan seperti yang telah diduga dan dirancang oleh DAP, Nizar memang menjadi pilihan Pemangku Sultan.

Mereka kemudiannya mengalihkan semua kesalahan keputusan itu ke atas bahu Pemangku Sultan dan ingin menonjolkan kepada pengundi bukan Melayu bahawa mereka tidak membuat pilihan itu. Malah tidak bersetuju langsung dengan pilihan tersebut. Lim Kit Siang kemudian dengan angkuh mengarahkan kesemua 18 ahli DUN DAP untuk memulaukan upacara pertabalan Nizar demi menjaga imej mereka di kalangan pengundi bukan Melayu. Mereka dengan sengaja dan niat menghina Sultan demi kepentingan politik mereka. Dengan cara ini, DAP akan berjaya menarik Pemangku Sultan Perak ke kancah politik mereka demi dijadikan kambing hitam.

Walau bagaimanapun, Raja Dr. Nazrin yang sememangnya pintar telah berjaya membaca taktik kotor DAP ini. Baginda dengan itu telah bertitah mengarahkan setiap wakil DUN BA menandatangani surat persetujuan Muhamad Nizar sebagai MB. Apabila kesemua wakil DUN menandatangani surat tersebut, maka DAP tidak boleh lagi meletakkan kesalahan tersebut kepada Raja Dr. Nazrin kerana ianya telah dipersetujui oleh semua ahli DUN termasuk dari DAP.

Bagi Lim Kit Siang dan DAP, institusi Raja Berpelembagaan yang diamalkan adalah sesuatu yang tidak perlu dihormati kerana ianya sentiasa memihak kepada orang Melayu Islam. Oleh itu, DAP menganggap Sultan adalah seorang yang boleh dipermainkan dan boleh diperkudakan demi menjayakan agenda politik mereka. Walau bagaimanpun, apabila mereka melihat Raja Dr. Nazrin dapat membaca percaturan politik mereka dan ditambah tekanan yang diberikan oleh orang Melayu Perak, Lim Kit Siang sedar dia perlu memohon maaf demi menyelamatkan karier politik DAP.

Permohonan maaf Lim Kit Siang secara bertulis dan ketika mengadap Raja Dr. Nazrin bukanlah dilakukan secara ikhlas tetapi adalah demi menyelamatkan parti DAP. Lim Kit Siang tahu jika perkara ini diperbesarkan oleh media massa, orang-orang Melayu Perak akan menjadi tidak puas hati dan tidak akan mengundi DAP lagi dalam Pilihanraya ke-12.

Lagipun, DAP sebagai parti chauvinism Cina melihat Sistem Beraja yang diamalkan di Malaysia adalah sesuatu yang perlu dihapuskan kerana tidak memihak kepada mereka. Mereka sebenarnya sedang menahan sabar dan tidak mahu terlalu melawan arus kerana matlamat asal mereka ialah untuk memerintah Malaysia. Apabila berjaya kelak, bukan sahaja Sistem Raja Berpelembagaan, Hak Keistimewaan Melayu dan Islam sebagai agama rasmi Malaysia akan dihapuskan. Ketiga-tiga perkara di atas adalah lambangan ketuanan Melayu Islam dan jika konsep Malaysia-Malaysian hendak dijayakan ianya hendaklah dihapuskan sama sekali.

Advertisements

One Response

  1. Melayu kena sentiasa ingat bahawa kafir harbi memang tidak akan membela hak-hak Melayu ; Hak Keistimewaan Melayu, Ketuanan Melayu, Ketuanan Islam, Adat Istiadat Melayu, bahasa Melayu dan mereka tetap melakukan ‘kekejaman’ terhadap apa saja yang bercitra Melayu dan Islam.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: