DAP tidak ikhlas bersama PAS

Berita pelantikan Mohamad Nizar dari PAS sebagai Menteri Besar Perak yang baru mengembirakan saya kerana akhirnya dengan kebijaksanaan pemangangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang memilih orang Melayu. Walaupun terdapat risiko bahawa Mohamad Nizar itu nanti hanyalah boneka DAP di Perak.

Sejurus penyerahan nama 3 wakil kepada pemangku raja dibuat, ketiga-tiga mereka telah bersetuju akan menyokong siapa sahaja yang akan dipilih. Tetapi, ternyata DAP hanya cuba memperbodohkan PAS untuk kepentingan politik mereka.

SMS sudah mula tersebar sejak 9 Mac 2008 dan turut disiarkan oleh Harakahdaily pada tarikh yang sama yang PAS akan menjadi MB di Perak. Tetapi, selepas Lim Guan Eng membuat sidang media, Harakahdaily telah membuang berita tersebut daripada laman web mereka. Jadi siapakah sebenarnya yang telah memberitahu kepimpinan PAS tentang persetujuaan DAP menerima PAS sebagai MB jika bukan DAP sendiri. Atau adakah ini sebagai bukti bahawa DAP hanya cuba memperbodohkan kepimpinan PAS dan orang Melayu supaya tidak memberontak sementara mereka meneliti kepincangan Undang-Undang Tubuh Negeri bagi memastikan bukan Melayu dan bukan Islam dapat menjadi MB Perak.

Kebiadapan Lim Kit Siang terhadap pemerintahan beraja di Perak terbukti apabila dia mengarahkan wakil-wakil DAP memboikot upacara mengangkat sumpah Mohamad Nizar sebagai MB. Kebiadapan DAP ini adalah bukti bahawa DAP tidak pernah menghormati dan menghina sistem perlembagaan beraja yang diamalkan di Malaysia. DAP memang sejak dahulu lagi melihat sistem perlembagaan beraja sebagai salah satu simbol ketuanan Melayu di Malaysia dan penghalang untuk mencapai matlamat mereka untuk menindas Melayu. DAP telah lama mengatur strategi dan taktik untuk menghapuskan institusi beraja di Malaysia ini.

Akhirnya, majlis angkat sumpah MB Perak terpaksa dibatalkan. Antara sebab yang disebut ialah kerana kerapuhan pakatan DAP-PKR-PAS di Perak. Sebab yang lain ialah apabila PKR tidak puashati kerana DAP menguasai hampir semua kerusi Exco iaitu 8 dan hanya 2 diberi kepada parti lain. Mohamad Nizar yang akan dilantik sebagai MB sudah bersetuju dengan DAP dalam hal ini. Adakah ini bukti bahawa DAP hanya melantik Mohamad Nizar sebagai boneka sedangkan hampir kesemua exconya adalah dari DAP. Ini memudahkan DAP mengawalselia segala tindakan MB dan memastikan agenda jahatnya menindas Melayu di Perak

Advertisements

One Response

  1. mmg tak ikhlas pun.. takkan melayu versi PKR ngan pas tak bukak2 mata dan otak lagi. terang DAP kata ‘NO TO ISLAM’, masih nak sekongkol ngan diorang semata2 pasal politik.. tlglah.. sanggup gadaikan perjuangan bangsa dan agama dgn join DAP… kesian sungguh

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: