DAP teruskan agenda tindas Melayu P. Pinang

DAP meneruskan agenda jahatnya menindas Melayu di Pulau Pinang. Ini terbukti apabila hanya 2 daripada 10 exco kerajaan baru itu adalah Melayu. Semasa di bawah Gerakan terdapat 4 exco mewakili Melayu dalam kerajaan.

Terdapat 612,300 orang Melayu bersamaan 41% di Pulau Pinang dan paling kurangpun terdapat 4 orang exco Melayu mewakili mereka. Adakah selepas DAP berkuasa, populasi penduduk Melayu Islam telah berkurangan kepada 20%? Yang pasti seperti Fairus yang memegang portfolio yang tidak penting walaupun di gelar Timbalan Menteri Besar 1, dua orang exco Melayu ini sudah tentu memegang portfolio yang tidak penting dan tiada kuasa langsung. Seperti juga perlantikan Fairus, mereka pastinya diberikan jawatan exco untuk mengaburi mata rakyat Pulau Pinang dan supaya dilihat adil. Jika Fairus itu hanyalah “office boy” terhormat bagi Lim Guan Eng, 2 orang exco ini pula tentunya lebih hina.

Inilah bukti yang menunjukkan betapa jahatnya DAP dan betapa antinya mereka kepada umat Islam dan Melayu. Keputusan yang dibuat oleh DAP adalah dilihat sebagai satu strategi dan taktik parti anti Islam dan anti Melayu untuk terus meminggirkan orang Melayu di Pulau Pinang. Tanpa suara Melayu yang kuat dalam kabinet kerajaan DAP P.Pinang, maka senanglah DAP anti Islam dan anti Melayu ini meneruskan agenda jahat untuk menindas umat Islam dan orang Melayu.

Kita akan melihat lebih banyak tindakan-tindakan kurang ajar DAP dalam usaha mereka menguatkan kroni-kroni DAP dalam usaha memenangi Pilihanraya 13. Jika dahulu mereka bergantung pada kutipan derma untuk bertanding dalam pilihanraya, kini mereka mempunyai kuasa untuk memberi tender-tender kerajaan kepada kroni mereka. Krono-kroni DAP a.k.a peniaga pro DAP akan menyumbangkan wang kepada DAP untuk memastikan DAP menerajui kerajaan Malaysia satu hari nanti. Mereka kini hanya memperkudakan PKR dan PAS dalam memastikan agenda jahat dan keji mereka berjaya.

Orang-orang Melayu yang masih tidak sedar dan hidup dibuai mimpi-mimpi indah yang dinyanyikan oleh DAP akan terus terlena. Jika mereka terus terlena, apabila mereka bangkit nanti, mereka akan amat menyesal. Pada masa itu, menangis keluar air mata darah pun, nasib mereka tidak berubah.

Ayuh bangsaku, bersama-samalah saya untuk menentang dan menghalang agenda jahat DAP ini sebelum terlambat.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: