Fairus pegang portfolio tidak penting dalam kerajaan

Seperti yang telah dijangkakan Fairus telah diberi portfolio tidak penting meskipun memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1. Dia bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama,pembangunan keusahawanan dan koperasi, penerangan dan perhubungan masyarakat. Kesemua portfolio ini adalah amat penting tidak mempunyai banyak kuasa dalam membuat sebarang keputusan penting dalam kerajaan DAP. Langkah ini dilihat sebagai usaha Guan Eng untuk memastikan DAP terus dapat melakukan penindasan ke atas orang Melayu Pulau Pinang.

Paling menarik ialah Lim Guan Eng hari ini mengumumkan akan memegang portfolio pembangunan industri dan perdagangan antarabangsa, hal ehwal tanah dan pembangunan tanah. Guan Eng memang ingin memegang portfolion hal ehwal tanah dan pembangunan tanah kerana beliau akan mempunyai lebih banyak kuasa untuk mengubah status tanah di Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Menteri 2, Ramasamy pula memegang portfolio yang jauh lebih penting dari Fairus. Dia bertanggungjawab mengenai perancangan ekonomi negeri, pendidikan dan sumber manusia, sains, teknologi dan inovasi.

Jika dilihat daripada keadaan semasa, kita dapat melihat bagaimana Fairus yang hanya dianggap ‘office boy’ terhormat oleh Lim Guan Eng dan hanya untuk dijadikan mascot bagi menghilangkan kemarahan orang Melayu Pulau Pinang.

Kenapa kita masih tidak sedar yang Melayu semakin terpinggir di P. Pinang dengan perkembangan terbaru ini. Masih ramai Melayu gah memuji dan menjulang DAP sebagai parti yang adil dan jujur, sedangkan pada hakikatnya mereka sedang diperkudakan oleh parti yang amat bencikan Melayu.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: