UMNO dan PAS digesa bersatu di Perak untuk tubuh kerajaan

Saya sebagai seorang bangsa Melayu beragama Islam mengesa UMNO dan PAS bersatu di Perak untuk menubuhkan sebuah kerajaan pimpinan Melayu. Saya tahu PAS mempunyai banyak dendam kesumat ke atas UMNO dan menganggap UMNO sebagai musuh wahidnya. Tetapi demi membela nasib Melayu dan agama Islam, saya harap PAS Perak dapat membuang perasaan dendamnya kepada UMNO.

Seburuk-buruk manapun UMNO dia masih seorang ISLAM dan berbangsa Melayu. Sanggupkah PAS melihat negeri Perak diperintah oleh DAP yang anti Islam dan bangsa Melayu itu.?

Saya sempat berbual dan berbincang dengan rakan-rakan Melayu dan ramai berharap agar pakatan ini yang berjaya diusahakan demi menjamin nasib Melayu dan menyelamatkan agama Islam dari DAP. Bagaimanakah kita sebagai seorang Melayu dan Islam dapat menyokong sebuah parti bukan Islam yang secara bulat-bulat menolak dan anti Islam serta anti Melayu?

Saya yakin pucuk pimpinan UMNO dan PAS dapat berbincang secara bijaksana dan melahirkan satu konsep menang-menang pada kedua-dua parti demi membela nasib Melayu dan Islam. Dalam keadaan yang getir ini, saya menyeru supaya PAS dan UMNO ‘membuang yang keruh, ambil yang jenih’. Jangan kerana dendam kesumat, kita sanggup mengadaikan semua yang ada dan akhirnya bangsa kita yang rugi besar.

Saya yakin jika pakatan ini berjaya, wakil UMNO boleh memegang jawatan MB dan wakil PAS sebagai TMB Perak. Saya ingin mencadangkan agar PASlah yang menentukan siapa yang mereka mahu daripada UMNO dilantik sebagai MB yang baru. UMNO juga perlu membuktikan keikhlasan kepada PAS dengan memberi jawatan exco yang penting kepada PAS dalam kerajaan nanti supaya PAS dapat menjadi ‘check dan balance’ kepada MB Perak nanti. UMNO perlu lebih transparensi apabila diberikuasa semula nanti dan pastikan PAS mempunyai kuasa untuk campurtangan atau membantah tindakan yang salah yang mungkin akan berlaku.

Jadikanlah pakatan ini sebagai satu titik-tolak baru dalam menyatukan bangsa Melayu yang semakin berpecah-belah abad ini. Kita ini satu bangsa dan satu agama, kalau ka kita sendiri tidak dapat bersatu, maka jadilah kita seperti negara-negara Islam lain yang mana rakyatnya sentiasa berperang sesama sendiri dan hidup dalam kemiskinan. Kita pasti dan menjadi bahan jenaka, kutukan dan sindiran bangsa dan agama lain di dunia.

Bangsaku, sedarlah…. kita sedang diambang kejatuhan….!!!!

Advertisements

One Response

  1. Ya. BN dan PAS patut bergabung di Perak.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: