Strategi jahat DAP sebelum Pilihan Raya ke-12

DAP telah mula menyusun strategi untuk menguasai Malaysia sejak kekalahan teruk parti tersebut dalam Pilihanraya pada tahun 1999. Mereka mula melihat bahawa kaum Cina dan India tidak dapat menerima mereka apabila mereka berkerjasama dengan parti PAS. Kesan daripada kerjasama dengan PAS dalam pilihanraya ke 10 pada 29 November 1999, menyaksikan hampir semua pemimpin utama DAP kalah dalam kerusi yang mereka tandingi. Ini adalah disebabkan orang-orang Cina dan India menolak sama sekali konsep Negara Islam yang sentiasa dilaungkan oleh parti PAS.

Pada masa itu, DAP dan PAS cuba untuk mengambil kesempatan daripada gerakan reformasi yang dimulakan oleh Tan Sri Anwar Ibrahim yang kecewa apabila dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Namun, isu tersebut tidak mendapat tempat sedikitpun dikalangan pengundi Cina dan India serta menyebabkan kekalahan paling teruk kepada parti DAP.

Akibat daripada kekalahan yang teruk ini, DAP telah mula mengatur strategi bagi memastikan mereka diterima semula oleh kaum Cina dan India. Mereka telah mula memainkan isu perkauman dan agama dalam usaha mendapatkan undi dari pengundi Cina dan India. DAP tahu bahawa orang-orang Cina begitu berpegang teguh kepada adat resam mereka terutama apabila berkaitan bahasa dan sekolah. Manakala orang India pula berpegang teguh kepada agama mereka terutama sebarang isu melibatkan kuil.

Antara strategi yang telah dilakukan oleh DAP yang anti Islam dan Melayu adalah seperti berikut:

  1. Memainkan isu perkauman dengan mengatakan kerajaan sengaja menutup sekolah- sekolah Cina kerana hendak memelayukan orang-orang Cina. Hakikat yang sebenarnya adalah sekolah-sekolah tersebut tidak mendapat sambutan daripada masyarakat Cina sendiri dengan jumlah pelajar kurang dari 10 orang. Banyak email-email dan laman website yang didokong oleh penyokong pro-DAP telah berjaya memainkan isu perkauman ini dengan jayanya. Email-email berleluasa dan ditulis dalam bahasa Cina bagi mengelak dikesan oleh orang-orang Melayu.
  2. DAP juga dengan bantuan penyokongnya telah berjaya memupuk kebencian di kalangan bukan Melayu dengan mengatakan ramai orang Melayu yang masuk ke IPTA tidak layak dan tidak pandai. Mereka menuduh bahawa dasar ekonomi baru dan hak keistimewaan Melayu yang menyebabkan Melayu dapat masuk ke IPTA sedangkan orang Melayu langsung tidak layak. Email-email yang ditulis dalam bahasa Cina dan India berleluasa di Internet. Malah ada laman website yang mengatakan Melayu sebenarya bodoh tetapi tetap dapat memasuki IPTA kerana hak keistimewaan Melayu. Ini menyebabkan orang bukan Melayu mula membenci orang-orang Melayu.
  3. Bekerjasama dengan usahawan-usahawan bukan Melayu pro DAP yang menguasai pasaran supaya menaikkan harga keperluan utama orang Melayu seperti ayam, minyak masak dan tepung gandum terutama sekali pada hari perayaan seperti Aidil Fitri dan Aidil Adha. Ini dilakukan untuk menimbulkan kebencian orang Melayu kepada pihak kerajaan kerana tidak dapat mengawal harga barangan keperluan asas rakyat. Pelbagai alasan diberikan oleh peniaga-peniaga bukan Melayu pro DAP ini termasuk mengatakan makanan ayam naik dan sebagainya tetapi yang peliknya pada perayaan Tahun Baru Cina lalu, harga ayam dan sayuran turun secara mendadak. Jika dilihat barang-barang lain juga turun seperti minuman dalam kotak/tin, makanan ringan dan dalam tin, buah-buahan dan sebagainya. Adakah harga makanan ayam dan baja hanya turun pada perayaan Tahun Baru Cina?
  4. DAP juga telah memainkan isu agama, apabila menuduh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang rata-rata orang Melayu sebagai cuba untuk menjatuhkan agama Hindu di Malaysia. DAP berjaya memainkan isu tersebut dengan baik serta membantu menubuhkan Hindaf serta memberi sokongan padu pada Hindraf yang amat marah apabila kuil mereka yang dibina secara haram dirobohkan oleh PBT. DAP mengatakan kerajaan berusaha untuk cuba mengislamkan negara Malaysia dan menghapuskan kebebasan agama lain. Hakikat yang sebenarnya ialah kuil-kuil untuk dirobohkan setelah memberi masa yang lama kepada mereka untuk berpindah meskipun ada antara kuil-kuil itu dibina atas tanah ‘reserve’ Melayu.
  5. Memainkan peranan besar dalam isu murtad dengan menaja Kumpulan Artikel 11 yang menentang sebarang usaha menghalang umat Islam daripada murtad. DAP berjaya mempengaruhi bukan Islam di Malaysia betapa bahayanya pemerintah kerajaan sekarang yang digambarkan sebagai cuba mengislam semua rakyat Malaysia terutama sekali dengan adanya Islam Hadhari yang mereka tidak lagi akan bebas menganut agama lain selain Islam.
  6. Melalui jaringan DAP dengan usahawan-usahawan bukan Melayu yang pro DAP dan pihak pengurusan bukan Melayu yang pro DAP di syarikat-syarikat besar, mereka memastikan pelajar Melayu lulusan IPTA tidak mendapat tempat dalam pekerjaan. Walaupun, lulusan IPTA Melayu ini lebih layak dari semua aspek berbanding bukan Melayu, mereka telah dinafikan peluang pekerjaan di syarikat-syarikat dikuasai oleh penyokong pro-DAP. Ini adalah bagi memastikan pelajar-pelajar IPTA Melayu merasa kecewa dan menyalahkan kerajaan kerana tidak dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka.

Senarai di atas hanyalah sebahagian daripada strategi licik dan jahat DAP dalam usaha mereka untuk menguasai Malaysia. DAP bukannya kuat sangat tetapi mereka tidak berjaya memanipulasikan isu-isu perkauman dan agama untuk kepentingan sempit politik mereka. Sifat orang Melayu yang mudah melatah turut membantu menguatkan DAP dalam pilihanraya ini apabila mereka membuat undi protes.

Tetapi apa yang paling saya kagumi ialah kejayaan DAP memujuk PAS supaya membuang konsep “Negara Islam” daripada agenda perjuangan mereka. Pada pilihanraya ke -12 ini, PAS telah membuang istilah “Negara Islam” daripada manifesto pilihanraya mereka dan menyebabkan bukan Melayu tidak kisah apabila DAP bekerjasama dengan PAS kali ini. Malah DAP memanipulasikan fakta dengan menyatakan mereka hanya bekerjasama dengan PKR dan hanya PKR bekerjasama dengan PAS untuk mengelirukan pengundi bukan Melayu yang sememangnya tidak boleh menerima PAS langsung!!!

Ingatlah bahawa matlamat utama DAP hanyalah untuk menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan seterusnya menjatuhkan ketuanan Melayu dengan memastikan Sistem Raja Berpelembagaan dihapuskan di Malaysia. DAP memang mengetahui bahawa Sistem Raja Berpelembagaan tidak memihak kepada mereka dan mestilah dilemahkan dan seterusnya dihapuskan. Ini amat penting bagi membolehkan DAP menguasai Malaysia secara “total” baik dari segi politik dan ekonomi dan yang paling ditakuti ialah apabila Islam bukan lagi agama rasmi Malaysia.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: