Tahniah Nizar, Buktikan anda bukan BONEKA DAP

Tahniah diucapkan kepada saudara Muhammad Nizar kerana telah selamat dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baru. Inilah harapan saya supaya orang Melayu tetap menjadi MB Perak meskipun dalam pakatan BA, DAP mempunyai kerusi yang banyak.

Jika anda berpeluang melawat laman-laman website yang dikuasai oleh pro-DAP adalah ramai di antara penyokong mereka yang marah. Mereka marah kerana Sistem Raja Berpelembagaan tidak memihak kepada mereka dan mahu ianya dihapuskan supaya Sultan tidak boleh campur tangan dalam urusan perlantikan MB dan syarat Melayu dan Islam digugurkan sama sekali. Tidak kurang juga, yang menyuruh penyokong yang marah ini agar bersabar kerana agenda besar mereka untuk memerintah Malaysia masih tidak tercapai dan sekiranya orang Melayu marah apabila bukan Melayu dilantik sebagai MB Perak, maka orang Melayu tidak akan memangkah DAP dalam pilihanraya akan datang.

Sungguh licik strategi percaturan politik DAP ini, mereka sedar bahawa dengan menjadi MB Perak, kuasa yang ada adalah amat kecil jika dibandingkan apabila mereka berjaya memerintah Malaysia. Pada masa itu, bukan sahaja kuasa Sultan dihapuskan, malah agama Islam akan dibuang daripada menjadi agama rasmi Malaysia. Tidak ketinggalan, semua hak keistimewaan Melayu yang merupakan kontrak sosial yang dipersetujui semasa kita menuntut kemerdekaan 50 tahun yang lalu akan turut menjadi mangsa.

Melihatkan strategi yang diatur, Nizar seolah-olah diletakkan sebagai MB untuk dijadikan boneka DAP bagi mengaburi mata orang-orang Melayu. Oleh itu, saya amat berharap MB Nizar dapat membuktikan kepada bangsa Melayu bahawa perlantikannya sebagai MB bukanlah sekadar boneka DAP. MB Nizar mestilah membuktikan bahawa dia tidak menghadapi sebarang tekanan langsung dari DAP.

Untuk membuktikan MB Nizar benar-benar mempunyai kuasai sebagai MB, berikut adalah tindakan yang wajar dilakukannya:

  1. Memastikan Timbalan Menteri Besar yang dilantik adalah Melayu
  2. Memastikan jawatan exco yang diisi oleh ahli DUN adalah berdasarkan populasi kaum rakyat Perak dan bukannya dibolot oleh DAP sahaja.
  3. Memastikan semua portfolio penting dipegang oleh exco Melayu
  4. Menjalankan hukum Hudud di Perak seperti dijanjikan oleh PAS kepada rakyat
  5. Sebagai pemimpin dari parti yang melaungkan slogan Islam, mestilah memastikan segala pusat maksiat seperti tempat perjudian, disko, kedai-kedai arak, pusat-pusat karaoke dan sebagainya ditutup.
  6. Memastikan hak keistimewaan Melayu dan DEB terus dipelihara dan dibaikpulih jika perlu.

Jika MB Nizar tidak berjaya melakukan salah satu senarai di atas, saya terpaksa menerima hakikat bahawa MB Nizar hanyalah MB boneka DAP sahaja. Maka jatuhlah, ketuanan Melayu di Perak.

Advertisements

One Response

  1. Harap-harap Beliau bukan boneka DAP….
    Jangan Hapuskan DEB…Biarkan DEB Terus Hidup Selama-lamanya…Hidup DEB…Hidup Melayu…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: