Peringatan Peristiwa 13 Mei 1969


Isu perkauman dalam pilihan raya 1969


Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen telah menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) pula menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan oleh pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur dan menyuruh mereka kembali ke hutan.

Pembangkang meraikan kemenangan

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan perarakan besar di Selangor. Perarakan tersebut telah menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru ketika itu diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini juga letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato’ Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu (‘menyingkir’) orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Perarakan kematian Cina

Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya yang telah melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh yang menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maafnya sudah terlambat.

Rumah Menteri Besar Selangor

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini sebenarnya tidak dirancang.

Orang Melayu mula berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur kerana marah dengan kelakuan kurang ajar Gerakan. Dato’ Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Tetapi rupa-rupanya, ada di anatra mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato’ Harun Idris untuk mengamuk.

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap dikalangan orang Melayu. Pada jam 3.00 petang, berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak yang terletak hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor telah tersebar.

Bermula jam 4.00 petang, dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya juga dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Orang Cina dan pemuda Cina ini pula lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Rusuhan besar pun terjadi. Perintah darurat dikeluarkan dan semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer turut dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

Rejimen Renjer

Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer mengambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang. Ketua Rejimen Renjer ketika itu dikatakan adalah seorang Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru mula mengamuk bila merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das tembakan turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

Askar Melayu

Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Pentadbiran mula diambil-alih oleh Askar Melayu.


Panggung Odeon

Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru untuk membantu dihalang. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat juga dihalang oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Angka korban

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. [1]

Di mana Tunku

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.

6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.

Bagi orang Melayu, Dato’ Harun Idris adalah penyelamat orang Melayu ketika 13 Mei 1969.
Mageran

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.

Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku “Dilema Melayu” (“Malay Dilemma”) oleh Tun Dr Tun Dr. Mahathir telah diharamkan.

Keadaan akhirnya dapat di kawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.

Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.

Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran semula.

Advertisements

14 Responses

  1. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.

    sampai sekarang pun miskin lagi….
    Dasar Ekonomi Baru ternyata tidak membuka ruang ekonomi untuk orang melayu sepenuhnya.
    Ternyata hanya kroni2 bn yang kaya -raya…

  2. encik jusuh.. memang benar masih ramai melayu miskin, tapi lebih ramai melayu dah kaya kalau tidakpun kaya raya tapi ramai yang dapat nikmat. Cuba en jusuh pegi check nisbah yang kaya dengan miskin macamana sekarang ni.. kalau takde DEB mungkinkah bilanangan yang kaya tu seramai sekarang? Satu lagi pegi periksa jugak yang miskin lagi tu kenapa? rasanya ada 2 sebab utama.. 1 sebab malas dan sombong (malas semulajadi dan malas ambil kesempatan cthnya bila kerajaan bagi peluang masuk felda tak nak) sebab kedua terjebak dengan maksiat dan dadah dan sewaktu dengannya. Orang boleh bawa lembu kesungai tapi kalau lembunya taknak minum nak buat macamana? Inject? Kerajaan dah puas inject dengan berbagai kemudahan tapi malas juga… sendiri tanggung. Brlajar Qada & Qadar tapi tak reti2 nak paham. Usaha la… kalau hari ni en jusuh buat dosa salah tuhan ke? Pikir dan renung.. en jusuh sendiri pun dah kaya,.tidakpun sekurang2 lebih senanh dr orang lain kalau tak kan ada PC, pandai pulak komputer… kan 🙂

  3. sebagaj generasi baru pada hari ini…kita haruslah menjaga negara ini dan bukan bertelingkah tentang perkara yang lepas!!!jadikan perkara yang lepas sebagai teladan…

  4. terdapat segelintir yg tidak menjadikannya pengajaran…sama2 lah kita ajar terutama DAP kafir laknat ini..

  5. saya sebagai bagsa melayu akan mempertahankan agama,bangsa dan negara saya sehingga ketitisan darah terakhir.

  6. terdapat segelintir masyrakat melayu yang berfikiran cetek sangup begadai nyawa menentang bangsa dan agama sendiri untuk megejar populariti..saya harap pihak-pihak yang terlibat dapat meyelesaikan masaalah ini.apabila semua orang islam bersatu maka bangsa-bangsa lain akan lebih takut dengan bangsa melayu akan datang.jadi berfikirlah wahai orang-orang melayu sebelum terlambat..

  7. pemimpin umno nak perjuang islam tapi tengok la bini masing-masing….contoh PM &TPM
    cam tu ke nak perjuangkan islam…tudung tu sunat agaknya…

  8. memang wajib tetapi. tengokla pulak tudung sekarang fesyen bukannya cara pemakaian yang betul….kalaulah disebabkan tudung bini PM & TPM la ….eh…eh…sanggup gadaikan negara kita ,,alangkah bodohnya orang itu.

  9. Sejak 1960 orang Melayu semakin melarat. Kini, siapa pengutip sampah, siapa pencuci tandas, siapa buruh di jalanan, siapa pemandu bos cina dan hindu, siapa tukang kebun. Sedarlah umatku. Melayu semakin terpinggir dan terhapus di bumi sendiri.Hindu semakin kaya dan cina semakin meliana. Melayu di PP semakin disingkir, dihalau dengan kenaikan harga rumah. Ke mana mereka? Semakin jauh menyingkirkan diri di pedalaman Mahang , Labu Besar dan Sedim. Apalah nasib anak cucu kita.Mahu terus-terusan dihina, dipermainkan, diperlekeh hingga iklan-iklan di media, Melayu pencuci najis, yang mana kotor itulah kerja Melayu. Aduh, pedihnya.

  10. Melayu kena ingat sejarah kedatangan pendatang asing yang datang ke negara kita.
    Mula-mula datang dengan tujuan berniaga, akhir sekali menjajah.
    Dengan kaum Cina pun kena beringat, memanglah mereka berniaga tetapi tidak mustahil …

  11. hamba rasa inilah antara kesilapan tunku. sejak sebelum merdeka lagi. mungkin sebab baginda nk merdekakan tanah melayu lebih awal. pada pdngn hambalah, baik merdeka lambat asalkan yg mendiami dan warganegara tanah melayu hnyalah keturunan peribumi shj. hantar je balik imigran2 ke negara asal mereka, misalnya kalau ada yang tinggal pon bertaraf PR. cukup katalah 30 thun baru boleh mohon citizenship,anak yang lahir kat tanah melayu hanya boleh mohon citizenship slepas umur 18 thn. takda masalah pon mcm ni, siam dlu hantar cina,keling blik negara asal diorg. tapi sekarang, semua dah terlambat..! ini mmg merugikan, pembesar melayu ckup bermurah apabila hnya menawarkan hak istimewa kita ngn citizenship diorang.tgk hri ni, berlaku masalah pengasingan kaum ketara sana sini.

  12. itula pasal org melayu mesti unite bersatu,kita mejoriti ba jgn kasa change bangsa lain……..malaysia for bumiputra ma bukan cina….dorang tu menumpang ja tapi still malaysia la kan,yg penting melayu n bumiputra ada masalah ja kita tolong berabis kkkk

  13. dulu cina, skarng hindu-kristian dok buat gila..!!.sy harp rakyat m’sia(melayu) dpt memberi pengajaran setimpal kpd bangsa2 “PENDATANG”…kalu ble halau semua rakyat cina, hindu,singh,kristian yg msih mempunyai sentimen anti-melayu….Ultra-Melayu

  14. as salaamu alaikum,

    Orang Melayu yang parah nasib mereka tak ada yang boleh salahkan DEB. Salahkan diri sendiri kerana tak ambil kesempatan yang diberi.

    Dari dulu TDM dok suruh,

    1. belajar rajin2 (anak Melayu keluar negara, duduk tinggal dengan orang Melayu aja, cakap Melayu aja, balik bahasa Ingeris satu habuk tak tahu, dah lah tu, pergi join geng dakwah dari negara TimTeng, balik jadi lebai lebih lebai dari lebai karam, sampai isteri disuruh bungkus tubuh dengan kain hitam),

    2. suruh kerja gigih (orang Melayu diberi kontrek, langsung di Ali Babakan, apabila kontrek diberi kepada syarikat Melayu yang boleh buat, dan diberi lagi kepada syarikat itu pasal dia boleh buat, tuduh kroni) , dan

    3. suruh belajar Sains & Teknologi (anak Melayu disuruh belajar sains & matematik dalam bahasa Ingeris, langsung give-up, fed-up, tapi dulu kalau kaum Cina & India disuruh buat sains & matematik dalam bahasa Melayu, depa boleh pulak mahir, sampai lebih banyak dr kalangan mereka yang berlambak A).

    Jangan salahkan DEB, kenapa orang Melayu masih ada yang corot dalam hal making a living. Salahkan sifat negatif mereka sendiri.

    Buang sifat2 itu. Dan yang lebih mahir, ajar mereka2 yang yang kurang mahir agar mereka dapat memperbaiki diri mereka, dan yang dah okey income tu, tolong2 lah yang masih kurang okey dengan memberi mereka cabaran dan peluang di tempat kerja supaya mereka juga boleh meninggikan taraf hidup mereka dan berdiri diatas kaki sendiri.

    Tapi ini semua proses. Proses yang memerlukan kerjasama dari semua.

    Kalau Melayu sendiri tak mahu tolong Melayu, asyik tuduh kroni lah, kacang lupa kulit lah, siapa lagi nak tolong? Karpal Singh?

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: